Friday, November 23, 2012

PAS PKR bertelagah kuasa, Karpal jadi PM


Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR.


Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti sepakat mahu Presiden mereka sebagai PM.

Cadangan tersebut bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang menang  PRU 13. Namun ramai juga ahli yang teruja dan suka dapat mengurangkan rasa rendah diri mereka yang digelar balaci DAP dan PKR.

Hairannya ada pemimpin PAS yang lebih sebati dengan Ketua Umum dari Presiden parti sendiri.


Lim Guan Eng tanpa berselindung menolak Presiden PAS sebagai PM dan menyeru PAS memegang persetujuan bersama untuk meletak Anwar sebagai PM boneka mereka. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyokong kenyataan Guan Eng.

Silap percaturan PAS dan PKR boleh bertegang leher berebut untuk menentukan antara Hadi dan Anwar  tapi akhirnya Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang pula yang tersenyum sumbing sambil hati berbunga riang.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)