Monday, August 27, 2012

Nurul dah lari Lembah Pantai, Anwar bila nak lari PPauh?



Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamat kan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

nurulizzah

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggal kan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Baca sepenuuhnya di Perak Today sini

2 comments:

  • Anonymous says:
    August 27, 2012 at 8:25:00 PM GMT+8

    telinga pelakon tak sama jika dibanding telinga DSAI, hidung pelakon pun nampak lebih mancung... sah aku tak dpt terima gambar pelakon tu DSAI...sudahlah rakyat dh bijak menilai, u patut photoshop dulu hidung dan telinga pelakon yg boleh menyerupai DSAI. bai...

  • Anonymous says:
    August 28, 2012 at 12:36:00 AM GMT+8

    anon August 27, 2012 8:25:00 PM GMT+08:00..
    terer ar hang nih, aku dok wat qheja guna mcm2 jnis vector drawing n graphics editing x pnah tau pun leh guna untuk edit frame by frame dlm setiap duration dlm mana2 video pun.. kira hang ni lg terer dr mana2 video editor la ye.. weh bangang kalu hang tngk struktur telinga muka non juboq tu btoi2 mmg sama la ngok, telinga dlm pic video tu sbb dlm frame running jadik mmg ada movement la ngok.. kalu nk komen pandai tlg la jd bijak cket, ni dak dh la bangang bongok lak tuh..pehh hampeh gila hang ni wat malu melayu jek...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)