Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, November 5, 2012

MCA tak pernah persoal Islam ugama persekutuan


DAP persoal dan mahukan Negara Kristian.

Pada Sabtu lepas, Dato Dr Chua Soi Lek menjawab fitnah yang dilakukan PAS dengan menegaskan penentangan MCA adalah terhadap Enakmen Hudud versi PAS.

Soi Lek menjelaskan bahwa MCA tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (PAS) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam).

Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

Soi Lek menyuarakan pandangan ini setelah dia mendapat pandangan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

Tambahnya lagi, pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten.


Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik.

Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.


Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga.

Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

CHua Soi Lek kata setelah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia dan persoal Isam sebagai ugama persekutuan.

Buktinya adalah sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji, pusat zakat, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain.

Pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.


Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.

Menjawab cakap kosong Pakatan rakyat, Soi Lek cabar Pakatan Rakyat meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PR 13) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita. BUkankah itu mengina Islam juga?

PKR tidak menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This (Protest Sam Bacile). Mana PAS dalam hal ini?

MCA juga mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak?

Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong perlaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita.

Jangan pula DAP lari  dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

2 comments:

  • azman says:
    November 5, 2012 at 4:58:00 PM GMT+8

    Puak pakatan haram ni mmb suka buat fitnah..tgk apa jadi pada melayu kat penang..

    DAP rampas tanah melayu Pulau Pinang bernilai RM500 juta?

    pencacai pakatan haram sila baca dan buka mata luas2 ok

  • Darren Woo says:
    November 5, 2012 at 5:05:00 PM GMT+8

    inilah jadinya bila diberi kepercayaan kepada cina DAP haram jadah....DAP lagikah penang????

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)