Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, November 19, 2012

Palestin: Kepura-puraan PAS dan DAP



Isu Palestin disebut oleh Presiden PAS, Haji Hadi dan diungkit berkali-kali oleh pembahas. Tapi perspektif PAS bukan atas belas kasihan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Dia hanya menggunakan Palestin sebagai contoh untuk PAS berdoa dengan cara menjerit kepada tuhan "KO BN! KO BN!"

Kalau benar PAS sedih mengenang nasib saudara seagama kita di Palestin yang ditindas Israel, tiadalah dia kata boleh kerjasama dengan Yahudi.

Jangan dia lupa bahawa dia tidak menegur Anwar dilaporkan Wall Street Journal berkata, "I support all effort to support the security of the State of Israel”.

'All effort'. Apakah maksudnya? Ia bermaksud 'segala usaha' dalam Israel melindungi negaranya.

Ini termasuklah pembunuhan rakyat Palestin. Bagi Israel, usaha ini, iaitu membunuh rakyat Palestin, adalah suatu keperluan bagi mereka dalam menjamin keselamatan Israel kerana orang Palestin dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara Israel.

Maka Israel tidak melihat pembunuhan orang awam adalah suatu perkara yang salah. Kerana orang Palestin adalah ancaman kepada keselamatan negara Israel.

Jangan kita lupa kepada Anwar Ibrahim yang secara terbuka dan terangan-terangan menyokong segala tindakan Israel.

Sebarkan mesej ini. Anwar Ibrahim harus bertaubat.

Sambil itu, DAP yang tidak pernah peduli dengan usurusan orang Islam luar negara dan orang Melayu tapi hanya kepentungan kaum Cina yang mahu disama tarafkan sebagai kepentingan bangsa Malaysia, pun pura-pura peka menegnai nasib orang palestin.

Nak dekat pilihanraya dan cuba menipu rakyat Islam dengan kononnya menuntut WIsma Putera menyaurakan protes di Bangsa-Bangsa Bersatu. Kenapa tidak mereka kutuk Israel? Sedar tidak, DAP hanya suruh Wisma Putera yang lakukan.

Dari azali adanya Malaysia, setiap salahlaku Israel akan di protes oleh Malayisa. Tapi mereka mahu Malaysia usahakan usul di Bangsa Bangsa Bersatu dan hadapai telahan kuasa barat yang pro Israel.

Niat lah apa mereka nak niat kerana negara asing hormati 'consistency' Malaysia dalam hal antarabangsa dan ia bisa dilakukan. Biar Wisma Putera lakukan yang sebijak-bijaknya dan bukan melayan ahli politik yang tidak tahu apa mengenai hubungan antarabangsa dna diplomasi.

Dibelakang dan jauh dari pengetahuan ramai, DAP sebenarnya sudah lama bersekongkol dan berurusan dengan wakil Israel yang berpengkalan di Singapura.

Lim Guan Eng sendiri sering rapat dan mendapatkan tunjuk ajar dari seorang Yahudi berwarganegara Israel bernama Cohen. 

Hinggakan ada cerita-cerita bahawa Guan Eng sudah ada rancangan dan buat persetujuan untuk mengadakan hubungan dua hala secara rasmi dengan Israel dan akan dibuka keduataan di Kuala Lumpur.

Ada ura-ura juga Guan Eng bersetuju membina pengkalan Navy di Port Dickson. Agak susah mahu dipercayai dan terlalu jauh perancangan tapi mungkin yang dapat dilihat adalah untuk kegunaan askar upahan Israel, iaitu Amerika Syarikat untuk mengawal Selat Melaka.  

Usahlah nak berpura-pura.

2 comments:

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 10:04:00 AM GMT+8

    Ustaz PAS yang berpaling tadah kat kampong aku sekarang dah start bisnes jual azimat kat orang-orang UMNO sebagai pendinding dari kena badi doa sembahyang hajat perdana PAS K.O BN. Dia juga ada jual vest kalis doa Pok Nik (RM1000), kalis doa Mat Sabu (RM20)

    Ibrahim Kati

  • Anonymous says:
    November 19, 2012 at 10:18:00 AM GMT+8

    Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

    KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

    Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

    "Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

    Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

    Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

    "Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

    "Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

    "(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

    Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

    Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

    Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

    "Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

    "Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)