Greetings

Saturday, November 17, 2012

Perjuangan PAS doakan kebinasaan ummah dan bangsa

Penyokong PAS bersungguh doakan kebinasaan sesama ummah dan bangsa

Kini menjadi amalan umat Islam se dunia untuk sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se Islam di mana saja mereka berada, khususnya orang-orang islam yang menghadapi bencana dan penganiyaan seperti di Palestin, Rohingya, Kashmir, Thailand, Timur Tengah dll.

Lain pula mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang Islam dalam parti yang mengaku mahu mendaulatkan Islam tapi masjid pun tidak boleh bina, jauh lagi membina tamaddun Islam. Amalan mereka yang berparti PAS adalah untuk mengadakan majlis solat hajat dan mendoakan kehancuran parti lawan yang ahlinya ada saudara seIslam.

Mereka tidak mendoakan kebaikan untuk saudara Islam mereka tapi memohon kepada Allah dihancurkan dengan azab dan kehancuran yang menyerupai kehancuran Qarun, Namrud, dan Abu Lahab.

Demikianlah dilihat berlaku di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan semalam November 17hb ketika majlis Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat pada jam 8 malam yang juga bersempena Muktamar PAS.

Bukankah lebih elok mereka mendoakan muga Nurul , ibubapa dan keluarganya kembali kepada jalan Allah dari berterusan dalam kesesatan, yang bukan sahaja tidak mahu tidak mahu memperjuangkan dan mempertahankan akidah orang Islam tapi mahu memudahkan orang Islam jadi murtad.

Dalam solat hajat yang diimamkan oleh abang kepada Nik Aziz, Tok Guru yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan lagi menyesatkan, ia menyebut kata-kata, "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...."

Langsung tiada langsung rasa malu dan rendah diri kepada Allah untuk menunjukkan kebenciannya. Tiada pula kematangan berpolitik. Tingkah laku yang merendahkan martabat Islam. Apa pandnagan bukan Islam jika ini dengan

Menurut jurugambar profesyenol Minaq Jinggo disini, inilah pertama kali dalam hayat umur 50 tahunnya mendengar doa sebegini hingga tak sampai hati mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagai tanda 'protest' apabila doa tidak beradab....

Lihat perangai tidak bertamadun kepimpinan PAS di sini

18 comments:

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 8:24:00 PM GMT+8

    Pas sah bukan puak2 Islam. Dapat Ketua ibarat anjing belaan syaitan.

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 8:40:00 PM GMT+8

    PAS PUSS PISS mana ada Tamadun? Serban je besar cuba scan KOSONG..sebab tu bila dah tak ada idea nak attack UMNO Doakan saja kehancuran.

    Tambahan pula the Busuk Hati Maha Guru bagi GREEN LIGHT...Apa lagi???

    Kesian cerdik pandai Ustaz Ustaz Ustazah tudung labuh dalam PAS, basic teaching in Islam pun tak tahu..

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 8:44:00 PM GMT+8

    Allah huakbar,Allah maha mengeytahui segala2nya semuga balik kepada mereka.......aminnnnnn

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 9:17:00 PM GMT+8

    doa tu patut di tujukan pada peliwat negara dan pencacai yang menyokong pluralisme agama insyallah PRU ini golongan atas pagar penentu kehancuran pelliwat negara,penyokong murtad dan pluralisme agama

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 9:30:00 PM GMT+8

    Tadi aku dengar temuramah dengan Hadi Awang dalam TV 3. Katanya tak salah berdoa demikian kerana kerajaan ini zalim. Tapi tak sebut pun apa kezaliman kerajaan BN. Yang aku tahu waktu perintah Trengganu dulu, dia halau murid-murid tadika KEMAS, tak benarkan mereka belajar. Perbuatan itu jelas zalim. Maka tak hairan selepas satu penggal kerajaan PAS jatuh.

    Janji nak laksana hudud sebelum ayam berkokok tidak ditunaikan. Berbagai alasan diberi untuk menipu rakyat. Akhirnya jadilah apa yang terjadi.

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 9:54:00 PM GMT+8

    Sebenarnya merekalah yg sedang binasa,mereka sudah 'sesat'dalam perjuangan mereka,hati mereka sudah tertutup utk memahmi apakah perjuangan Islam sebenarnya.Sekarang mereka sedang menerima balasan yg paling pedih kerana perbuatan mereka yg mudah mengkufurkan orang lain,yg tidak sama fahaman politik dgn mereka- hati mereka sudah di gelapkan.Soalan mudah utk merekamenilai samaada pejuangan mereka utk menegakan Islam atau sebaliknya;1.Apakan satu perjuangan menegakan Islam bila membela dan menyokong seorang pembohong,penjenayah seks dan pengamal Pluralims ugama seperti al Jubori?.2.Apakah DAP sahabat kepada Islam?.

  • Anonymous says:
    November 17, 2012 at 10:44:00 PM GMT+8

    Sedih beb pas doa mcm ni.aku yg atas pagar ni hari hari doa agar pas dan umno jadi geng.tak terpikir nak doa salah satu hancur.dah la islam majoriti 60% je.aku rasa lebai kelantan tu tak pernah duduk di luar.asyik main dlm kelantan.kalau pas je yg islam brape je islam yg tinggal.20-30%?aku yakin ahli umno dan penyokongnya lebih ramai dari pas.cuma pr nampak mcm ramai penyokong sbb cina hampir 90% sokong dap dan proksi pkr.kalau pr menang bukan sbb sokongan org islam tapi sbb sokongan cina.itu je.

