Thursday, November 22, 2012

Kemunduran pemikiran PAS zalimi Islam dan rakyat



Doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 22, 2012 at 11:48:00 PM GMT+8

    hahaha...
    bro, sbb apa parti ajaran sesat nie mundur?
    dari dulu sampai skang yg jadi kepala murSHITdoll nya org yang bodoh lagi bahalol...
    cuba hang xpalin kt aku apa kelulusan org tua tue?

    soh g belajar psl agam Islam kt Arab, dia bantainya gi pakistan blajar ilmu sesat mana...

    satu benda pasal ekonomi x tau apa, dulu soh belajar math asik bebal...

    cuba hang bgtau, neek najiees nie apa yg dia tau?

    si bodoh nie buka jer mulut, UMNO lah yg di caci..
    bukak jer mulut kluar ar fatwa bangang dia..
    asik dok kalut psl hukum kudud sesat parti ajaran sesat, soh bukak Quran check balik Hudud yg sebetulnya x mau, sombong bodoh...

    bodoh ke bangang org nama neek najiees nie?
    apa bnda yg dia tau?

  • Anonymous says:
    November 23, 2012 at 12:47:00 AM GMT+8

    Salam Tuan, apa yg Tuan tulis benar belaka, tetapi sayang Tuan, hairan bin ajaib puak2 dibelah sana, pura2 x nampak ka, atau pun sememangnya Tuhan menutup mata & hati mereka supaya x nampak kerana puak2 ini banyak menggunakan Agama untuk kepentinggan diri, atau pun ulamak palsu.

  • Anonymous says:
    November 23, 2012 at 7:19:00 AM GMT+8

    ketika harry lee jumpa nik aziz dulu, harry telah pukau nik aziz dgn zionist hypnotism

    maka hari ni senang nak kudakan tgna

fda

Link2Me WeLinkBk (254)