Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, November 1, 2012

Loji Langat 2 boleh dibatalkan, inikan kondo Batu Caves



Dari sumber yang diterima, kelulusan ‘Development Order” dibuat pada 23 Mac 2008, selepas kerajaan PKR mengambilalih kerajaan pada bulan 8 Mac, 2008. Benarkah demikian?

Katalah Lembaga MPS belum ditukarkan dan masih dianggotai ahli Majlis perlantikan BN, namun begitu ianya bukan lagi dibawah kerajaan Barisan Nasional seperti yang dikatakan Dato Zainal. Yang penting peru ditanya adalah adakah ahli-ahli Majlis yang dilantik BN dan ahli politik BN masih lagi menghadiri mesyuarat selepas kalah di pilihanraya umum?

Kemungkinan besar mereka tidak lagi menghadiri mesyuarat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan dengan membuat keputusan utama yang mana jika tersilap, akan dipolitikkan. Jika mereka tidak mahu buat silap pun, tentu mereka tidak lagi mahu lagi membuang masa untuk menyumbang tenaga memikirkan sesuatu penting untuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Pasti Datuk Zainal tahu siapa yang hadhiri mesyuarat bertarikh 23 Mac, 2008 itu. Kenapa dia tidak beritahu siapa yang menghadiri mesyuarat tersebut? Adakah dia khuatir pendedahan tersebut akan menjejaskan majikannya sekarang?

Sementara menunggu Datuk Zainal menjawab dua persoalan ini, ingin juga bertanya: Jika kerajaan negeri boleh tahan pembinaan Loji Langat 2 yang sudah dikeluarkan ‘Development Order’, kenapa pula mereka seolah-olah seperti tidak berdaya untuk tahan projek kondo yang ditentang pelbagai pihak ini?

Loji Langat 2 sudah mulakan kerja-kerja permulaan, Park Avenue Dolomite belum mulakan apa-apa?

Baca sepenuhnya di Sel13.com sini

Apa yang disorok Dato Zainal YDP Majlis Selayang? Ada apa-apa ke????

1 comments:

  • Diablo Lord of Terror says:
    November 1, 2012 at 4:26:00 PM GMT+8

    ade udang disebalik batu nie...wlupun aku x bpe nk fhm tapi menarik gk

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)