  • Ben Zahrain says:
    November 18, 2012 at 9:34:00 AM GMT+8

    teks doa asal Pas hancurkan UMNO disiarkan di http://gandasarimerdeka.blogspot.com/2012/11/islam-terus-menjadi-mainan-pas.html

  • Abd Bashid Harun says:
    November 18, 2012 at 12:30:00 PM GMT+8

    Mereka mengenakan syarat kepada Tuhan untuk menerima do'a mereka.Mereka memaksa Tuhan menerima doa mereka.Sambil menjerit mereka mahu Tuhan mendengar do'a mereka.

  • atuk ko says:
    November 18, 2012 at 5:21:00 PM GMT+8

    bukan ummah dan bangsa, bengong. musnahkan umnongok n penjilat2 bengongnya saja.. jangan la menipu..

  • Rock Steady says:
    November 18, 2012 at 7:49:00 PM GMT+8

    Itu lah Islam versi PAS ..riak, berlagak, taksub & fanatik sampai mendoakan kemusnahan saudara sesama Islam. Sesiapa yg x setuju dgn depa, depa akan kutuk & maki hamun habis-habis. Aku harap doa depa akan berbalik kat depa & pemimpin2 sesat depa... Amin

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 9:07:00 PM GMT+8

    apa punya doa da!! KO KO KO ingat dikir barat ker, lepas tu jerit2 pulak tu. Mau malu pada diri sendiri la kalau adab berdoa macam tu

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 9:12:00 PM GMT+8

    kata mreka pjuang islam, mncontohi rasul dan sahabat, tp masa rasulullah d zalimi ke suatu tmpt, malaikat jibril brtanya skiranya mahu d musnahkn pnduduk tmpt itu, tp rasulullah tdk mahu malah mndoakan hidayah kpd pnduduk tmpt itu, bgitu jg bilal bin rabah, prnah brdoa slepas azan dan d dgr oleh seseorang tlah mndoakan keampunan kpd mereka yg prnah mnyiksa mnzalimi bliau... bukan mndoakan kehancuran.. bginikah akhlak pas yg islamik...kan lbih baik mreka mndoakan hidayah kpd pnyokong umno agar lbih islamik atau masuk pas, doakan dap agar masuk islam, doakan israel yg zalim musnah..... fikirkqnlah!

  • Anonymous says:
    November 18, 2012 at 9:17:00 PM GMT+8

    yg korang doakan tu org yg mngucap kalimah iman, bnyk manapn dosa ttp akan masuk syurga selagi tdk mnsyirik kanNya... kna siksa dululah,... yg korang sokong karpal, lge tu adalah kafif yg tetap akan masuk neraka, bnyk mana pn amalan baik mereka ni, tiada langsung nilai d sisi Nya... korang mati pn nntti yg doa mreka d terima adalah org islam jak bukannya doa org kapir dap...

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 12:44:00 AM GMT+8



    Mereka ada hak untuk doakan sedemikian.Allah yang memutuskan dan menentukan segala.Semua urusan di pulang kapada Allah.Sama ada Allah terima atau tidak doa PAS ,itu adalah hak Allah.BN dan UMNO ke,atau sesiapa juga pun berhak mengadu dan mohon kehancuran musuh nya. Tiada apa larangan.
    Soal nya siapa musuh PAS,siapa musuh UMNO siapa musuh BN ?
    Allah saja yang mengetahui kebenaran.
    arjuna waspada
    changkat lobak.
    dapat lesen besar 1M

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 12:54:00 AM GMT+8

    Aku yang atas pagar ni tak akan undi PAS atau PKR lepas tenguk video diatas dan kenyataan Nurul tempuh hari, dah keterlaluan sangat mereka ni,ini bukan sayangkan ummah, ini gila nak kekuasaan!Aku rasa pakcik PAS yg mendoa begini tak tahu apa itu makna zalim.Aku rasa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.

  • Budu Man says:
    November 19, 2012 at 9:06:00 AM GMT+8

    Aku dari dulu memang tak percaya dgn puak-puak PAS ni. Cakap je pandai, berceramah & terpekik terlolong sana sini tapi sebenar nya otak depa ni kosong. Pastu berlagak & riak.. konon nya depa la yg paling pandai fasal Islam kat Malaysia ni...! Depa ni jugak jenis spesis yg tak boleh kena tegur. Kalau tegur, depa mesti kutuk & maki hamun org yg tegur depa. Macam ni ka nak jadi pemimpin Islam ..Syok sendiri ada la. PRU 13 nanti dia org akan kalah kaw-kaw punya..!!

  • cicak mengkarung says:
    November 19, 2012 at 1:32:00 PM GMT+8

    Patut abang N.Ajis ni sebut ... BN K.O., PAS K.O.N.E.K.(PAS ikut Nik)

    Inilah masalahnya bila telah mengkafirkan diri sendiri, buat salah baru untuk menutup kesalahan lampau.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)