Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, November 7, 2012

Hal murtad pun Asri condong pembangkang


Berkali-kali kami sebut di blog ini bahawa Mantan Mufti Perlis adalah seorang yang tak layak disanjung sebagai ulamak kerana dia tidak tahu mencapai persefahaman dengan rakan2 mufti ketika memegang jawatan.

Seorang ulamak sepatutnya ikhlas dan bertanggungjawab dalam memberi pandangan. Mereka perlu bijak dalam memahami keadaan dan memastikan kestabilan masyarakat dengan pandangan yang bijak.

Asri tidak adil dan ikhlas dalam memberi pandangan tetapi hanya sukakan publisiti dna perhatian kepada dirinya. Walaupun baru-baru ini di amenegur kepimpimnan PAS yang mengamal Ayatollah-ism, itu hanya timbul setelah kita menegur dan suarakan kecenderongannya menegur sikap pro UMNO tapi pembangkang tidak.

Tidak hairan jika Asri masuk pembangkang PKR dan bertanding kerusi PKR. Petanda itu lebih menyerlah dengan asri menganggap kontroversi Nurul sebagai bersifat umum. Apa maksudnya umum? Ketua Umum atau pandangan Melayu berhak murtad itu tidak ada apa-apa?

Dr Asri berkata pandangan Nurul itu umum dan tidak mendalam. Nampak sangat Asri buat-buat tak tahu bahawa pandangan Nurul itu punya susur galur kepada ajaran Islam Liberal dan Plural dan berdasarkan pandangan taha Al Jabir dalam bukunya La Ikraha Fiddeen.

Nampak sah Asri tidak mengetahui atau buiat tak tahu akan susur galur pertembungan dalam ABIM antara pengajur awal ABIM dengan Anwar dalam hal Islam Liberal dan Plural.

Nampak sah Asri tidak tahu atau buat tak tahu akan susur galur pandangan ISlam Liberal dan Plural dengan buku strategi RAND Corporation untuk menyuntih pandangan liberal dalam Islam dan mengetengahkan pandangan Islam Moderate dalam perang akidah CIA terhadap negara Islam yang dianjur puak Zionist, Neo Conservative dan Chrsitian Zionism dan belakangnya di dalang Zionist Yahudi.

Nampak sangat Asri lihat lebih perlu membela Nurul dan bukan risau implikasi terhadap akidah anak2 muda orang islam yang perlu diselamatkan.

Ini adalah spin yang cuba dimainkan Anwar dan PKR kerana Sinar Harian hari ini penuh dengan spin yang cuba terus mengelirukan umat Islam.

13 comments:

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 9:06:00 AM GMT+8

    Salamkum
    Pak Kassim Ahmad hendak ajak brbincang pun Dr Asri buat2 elak jer



    wawa

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 9:52:00 AM GMT+8

    Ular dalam semak....merayap2 kesana kemari mencari mangsa untuk habuan perut sendiri !!!!!!

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 9:52:00 AM GMT+8

    minta rr asri tonton video dan nilai sendiri ucapan si nurul izah ni

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 9:54:00 AM GMT+8

    ularmak opportunist le katekan

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 10:06:00 AM GMT+8

    Asri & Fathul Bari adalah antara ulama2 yang ada agenda besar.
    Maseng2 sedang usaha untuk mempengaruhi pihak pemerintah dan puncuk pimpinan politik.
    Sementara Fathul Bari dan ulama2 muda lain berpihak kepada UMNO , Asri pula berpihak kepada pembangkang.
    Jangan kita semua tertipu dengan muslihat ulama2 ini yang hendak jadikan Malaysia saperti Saudi Arab dimana pucuk pimpinan di pengaruhi ualama mazab Wahabi.
    wak

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 10:45:00 AM GMT+8

    orang pandai memang pandai meletakan dirinya.yg tak ikhlas; sebagai manusia jarang mampu menagani apa kepentingan yang ia juruskan dan merasa wajar terlebih dahulu buat mengenepikan keutamaan tuntutan agama demi keperluan berkehidupan. asri tak nampak? @tak caya @ tak ambil peduli perkara2 yg dia fikir cikai@dia ada apa kesah dan akan ok beres@...dia sendiri leh jawab . aq fikir asrini mcm artis pop jah.

