Tuesday, September 18, 2012

100 orang beredar ketika Anwar umum Ibrahim Menudin

Pada hari Ahad Sept 15hb lepas, Dato Seri Anwar Ibrahim meberi ceramah di Markas PKR, Labuan yang dihadiri oleh 800 orang.

Dalam cermah yang mana orang tempatan menuntut duty free status dikembangkan, ANwar terus berjanji akan lalukan dan siap menjanjikan jambatan lebih RM2 juta untuk Labuang ke Sabah. Entah dia tahuykah perkiraan dan impak kepada budget dan perbelanjaan untuk buat pelaburan sebear itu?

Selain itu, Anwar menmbulkan isu-isu basi tetapi bagi rakyat Labuan masih baru seperti tuduhan rasuah di kalangan pemimpin BN, hapus PTPTN, akan turunkan harga minyak dan harga barang jika pembangkang memerintah.

Tentu sekali isu populis ini memberi impression baik dan reaksi menggalakkan buat masa ini. Mereka belum sedar Anwar kuat rasuah dan kumpul dana perang RM3 billion dari rasuah. Selangor dan Pulau Pinang bergelumamng dengan rasuah dari hubungan rapat kerajaan dengan de veloper hingga DAP kini digelar Developer Association of Penang.

Bukan saja Anwar mahu hapuskan PTPTN, kerajaan Selangor halang pembangunan UiTM Serendah, tutup sekolah kemahiran Yayasan Selangor, akan tutup KUIS, menyebabkan UNISEl rugi dan Yayasan Selangor yanmg membantu pelajaran anak Selangor bakal bankrup dikerjakan.

Semasa Anwar berucap kelihatan terdapat lebih kurang 100 org yang beredar meninggalkan majlis. Tidak tahu sebab apa kerana acara hebat hari itu adalah pengumuman bekas CEO MMC, Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PKR.

Ibrahim Menudin ini terkenal dalam politik dahulu sebagai aktivis USNO dan pernah menjadi Bendahari UMNO Sabah pada tahun2 80an ke 90an. Dia lebih orang korporat dan berniaga dari orang politik.

Hairannya, Ibrahim Menudin yang duduk di Kuala Lumpur sekian lama, dan datang ke Labuan dengan private jet bersama Anwar tidak langsung memberi sebarang ucapan. Anwar hanya umum dan minta orang tempatan memberi sokongan kepada anak kelahiran Labuan.

Persoalan tiumbul kenapa Ibrahim Menudin menyertai Awnar Ibrahim dalam PKR.

Nama Ibrahim Menudin hilang dari sebutan dunia korporat selepas dia melepaskan jawatan dari MMC ekoran pengambilalihan MMC oleh Tan Sri Syed Mokhtar. ADakah dia dendam dengan pengambilalihan ini? Kalau dia marah, kenapa sekarang?

Ketika jadi CEO MMC, dia berjiran dan rakan baik pada Tengku Razaleigh dan dipercayai hubungan peribadi yang rapat dengan orang2 Semangat 46 ketika itu. Ramai bekas orang2 Semangat 46 kini berada dalam pembangkang dalam percuabaan menjatuhkan UMNO dan BN. 

IBrahim juga telah terlibat dalam dunia Oil and Gas. Dia adalah ahli lembaga pengarah Kencana-Sapura dan dengarnya baru letak jawatan.

Dia juga adalah Pengerusi Sabah Gas. Dan pelbagai lagi jawatan dalam kerajaan dan dengan kerajaan. Baca di sini.


Dalam politik Ibrahim tidak menyerlah sangat. Mengapakah dia mahu ikuti Anwar jika dia dapat ini semua. Di manakah dia kecewa atau apakah yang telah Anwar tawarkan?

Adakah wangnya yang dimahu oleh Anwar atau ada jawatan yang mahu diberi? Mungkinkah Ibrahim bakal diletakkan sebagai Ketua Menteri baru Sabah? Tapi Labuan bukan sebahagian dari Sabah untuk ia menjadi Ketua Menteri.

Kalau Ibrahim dijanjikan sebagai Ketua Menteri, bolehkah dia lakukan jika dilihat kehancuran yang seorang lagi ahli korporat, Tan sri Khalid Ibrahim dlama mentadbiran Selangor. Pentadbiran awam berlainan dari pentadbir business dan memimpin korporat yang lebih bersifat piramid sturuktur organisasi.

