Wednesday, November 21, 2012

Azizan ikut jejak N.Ajis, Husam gondolkan hutan


Selepas ladang rakyat di Gunung Inas, kini projek agrotourism pula dijadikan sebagai alasan oleh kerajaan PAS Kedah untuk menggondol khazanah hutan negeri ini.

Lokasi terbaru yang menjadi sasaran itu ialah lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu di Padang Terap, dekat sini, yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan utama negeri.

Malah, sebahagian kawasan terbabit terutama di lokasi tinggi sekitar Tasik Pedu sudah diratakan, sedangkan tiada sebarang laporan berhubung kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) disahkan diterima untuk tapak berkenaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Ketika ditanya, Azizan, yang cekap dalam silat 'tai chi' dalam mengelak dan menyalahkan orang lain, dia berhelah menggunakan tafsiran tanah tinggi berbeza Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan sebagai sebab tiad alaporan EIA disediakan.

Tafsiran tanah tinggi mengikut Alam Sekitar (JAS) kata 250 meter ke atas, manakala Jabatan Perhutanan pula kata 750 meter.

Walaupun jelas permainan teknikaliti adalah untuk melanggar peraturan mengekalkan alam sekitar, tanpa malu-malu Azizan menafikan aktiviti pembalakan terbabit dijalankan khusus untuk mengenyangkan mana-mana tauke balak, sebaliknya menjadikan projek agrotourism yang dijangka berpotensi menjadi tarikan pelancongan baru Kedah.

BH ada melaporkan keadaan tiga lokasi iaitu di Tasik Pedu, Gunung Inas dan Jeniang semakin terancam akibat aktiviti pembalakan.

Baca sepenuhnya di Kedahan69ers 

3 comments:

  • Anonymous says:
    November 21, 2012 at 5:48:00 PM GMT+8

    Sedihlah..Hutan Simpan Pedu adalah salah satu khazanah bernilai bg Negeri Kedah, tempat Lebah Madu Tualang membiak.. UMNO sejahat2 mereka tidka pernah usik hutan2 gondol sperti PAS Haram telah baut.

    Hutan Pedu juga sumber bekalan air minum dan pengairan 90% negeri Kedah kerana Empangan Pedu bersambung dengan Empangan MUDA yg mana kedua-duanya bergantung tadahan dari Hutan Simpan Kekal Pedu.

    Hanya Allah Ta'ala shj layak balas kejahatan Pakatan PAS ini. Mereka org yg angkuh mengakui ALIM dan BERAGAMA tp merekalah (Ust PAS) Perosak kpd umat!!

  • Anonymous says:
    November 21, 2012 at 8:12:00 PM GMT+8

    Ladang buah ape kejadahnya di tengah-tengah hutan. Semuanya alasan untuk curi balak sebab kerajaan negeri takdak duit. Inilah contoh negeri berkebajikan PAS untuk tolong puak-puak kroni.

    Jijan oh Jijan...

  • Raja Jembal says:
    November 21, 2012 at 8:28:00 PM GMT+8

    Masa aku kecik-kecik berhingus dulu,arwah nenek selalu berkata pada akhir zaman nanti akan timbul dajjal, yajuk-makjuk yang akan memakan segala tanaman dan menghisap air sungai dan tasik sehingga kering, sehingga segala manusia/orang beriman akan terpaksa bergantung kepada dajjal untuk hidup dan menggadai agamanya.

    Gambaran Tasik Pedu yang digondolkan oleh Zizan mengembalikan ingatanku kepada nenek, dan masih terasa ketakutan dan gerun dibenak hatiku, satu gambaran fobia dijiwa kanak-kanak mentah. Ketakutan kepada yajuk-makjuk saperti ulat gogok raksasa yang berseringai dengan taring tajam.

    Alasan Zizan menggondolkan hutan sekitar Tasik Peduh terlalu amat rapuh melainkan terdapat hasrat merompak khazanah alam untuk kepentingan kuasa sendiri, tanpa memikirkan kemudaratan umum yang lebih penting.

    Projek Agrotourism Tasik Pedu adalah penipuan. Zizan kata mau tanam tamar/kurma dan epal, dan yakin pelancong akan datang berduyung-duyung...Apa yang aku nampak munkin ada pelancung datang untuk melihat ketololan dan kebodohan. Mana ada orang waras mau bayar tengok pokok kurma kat Kedah?? orang akan pergi Turki dan Tunisia disitu kebun tamar melaut luasnya. Orang nak tengok pokok epal pergi New Zealand disitu orang boleh boleh makan sampai terberak epal.. bukan pergi Kedah!! Akal Zizan letak kat mana ha!!! Orang pergi melancong mau lihat ketamadunan, contoh macam piramid, tembok Besar dan lain-lain. Orang tak datang melancung mau tengok kebodohan saperti pokok kurma kering 20 batang Tasik Pedu.

    Sedar tak sedar kayu asli,flora fauna, chengal, tualang, gaharu, mempaga dan kruing khazanah alam dipotong dan dijual, bukan buah kurma atau epal, zaiton dan bunga ros. Berapa ratus tahun pokok-pokok ini akan tumbuh macam asal kembali?? Rakyat Kedah ditipu siang hari. Kalau nak merompak pun buatlah dalam gelap, janganlah anggap rakyat Kedah tak boleh nampak,berfikir dan bodoh sepanjang musim...Tahap melampu dah ni memperbodohkan rakyat.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)