Greetings

Tuesday, November 20, 2012

Pemimpin PR berkokok tapi berak merata


Penulis laman Sel13.com sini memberitahu bahawa akan ada satu pendedahan hari ini mengenai seorang ahli pebangkang yang begitu mewah sekali gaya hidup sejak menjadi wakil rakyat.

Mereka ini memang hebat kalau setakat berceramah, memuntahkan istilah dan retorik mengenai kebebasan, demokrasi, ketelusan, good governance dan lain-lain idealisma. Tapi nak jaga kawasan pun hancus.

Di Kelantan , satu perkara biasa bagi wakil rakyat PAS Kelantan untuk tutup pintu bila rakyat datang untuk bantuan. Nak dekat pilihanraya barulah buka balik dan turun padang tengok rakyat.

Perkara sama berlaku dengan YB Nurul yang besar saja boleh harap namanya terpahat pada satu bangunan terletak Pusat Khidmat dalam kawasan Lembah Pantai. Pejabat sentiasa kosong dan terkunci, hanya dilawati 6 bulan dahulu. Itu pun Nurul perlu diiringi ibunya.

Kebanyakkan wakil-wakil rakyat PKR, PAS dan DAP memang hancus dari aspek khidmat rakyat kerana mengabiskan main politik. Timbulkan isu ini dan itu, ceramah sana sini, berdemo dan hantar memorandum, dan perangai macam binatang sarkas di parlimen.

Kalau pendedahan yang mereka buat itu betul dan berfakta tak apa juga. Macam Rafizi, main isu NFC salah fakta. Kondo dibeli syarikat sebelum pinjaman diluluskan dan di salurkan dana. Bila kena caj, katalah dia whistleblower, tapi dia bukan tiup wisel tapi tiup trumpet menjaja perkara salah.

Rafizi persoal George Kent dalam hal memenangi kontrak LRT Ampang tapi sebenarnya dia mahu bantu kroni, Ingress.

Rafizi tahu kebanyakkan pendedahannya salah dan tidak tepat dan dia layak dikenakan hukuman BAFIA dan disaman sampai bankrup oleh Dato Shahrizat. Namun dia tetap lakukan dan sengaja biarkan dirinya dalam sop panas kerana kononnya mahu dedahkan salah laku. Apa erti buat pendedahan salahlaku yang berasaskan fakta dan kesalahan yang salah?

Nurul Izzah pun macam-macam isu ditimbulkan mengenai hal-hal airport dan kontrak tapi akhirnya semuanya salah berlaka. Tidak termasuk mereka menggunakan sabun basuh mutu tinggi jenama genric untuk perbandingan dengan sabun mutu rendah KR1M untuk merendahkan produk jualan KR1M.

Inilah rasmi pemimpin Pakatan Rakyat yang sanggup menipu dan membuat cerita untuk hanya memfitnah. Hoi tapi bab pertahan si peliwat dan kaki pelacur. macam-macam dikatakan erhadap UMNO. benda benar pun dikatakan fitnah.

Satu masa ada pula wakil rakyat menggunakan surat palsu untuk menuduh mengenai warganegara asing jadi pengundi. Dituduh satu Menteri simpan perempuan artis dan direka tuduhan dari drebar wanita simpan duit untuk Menteri tapi mana bukti dan laporan polis?

Selalunya diri kita kena betul dahulu barulah ada kredibiliti> Kalau nak tuduh orang perasuah, diri sendirii tu mestilah bersih dan tiada transaksi yang tidak mempersoalkan. Hai ... takdelah pejuang hak pekerja tapi isteri dicerai dan halau sehelai sepinggang.

Baca kisah pendedahan wakil rakyat yang macam ayam yang kuat kokok tapi berak merata di Sel13 sini.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)