Friday, August 31, 2012

Mengerti Kesetiaan pada Raja dan Negara


Penerangan Prinsip "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" dari Perpustakaan Maya KKDN:


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ku Biarkan Pena Menulis menyuarakan rasa berikut:

... kebelakangan ini, sudah ada pihak-pihak yang lantang ingin menderhaka kepada Sultan. Bagi mereka, apa yang penting adalah matlamat mereka tercapai tanpa menghiraukan lagi akibat dan konsekuensi yang akan timbul dari tindakan mereka.

Jika anda melihat di kaca televisyen bagaimana perusuh-perusuh biadab dan membuat kacau di perkarangan istana, di alam maya juga tidak kurang hebat serangannya.

Oleh kerana di alam maya agak sukar untuk mengesan siapa yang bersuara, maka dengan lebih biadab dan kurang ajar mereka mengutuk, mencaci dan menghina Sultan kerana keputusan Sultan tidak memihak kepada mereka.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah rasional dalam membuat pertimbangan sebelum menghamburkan kata-kata kesat serta caci maki kepada Raja-Raja Melayu. Seandainya kalian tidak bersetuju, gunalah saluran yang betul dan beradab.

Perlu diingatkan bagi mereka yang menulis secara kurang ajar di alam siber ini, TANAH INI TANAH MELAYU yang ditadbir Raja-Raja Melayu asalnya. Jangan cuba untuk memprovokasi orang-orang Melayu dengan merendah-rendahkan martabat Sultan.

Sebagai contoh, Karpal Singh keparat, yang tanpa segan silu ingin menyaman KBDYMM Tuanku Sultan Perak. Beliau juga sebelum itu dengan angkuh "menegur Sultan" akan hak-hak baginda dalam pemerintahan.

Ingatlah, kehadiran kita semua di bumi bertuah Malaysia ini adalah untuk hidup bersama saling hormat menghormati. Tolong hormati Raja-Raja kami, dan kami akan menghormati hak-hak kamu.

DAULAT TUANKU!

Komen kami:

Dalam kata lain, institusi raja adalah sebahagian daripada budaya warisan bangsa Melayu dan warga Malaysia.

Ramai pihak yang berdiskusi mengenai Sosial Kontrak lupa bahawa negeri2 Malaysia tidak dijajah tetapi hanya perjanjian yang menerima British sebagai Penasihat.

Apabila rakyat menentang Malayan Union, ianya adalah kerana Malayan Union adalah merasmikan penjajahan terhadap negeri2 Melayu dan dengan itu langsung memansuhkan dan kewujudan dan kedaulatan negeri2 Melayu sebagai negera/negeri yang berhak.

Langsung Raja-Raja Melayu menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan perlembagaan yang pertama digubal mereka pada tahun 1948. Perlembagaan ini yang menjadi asas perlembagaan Malaya tahun 1957.

Initipati utama perlembagaan 1948 adalah intipati perlembagaan 1957 dan perlembagaan malaysia 1963. Maka tdak ada isu atau perbincangan yang berkata perlembagaan adalah sosial kontrak melibatkan ketiga2 kaum utama.

Perbincangan yang ada hanya sebelum merdeka dan perbincangan itu melibatkan perbincangan antara rakyat yang diwakilkan, pihak raja dan pihak British. Rakyat hanya satu pihak dan semuanya diwakilkan kepada Tunku Abdul Rahman.

Rakyat tidak ada locus standi dalam perbincangan kemerdekaan kerana sebahagian dari rakyat bukan warganegara lagi. Yang warganegara hanya orang Melayu yang merupakan subjek keapda raja-raja Melayu. Kaum lain hanya British subjek.

Namun rakyat diminta timbal balas dan diberi peluang berikan cadangan. