Tuesday, November 20, 2012

Ahli baru PAS yang tukang kutip Pak Man Telo


Entah apa sebabnya, tapi PAS dan PKR jadi tarikan kepada artis terlanjur dengan khalwat, main jantan muda, pak lawak bermasaalah kewangan, brigedier jeneral perasuah, inspector kecewa, dan lain-lain.

Kali ini, seorang lagi yang bermasaalah masuk PAS. Lalu dijajalah seolah-olah dia mintak maaf atas perbuatannya yang lepas-lepas. Konon mahu pula menebus kesalahan dengan berjuang dengan PAS.

--------------

KOTA BHARU: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas...saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

"Saya berbesar hati hari ini diangkat untuk berucap di Muktamar walau pun baru dua tahun bersama PAS, paling terharu PAS boleh terima orang yang berdosa seperti saya," katanya.

Cabar Majlis Fatwa

Pada masa sama beliau yang juga bekas OCPD itu turut mencabar Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tentang gaji yang diperoleh oleh mana-mana calon yang menang pilihan raya melalui penipuan pilihan raya.

"Saya nak cabar Majlis Fatwa dan Mufti, kalau menipu dalam pilihan raya kemudian menang. Jadi Perdana Menteri, jadi menteri-menteri, bagaimana dengan gaji mereka.

"Saya tanya tuan-tuan gaji yang mereka dapat halal atau haram?" soal Abdullah terus dijawab para perwakil 'haram'.

"Kalau haram, kenapa Majlis Fatwa tidak keluarkan Fatwa?"

"Ya gaji yang mereka dapat tidak halal, jawablah di akhirat esok," soalnya balik ketika berucap menyokong usul pilihan raya oleh PAS Pusat.

Tambahnya, daripada banyak-banyak pilihan raya negara diadakan Malaysialah yang paling teruk.

Ditambah pula katanya, pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar c paling malang mereka ini didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau juga membayangkan jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih sudah lama Umno BN terkubur.

"Kalau bersih, sudah tentu kita sapu bersi.h Kita sudah lama jadi pemerintah," tegasnya diringi takbir para perwakilan.

--------------

Ah ah ah ah ... Nampak sangat Abdullah ini seperti tak punya otak untuk berucap menggunakan modal dan agenda PAS.

Terima kasihlah PAS kerana menerima anggota-anggota tercemar seperti Abdullah Omar ini kerana dia sudah dipenghujung jalan dalam hidupnya.

Memang betul Abdullah pernah bertugas dalam Cawangan Khas di Rompin sebelum ditukar menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah dalam daerah Batang Padang Perak.

Dosa sebenar Abdullah bukan dalam kerja-kerja SB atau dalam polis tapi menipu orang ramai.
Abdullah jadi OCPD ketika jadi orang kuat boss yang korup dan dipegang gangster.

Ketika dia OCPD, Abdullah banyak menipu orang duit. Dia dikenali orang sekitar Taiping sebagai tukang kutip wang untuk Skim Penipu Pak Man Telo.

Dia harap-harap dengan memasuki PAS akan dapatlah nyawa baru untuk menyambungkan kerja jadi penipu. CUma kali ini, dia kana jadi penyamun tarbus yang pakai serban dan berkumis kah kah kah ...

12 comments:

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 9:24:00 AM GMT+8

    Gaji yang si Abdullah terima masa masih berkhidmat dengan PDRM tu HARAM lah.....Yang masa bertugas Sebagai SB selalu PAU, premis judi, ekor haram pusat pelacuran tu HALAL kot...Oleh Ex-Polis IPD Taiping.

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 9:43:00 AM GMT+8

    pas pusat mengutip para munafik

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 9:52:00 AM GMT+8

    Berdosa kepada PAS? Sah bengong. Sah syirik. Bertuhankan sapa ni, agama PAS. Kitab Harakah. Bengong betui. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan agama di kalangan masyarakat Melayu berada pada tahap yang terlalu rendah. PAS memang suka keaddaan ini dan akhir nanti, akan ada unsur-unsur sesat seperti apa yang berlaku di dalam Arqam dan saya pasti, nanti janggut Nik Aziz akan direbut untuk dijadikan azimat oleh pengikut PAS dan akan diframe untuk tatapan anak cucu. Silap2 air mandi beliaupun akan ditadah untuk dijadikan air penawar oleh pengikut fanatik. Mungkin lebih teruk lagi bila beliau meninggal nanti, tengoklah. Masyaallah. Moga dijauhkan Allah bencana akidah seperti contoh ini daripada berlaku.

