Thursday, November 8, 2012

Muktamar PAS mahu elak pergolakkan tapi dibayangi Nurul



Perancangan bagi Muktamar PAS berjalan lancar untuk memantapkan parti Pas tetapi isu Nurul akan membuat PAS beradada dalam serba salah dan boleh bergolak. PAS dan pemimpin parasit Anwarinas masih tidak memberikan pendirian dalam hal kata-kata Nurul bahawa orang Melayu patut diberi hak menukar agama.

Walaupun tiada sebarang pemilihan jawatan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Baru pada November 14 ke 18 kali ini, ianya tetap menarik. Jumlah perwakilan Muktamar dari kawasan-kawasan sama seperti muktamar yang lepas.

Menjelang pilihanraya ke 13, dijangka PAS akan memfokuskan kepada usaha pemantapan parti serta memperkasakan parti. Mereka akan usahakan supaya tidak ada perkara kontroversi dalaman seperti kekuasaan puak-puak parasit Anwarinas telah menjejaskan perjuangan asal parti.

Perbincangan para pemimpin dan perwakilan dijangka menjuruskan kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang, dan memberi penjelasan serta akan berusaha menangkis dakwaan media arus perdana.

Isu umum yang dijangka akan dimainkana dalah berhubung daftar pemilih yang mahu ditimbulkan keraguan, lambat tindakan polis dalam aduan melibatkan Pakatan Rakyat dan laporan tidak adil media arus perdana.

Selain itu, beberapa isu panas bertujuan menjatuhkan imej BN akan di bangkitkan seperti menghentam agensi kerajaan seperti SPR, mengapi-apikan tuntutan BERSIH, royalti minyak, alam sekitar sperti Lynas, Rapid, masalah sosial dan penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan ini di ambil semata-mata untuk menutup kelemahan parti dan mengelakkan perpecahan dalaman.

Presiden Pas dijangka akan memainkan peranan utama menyemarakkan isu-isu tadi dalam ucapan dasarnya yzng dipercayai akan mengarapkan serangan terahdap UMNO yang telah mereka anggap sebagai syaitan.

Adakah mereka sedia perbesarkan isu hukum hudud dan menyerang Chua Soi Lek dengan harapan untuk membuat orang Melayu bencikan MCA?


Tentu sekali ini akan menarik PAs dalam kontroversi dengan memerlukan isu Nurul Izzah dijawab dan jelaskan pendirian.

Buat pertama kali, Muktamar PAS ini akan sukaneka dengan tujuan untuk menjadikan muktamar kali lebih relaks dan santai. Nampak sangat puak parasit mahu melalaikan perwakilan dengan acara hiburan dan mengurangkan ketegangan yang mereka jangka akan datang.

Ada puak-puak belah utara akan bangkitkan isu hudud dan hal nasaruddin Mat Isa.

Pihak penganjur/tuan rumah PAS Kelantan telah menyedia dan menempah Hotel Perdana dan Perdana Resort (pcb) utk penginapan pimpinan AJK PAS PUsat. Siapa ambil bilik 121?

Bagi membuktikan Pas sebuah parti yang terbuka dan mendapat sokongan antarabangsa, di jangka turut di jemput perwakilan asing hadir. Antara yang dijangka hadir ialah dari Mesir, Sudan, Pakistan, Timor Leste dan Filipina.

Tak tahulah samada Nik Aziz ada menjemput Wahabi dari Saudi. DIa boleh gantikan dengan mantan Mufti Perlis. Manakala menjemput Syiah dari Mesir, Syria dll,  serahkan pada Mat Sabu.

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)