Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, November 21, 2012

N.Ajis, PAS kafir dan murtad kerana tak jalankan hudud?


N.Ajis pernah kafirkan UMNO atas alasan dituduh menentang hudud yang mahu dijalnakan PAS.

Kini N.Ajis murtadkan UMNO kerana nak alihkan pandangan dan tekanan terhadap Nurul Izzah. PAS mengatakan UMNO murtad kerana tidak melaksanakan hukum hudud.

Apabila PAS ditanya kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang. PAS memberikan alasan perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya dan seterusnya menyalahkan dan mengkafirkan UMNO.

Namun, PAS terlupa apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 dan Timbalan Menteri Besar PAS.


Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad , "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Sekarang ... bukankah PAS yang tak jalankan hudud? Siapa sebenar yang kafir dan murtad? Bagi ahli PAS yang taksub dengan N.Ajis hingga dah mencam menyembah N.Ajis dari menyembah tuhan, tidakkah itu kafir dan murtad?

Kami tak tuduh tapi suruh mereka fikir sendiri.

Sumber dari House PK sini.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)