Terulah tertanya2 kerana Ibrahim yang berumur 64 adalah veteran dan newbie dalam dunia politik. Kononnya dia kata dalam Keadilan Daily sini bahawa rasuah dan penipuan punca keluar dalam UMNO.

Kenapa sekarang? Pernahkah dengar sebelum ini Ibrahim Menudin berjuang dan bersuara menentang rasuah dan penipuan?

BOlehkah orang korporat yang biasa dengan cara perintahnya mesti diakur untuk uruskan Sabah yang mana permainan politikmnya agak dunia ketiga dan cetek sekali prinsip? Kebanyakkan pemimpin politik hanya penitingkan diri sendiri.

Sabah perlu kestabian politik dan keamanan untuk maju dan membangun. Membantukah dengan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR yang hanya mahukan Sabah untuk naikkan dirinya sebagai PM dan bukan dai pernah peduli pun pasal Sabah?

Satu masa dahulu Awnar bersama Jeffrey Kitingan mahu Sabah keluar dari Malaysia. PAsti dia sanggup sokong gerakan ini demi mengeluarkan sokongan Sabah kepada BN.

Tertaya kami, bagaimana Lajim Ukin yang dah dijanjikan jadi Ketua Menteri Sabah?

Ini semua politik m,arah pada Musa Aman kerana tidak dapat kepentingan diri.

10 comments:

  • Anonymous says:
    September 18, 2012 at 4:11:00 PM GMT+8

    Masa Brahim Menudin jadi CEO MMC, MMC is known as MACAM2 MENIAGA CORP..perabot pun depa meniaga..sampaikan Geologist dilantik jadi GM kilang perabot..adakah masuk akai....


    Sabarudin Pengejat Kilat Perabot
    B. Eng (Mining) Minnesota State

  • Anonymous says:
    September 18, 2012 at 4:25:00 PM GMT+8

    Buat video tape pun fail;. JAMi Swliyn remember?

  • ISAC says:
    September 18, 2012 at 5:19:00 PM GMT+8

    Bro, RM 2 Juta ke RM 2 Billion???

    2 juta ciput aje bro... Salah typo tu...

  • TAWAU GONDRONG says:
    September 18, 2012 at 5:43:00 PM GMT+8

    Hahahaha. Inilaaa muka2 desperate. Mau jadi calon PKR labuan ka brahim menudin?

  • Anonymous says:
    September 19, 2012 at 9:42:00 AM GMT+8

    ini la dia muka2 yang dah desperate nak maintain income selepas keluar dari sapurakencana...dia ni ingat boleh jadi KM Sabah nanti kalau pr menang....so boleh la dia ni songlap minyak dan gas sabah......rasa2nya ramai yg si juboq tu berjanji nak jadikan KM Sabah bila berkuasa.....ramainya terjun dengan labu2nya......biarkannnnn......

  • Anonymous says:
    September 19, 2012 at 10:08:00 AM GMT+8

    boleh ke berahim menudin menang di labuan.

  • rakab says:
    September 19, 2012 at 4:28:00 PM GMT+8

    Bukan mudah Anwar nak tarik orang macam Berahim Menudin ni supaya ikut dia,...tentu dia dah janjikan sesuatu yang 'besar'. Menteri kewangan Malaysia umpamanya...!!

    Tapi Anwar tentu pesan kepada Berahim Menudin supaya jangan bagitau sesiapa tentang perjanjian meraka, takut orang lain irihati.

    psssst,... sebenarnya sebab Anwar dah berjanji dengan 50 orang yang lain akan jawatan yang sama !!

    muaahahahamuaahahaa...

  • Anonymous says:
    September 20, 2012 at 3:28:00 AM GMT+8

    satu lagi melayu bangsat yg dah kaya dgn duit UMNO sokong proxy dajal. Sapalah yg bela barua ni dulu skang dah gigit balik tangan tuan dia

  • Anonymous says:
    April 28, 2013 at 12:59:00 AM GMT+8

    Proxy Dajjal yang cuba menghancurkan keamanan Malaysia dan Sabah..

  • Anonymous says:
    April 28, 2013 at 1:03:00 PM GMT+8

    Bersatu kita bersatu
    Di bawah pemimpin penipu
    Tipu terus menipu
    Kita tipu melayu...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)