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 10:49:00 AM GMT+8

    Ohh Dollah ini ka, OCPD kaki kencing , duit kiri kana dok sapu dan orang kanan arwah pak man telo tuuu.. dulu masa keje nampak syaitan .. laa ni kot dah pencen baru nampak tuhan .. alhamdulillah amin , semoga dijauhkan beliau dari kekesatan yang lebih buruk setelah bersekongkol dengan syaitan waktu jadi polis dulu.

    Untuk pas , lantik lah dia sebagai 'pengarah kutip duit' kerana dia ini memang pakar dalam hal ini. Tapi jika lantik dia, hairi othman nak letak mana pula?

    Dia nak masuk parti politik mana dia punya pasal.. tapi jangan kencing orang taiping sudah laa.. nak kencing ahli pas kawasan lain dipersilakan..tak siapa pun halang. Ayuh ramai-ramai kita dedahkan siapa di Dollah ini.

  • Dudu says:
    November 20, 2012 at 11:15:00 AM GMT+8

    anon 10.49am,

    Pengarah kutip duit... ha ha ha.

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 12:08:00 PM GMT+8


    Pencacai cam ni yang PAS amek???? Hulllaaaamakkkk...... dah nak mampuih dah pas ni rupanya

  • maskman72 says:
    November 20, 2012 at 12:08:00 PM GMT+8

    kan dah pecah tembelang...padan muko....

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 12:45:00 PM GMT+8

    yang tu pun nak keluaq fatwa ka? kalau dah tipu, mmg haram la ... sama la dgn ex polis ni, kalau dia dulu makan duit haram, haram la hukum dia ...... ntah betui ka ndak dia bertaubat .....ke tau nak buat ....

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 1:14:00 PM GMT+8

    dah tu pak omar..yg duduk dlm kerajaan tp ahli pas..cikgu2 cikgi2..ahli2 parlimen dpt gaji haram ker??dah'penuh' perut baru nak tuduh haram??kalau tahu haram..awal2 berhenti dan jadi petani atau nelayan..saya syorkan org2 pas dlm kerajaan..lebih baik berhenti kerja secepat mungkin sbb makan duit haram..sekolah dia dan anak dia belajar pun haramm....YB menteri besar dlm Pas pun dpt elaun guna duit harammmkan??!! lebih baik letak jawatan dan jgn pegang apa2 jwtn..dlm kerajaan...kan mudah gitu??

  • Anonymous says:
    November 20, 2012 at 4:21:00 PM GMT+8

    oh dollah ni, hgpa try tnya rumah tmpangan or salun unisex sana, sapa yang pau duit prlindungan ayam2 depa. Nnt hgpa trkejut besaq pnya lah

  • Raja Jembal says:
    November 21, 2012 at 3:06:00 AM GMT+8

    Aku rasa amat terharu dan simpati dengan Dollah Mangkok ni. Dia sebenarnya mencari-cari tempat untuk menebus dosa silamnya dan bertaubat. Tetapi dia tidak nampak Allah dan tidak terasa dirinya sebagai hamba Allah, sebaliknya dia beranggapan PAS dapat mengampuni dosanya dan memilih menghambakan dirinya kepada PAS. Jika dia meminta ampun kepada Allah dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat, InsyaAllah dia akan menjadi hamba yang bersih dan terpelihara ( dengan kehendak Allah ). Namun dia telah tersesat mencari restu keampunan daripada PAS. Sudah tentu dia terpelanting masuk kedalam kandang PAS dan menjadi hamba PAS dengan terus terpalit dengan najis, lendir dan nanah busung. Lidahnya tidak terpelihara dari mencarut ayat-ayat PAS yang disangkanya sebagai wirid-wirid yang afdal dari Nik Ajis dan Hj Hadi. Kedua-dua ekor Baghal ini tidak akan membantu Dolah Mangkuk kearah kebenaran dan taubatannasuha, tetapi akan terus mengheret mangkok ini kealam candu hayalan surga PAS yang menyesatkan.

    Ramai yang menyesal dengan dosa silam dan ingin sujud memohon keampunan Illahi,memohon keredaan siratul-mustaqim..tetapi teramat malang bagi mereka kerana diuji diantara kebenaran dan keimanan adanya PAS yang menjanjikan jalan ke Syurga...Astargfirullah.

  • Anonymous says:
    November 21, 2012 at 8:45:00 PM GMT+8

    Macam macam ada dalam parti pencacai nih..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)