Greetings

Sunday, November 11, 2012

Kenapa Jeneral yang gagal tak jawab sendiri Edmund Bon?


Seorang bekas Ketua Pengarah menghantar satu SMS dan ianya disebarkan ke sana kemari. Katanya, mana soldadu maya kita dalam menjawab isu yang ditimbulkan Edmund Bon.

Kenapa tidak jawab isu yang ditimbulkan oleh peguam hak asasi manusia muda ini?

Menurutnya, Edmund Bon sedang bangkitkam isu murtad sekali lagi. Dia persoal beberapa peruntukan dalam enakmen agama Islam Selangor yang menurutnya secara teknikal membenarkan seseorang keluar dari Islam.

Jika apa yang dipersoalkannya itu tidak dijawab oleh pihak berwajib secara spontan melalui twitter, besar ramifikasinya nanti.

Bekas KP ini mempersoalkan soldadu maya yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan Edmund Bon.


Bukan kami tak kenal Edmond Bon. Kami kenal dia bukan setakat sini dan sini. Kami kenal benar Edmund Bon. Atas twitter Edmund satu masa dahulu.

Kami tahu kes DUMC akhirnya tak ada kes. JAIS di yakinkan penasihat MB dari buat kes.

Sementara itu, siapa peguam yang MB Selangor biayai untuk kes Teoh Beng Hock.

Peguam itu Malik Imtiaz, kawan Edmund Bon. Kaitan Edmund Bon, Malik Imtiaz, harris Ibrahim, Ambiga dll dengan IFC, Lina Joy dll pun kami tahu. Lebih dari itu kami tahu.

Boleh tak kami tanya KP ini?

Mana laporan mengenai isu yang ditimbulkan Edmund Bon? Pergi Google News Search, General Search dan Blog Search. Tunjuk kami di mana isu Edmund Bon. Apa butiran yang disebut?

Laporan tak ada dan butiran takda, macam mana nak jawab. Takkan main hantam saja dalam nak menjawab?

Betul, kita boleh timbulkan jawapan bahawa Enakmen Negeri tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan. Peguam-peguam mangkuk ini juga yang kata.

Peguam Mangkuk ini juga menentang Artikel 112A kerana artikel itu meletakkan mahkamah sivil dan syariah satu tahap dan sama rata. Ini yang kerajaan BN buat untuk selamatkan dan daulatkan Islam. PAS buat apa?

Dah tentu KP ini di majlis itu atau kawan dia di majlis itu, kenapa harapkan orang lain bersemuka? Kenapa tidak kamu sendiri bersemuka.

Kenapa harapkan orang lain dan sms sana sini kata seolah-olah soldadu maya tak buat kerja?

SEJAK BILA ADA SOLDADU MAYA. SOLDADU TU BERBAYAR. KALAU BETUL BUAT KERJA GINI ADA BAYARAN, SILA TINGGALKAN HANDPHONE SUPAYA KAMI SMS AKAUN BANK. DAPAT JUGA BUAT BAWAK ANAK_ANAK BERCUTI ....

Masa jadi KP, bagus sangat ke kamu? Itu pun kamu tahu.

Kenapa asyik ampu boss sampai jahanamkan alif ba ta dan jahanamkan struktur alif ba ta negara.

Patut kamu yang jadi soldadu kerana dulu kamu gagal sebagai jeneral.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)