Thursday, September 20, 2012

Hudud: Kerajaan Pusat tak boleh disalahkan - Karpal


"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Menurut Karpal seperti dipetik dalam akhbar The Sun hari ini, hujah Mursyidul Am Pas itu tidak mempunyai asas undang-undang selain tidak rasional kerana ia mengabaikan jangkaan awam bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen, mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Malah Parlimen juga tunduk kepada Perlembagaan. Parlimen tidak boleh melulus atau mengiktiraf undang-undang yang diluluskan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada Enakmen Kod Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan Pas 19 tahun lalu.

Dalam pada itu, Karpal menolak dakwaan Nik Abdul Aziz kononnya hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana wujud bantahan dari Kerajaan Persekutuan.

"Undang-undang seperti hudud adalah terbatal penubuhannya. Persetujuan dari Kerajaan Persekutuan tidak serta tidak boleh memberi apa-apa kuasa," tegas Karpal yang konsisten menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Pas perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata," tambahnya.

Petikan dari Semut Hitam

5 comments:

  • kawe nok hok siye says:
    September 21, 2012 at 12:58:00 AM GMT+8

    ni sapa dakwah sapa la ni...

  • Anonymous says:
    September 21, 2012 at 8:08:00 AM GMT+8

    Nik Aziz dalam dilemma.Kesian

  • Anonymous says:
    September 21, 2012 at 8:40:00 AM GMT+8

    Puak2 haramjadah ni ...

    Mana yang Perlembagaan kata baik untuk mereka - KEKAL.

    Mana yang Perlembagaan Kata tidak baik untuk mereka - UBAH.

    Dasar pembelit dan penipu.

    Yang sekor lagi selama bersekongkol ni asyik kena belit, kena tipu, kena hina, kena caci. Itu pun masih nak berpaut lagi. Langsung tak ada maruah diri.

  • Anonymous says:
    September 21, 2012 at 9:33:00 AM GMT+8

    nampak tak betapa jahatnya orang2 dap tu? kalau boleh diambil kesempatan, semua perlembagaan la, undang2 la, kena ikut la bla bla bla..tapi perlembagaan pasal hak bumi, hak Islam etc depa buat tak tahu pulak.

    yang paling bangang adalah pas. kononnya nak tarbiyah tapi skrg depa pulak jadi anjing kepada dap.

  • Anonymous says:
    September 21, 2012 at 1:16:00 PM GMT+8

    Fitrah manusia yang baik di rembat yang tak baik dijahanamkan.sedar l ooooooooo

fda

Link2Me WeLinkBk (280)