Friday, November 23, 2012

Kerjasama dengan Bani Lim dan Liwat tak bantu agenda PAS


Hadi dilaporkan menolak cadangan perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam menang. Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah disepakati dengan PKR dan DAP.

Hadi mengaitkan kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah
tersebut. Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS, kabilah ‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Liwat’ belum pun menerima Islam PAS, tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah negara.

Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?

Tanpa klausa ‘Islam sebagai agama persekutuan’ yang dipertahankan mati-matian oleh UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara.

Tiada lagi peruntukan khas untuk program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan syiar Islam.  Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan
bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi pilihanraya.

Kabilah Bani Liwat pula jelas berkiblatkan barat, menganggap undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya agama yang benar.

Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang? Apakah erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan?

Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam.   Hakikatnya, kemenangan PAS tidak bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam.

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 23, 2012 at 8:34:00 PM GMT+8

    PAS ITU ISLAM?

    Tapi kenapa di kala masjid seluruh negara pada Jumaat hari ini mendoakan Qunut Nazilah untuk keselamatan Palestin, negeri kelantan tidak melakukannya..

    Dikala seluruh dunia melaknat israel, pas mendoakan sedara se islamnya dari Umno jahanam dan tok gundunya mengelar umno murtad !!

    Adakah ini kifarah kerana menggadai kalimah Allah sehingga hati dan mata mereka tak melihathasil kekotoran bersahabat dgn.sang peliwat dan golongan Gay,lesbian dan anti melayu dan raja.

    gen2felda

  • Raja Jembal says:
    November 24, 2012 at 3:33:00 AM GMT+8

    Cuba kau bayangkan!!! Hadi sebagai PM..atau Nuwar..atau Lim KS (definitely not Kapal Sink). Semuanya gilerr nak ke Putrajaya. Keliling Tasik Putrajaya yang dah ada Mesjid Besar, ditambah 2 buah Gereja Negara, 2 buah Tokong Naga Negara (siap dengan 888 ekor naga dan burung merak),2 buah Kuil Hindu bersama 2 Berhala visnu saiz Batu Cave (termasuk 707 berhala kecil besar macam-macam rupa kera, lembu, ular), 1 buah patung Buddha terbang saiz Tumpat Kelantan (Nik Aziz arahkan PM untuk pair dengan yang diTumpat) serta beberapa kuil lain untuk Singh dan Hindu kasta atas...Mesjid baharu tak perlu dibina mengikut Nik Ajis, cukup dengan mesjid lama, kerana di Kelantan selama 22 tahun memerintah pun, Pas tak buat mesjid.

    Boleh kau orang semua imagine..
    Ronnie Liu dilantik jadi menteri local gov. Dia luluskan rumah urut,kelab malam/spa sebelah Alamanda.

    Islam kah ni semua??

  • Anonymous says:
    November 24, 2012 at 7:54:00 AM GMT+8

    pas ini bukan apa dia cuma mahu lihat umno kalah tersungkur baru rasa puas inilah dendam kesumat mereka ,mereka sanggup melihat Islam hancur

fda

Link2Me WeLinkBk (254)