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 11:25:00 AM GMT+8

    sebenarnya ini adalah persepsi....iaitu apabila di perbesarkan oleh utusan malaysia orang akan jadi was was untuk mempercayainya....jadi di masa hadapan carilah media lain untuk mengetengahkan apa apa perkara kontroversi kerana apabila ianya di siarkan oleh utusan orang akan mencari butiran asal atau sebenarnya dan di dapati perkara sebenarnya lain dari yg di siarkan.Mengikut rekod utusan sudah banyak kali di saman oleh pihak yg terlibat dan hampir kesemuanya utusan yang kalah....jadi nasihat saya carilah media lain untuk menyiarkan berita yg kontroversi.

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 11:46:00 AM GMT+8

    Kita boleh sahaja berbeza pandangan dan pendapat asal sahaja tidak melibatkan soal memesongkan aqidah Islam.

    Nurul Izzah mempertahankan dirinya dalam isu ini dengan memetik Ayat 256 Surah Al-Baqarah : "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)..". Ayat tersebut sepatutnya dilihat secara keseluruhan seperti berikut: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahwi."

    Perbuatan Nurul Izzah memetik sebahagian sahaja ayat tersebut mungkin terdorong dengan amalan pemimpin2 PAS yang sering menggunakan sebahagian ayat Quran yang dirasakan memberi keuntungan poltik kepada mereka. Politik suku dan agama suku yang diamalkan oleh PAS dahulu ternyata telah menjadikan PAS sendiri TIGA SUKU dan kini telah menular kepada Nurul Izzah yang telah menjadi TIGA SUKU kerana terlalu ghairah untuk mendapat undi dari non muslim.

    Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah 'pembelaan' Dr Asri keatas kenyataan Nurul Izzah yang terangan2 telah menghina Islam. Tidak mungkin Dr Asri tidak tahu maksud yang tersurat dan tersirat diatas kenyataan Nurul Izzah. Tidak salah bagi Dr Asri untuk mencari populariti tetapi dalam soal aqidah ini sepatutnya beliau tegas 'menegur' Nurul Izzah dan tidak membelanya kerana 'pembelaan' itu boleh menjadikan oarng yang cetek ilmu agamanya menjadi keliru. Jika sekiranya Dr Asri minat untuk berpolitik tidak siapa yang akan melarangnya kerana itu adalah hak beliau. Cuma beliau harus berani menyatakan pendirian dan tidak berteka teki kerana jika akhirnya kelak beliau melibatkan diri dalam kancah politik maka itu bukanlah satu kejutan yang boleh mebuatkan orang sakit jantung kerana Dr Asri adalah manusia biasa yang ada nafsu.Cuma yang dikuatiri Dr Asri tidak pandai 'mengawal' nafsu. Wallahualam.

    mtk

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 12:55:00 PM GMT+8

    SEBAGAI SEORANG ISLAM SAYA TIDAK PERNAH RESPECT DR. ASRI, KERANA PANDANGAN YANG DIBAWANYA ADALAH TIDAK TELUS, DAN TIDAK CONSISTENT. SIKAP MENYERUPAI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI SESUMPAH SUDAH MENJADI PEGANGAN BELIAU. SETIAP PATAH PERKATAANNYA ADALAH MENJAGA KEPENTINGAN DIRI. KESIAN, TAK GUNA BELAJAR UGAMA SAMPAI DAPAT PHD, KALAU MEMPUNYAI NIAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA DAN MENGGUNAKAN UGAMA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI. SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN DIA KE JALAN YANG BENAR

