Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Sunday, November 4, 2012

Badrul Amin nak rasa macam Sahara Yaacob dalam Arqam?



Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya. 

Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang. 

Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.” 

Jika merujuk kepada kenyataan JAIS itu dan tema konsert 'Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib', Badrulamin sepatutnya tahu-tahu sendiri program yang beliau hadiri itu dan pelik jika Badrulamin tidak tahu apa-apa walau sedikit pun tentang kaitan program tetsebut dengan Al-Arqam.

MI melaporkan kenyataan Badrulamin. Di antaranya :
“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

"Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin.
Petikan MIM

Bini dah 4, ada dicerai dan ada diguna. Apa dia nak lagi dalam Arqam? Nak cari kalau ada yang macam Sahara Yaacon lagi dalam Arqam ke? 

Kesian Sahara Yaacob. Ingat masuk Arqam dapat jumpa jalan yang lurus. Rupanya melihat Sahara yaacob, banyak pemimpin Arqam anunya terus lurus.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)