Taman Manggis menjadi isu besar pada bulan Jun-Ogos di Pulau Pinang dari pendedahan Pemuda BN negeri bahawa tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.
Pelbagai penafian, helah dan tuduhan balik dibuat oleh Ketua Menteri yang cocky dan arrogant hingga boleh dianggap sebagai tokong. Namun begitu, semua ini penipuan Lim Guan Eng.
Guan Eng ada berkata Kementeriaan Kesihatan menolak permohonan hospital swasta pada Oktober 22hb 2010 tetapi Menteri Kesihatan mengesahkan bahawa lesen untuk pembinaan hospital itu telah diluluskan dan EPU Negeri telah dimaklumkan pada 5 Jun 2012 iaitu tiga hari sebelum isu ini dibangkitkan oleh Pemuda BN.
Dalam Sinar Harian bulan Julai, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendakwa Kerajaan Negeri menyembunyikan dan memutarbelitkan fakta mengenai penjualan tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat untuk pembinaan sebuah hospital swasta.
Semakan yang dilakukan dengan pusat sehenti (one stop centre) mendapati sebuah syarikat swasta telah mengemukakan pelan perancangan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 23 Disember, 2011.
Baca seterusnya
sini.
Sebelum ini, Guan Eng membuat helah berkata, tanah PPR itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.
The Star bertarikh Ogos 11hb melaporkan Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, H'ng Khoon Leng mendedahkan seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur telah membeli tanah kerajaan negeri DAP seluas 0.4ha di Taman Manggis pada harga RM11 juta padahal nilai pasaran adalah RM22 juta.
mil although the market price is RM22mil.
Tambahnya lagi, hanya dua pembidaan diterima dan kedua-duanya adalah oleh syarikat kepunyaan Dato ini.
Baca seterusnya di
sini.
Guan Eng manafikan ada kepentingan peribadi di
sini. dan cuba menidakkan bukti dengan hanya alasan lemah bahawa yang ditunjukkan taida pengesahan
sini. Dokumen yang diperolehi secara rahsia mestilah tiada pengesahan dari pihak berkuasa kerana ia dokumen bocor.
Pada bulan Ogos pula, dilaporkan Pemuda BN negeri mendedahkan tapak tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin masih dimiliki oleh kerajaan DAP negeri.
Baca Utara News
sini
Macam mana tokong Dr Mansor kuat menipu dan berhelah-helah bila kena tangkap menyeleweng? Projek Parking, sPICE, Kg Buah Pala, dll. Kata nak lawan BN yang mereka tuduh rasuah, rupanya mereka lagi teruk.
Pemimpin putar belit mcm ni mmg jadi pujaan pencacai2 PR.