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 1:49:00 PM GMT+8

    Syeikh Abdullah Fahim, Mufti pertama Pulau Pinang pernah memberi amaran tentang bahaya fahaman Khawarij yang akan memecah belah orang Melayu dengan ajaran mereka supaya kita meninggalkan mazhab Shafie. Asri adalah seorang tokoh Khawarij zaman ini, yang selalu mengelirukan orang Islam supaya kita jangan ikut mazhab, tetapi berpandu kepada Sunnah dan Quran sahaja. Beliau menganggap diri beliau lebih hebat daripada Imam Shafie, mampu berijtihad dan keluarkan hukum syaria sendiri. Sebagai pemimpin Khawarij Melayu beliau memperlekehkan pengajaran tawhid Asyairah/Maturidiah iaitu sifat dua puluh. Itu sebab beliau ditangkap oleh JAIS di Taman Sri Ukay Ulu Klang pada tahun 2009 kerana berdakwah tanpa tauliah di Selangor. Kes ini masih lagi belum selesai, tetapi media massa seperti RTM dan Astro berebut untuk mempromosi fahaman Khawarij yang dibawa oleh Asri.

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 1:59:00 PM GMT+8

    Anon 11:25,
    Cer cadangkan media yang 'lain' tu. Harakah ? KeADILan ? Roket ?

    Dan, tak semua orang membaca dari persepsi politik, ramai yang blow ialah sebab mereka membaca dari perspektif seorang ISLAM.

  • Anonymous says:
    November 7, 2012 at 3:23:00 PM GMT+8

    Bacalah Malaysiakini lagi jelas kenyataan kebebasan berahama ni dan tontonlah sendiri videonya, sudah terang lagi bersuluh. Tapi video tu besi kan? Dan utusan itu semua fitnah dan kemungkinan juga ini semua Umno yg arahkan perempuan tu cakap camtu....Rosmah lah ni punya kerja....!

  • Anonymous says:
    November 8, 2012 at 12:19:00 AM GMT+8

    Alhamdullilah anon 1.49pm, anda tepat dalam penelitian anda tentang bangsat bermata juling itu.

    Fahaman Khawarij sudah lama bertapak dalam PAS. Perhatikan saja epistomologi pemikiran mereka, jelas mirip dengan Khawarij. Contohnya dalam isu mengkafirkan sesama Islam.Untuk lebih banyak lagi persamaan lawatlah : http://blogtokwan.blogspot.com/2012/04/puak-khawarij-moden.html

    Suatu lagi ialah asal usul Khawarij moden ini dikaitkan dengan Pemikiran madrasah Deobandi (Deoband) yang berpengkalan di India dan yang menjadi tempat mengaji Nik Aziz Nik Mat serta universiti-universiti di Madinah dan Jordan dimana Hadi bin Awang mengaji. Fahaman Khawarij adalah antithseis kepada Islam syumul Segala apa yang di bawa oleh pemuka2 Khawarij adalah dusta dan anti-Islam. Malah Rasulullah (saw) pernah memberi amaran keras tentang golongan Khawarij ini yang maksudnya:

    "Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), baca'an quran, solat dan puasa kamu tidak setanding baca'an, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T. pada Hari Kiamat."

    Kawan rapat Khawarij adalah golongan Wahabi. Matlamat mereka berdua serupa menghancurkan Islam dari dalam dengan bantuan Yahudi dan Kristian. Kaedah yang digunakan adalah amat licik, berpura2 Islam dan warak tetapi menyimpan dendam kesumat pada umat Nabi.Maka ini jelas dari perilaku mereka, nampak tak di Malaysia mereka bermanja dengan kafir harbi DAP tetapi enggan bersatu hati dengan umat yang mengucap kalimah seperti yang Nabi isyaratkan di atas.

    Wahhabi dan Khawarij diguna Amerika dan Yahudi untuk memburukkan Islam dengan pelbagai bidah sesat yang mereka bawa. malah Osama bin Laden merupakan agen terlatih CIA yang dtamatkan riwayat apabila tiada gunanya lagi. Dan IIT yang di bangkitkan Unspinners boleh dikesan salasilahnya disini:

    http://www.discoverthenetworks.org/printgroupProfile.asp?grpid=6180

    wallahualam

    Warrior 231

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)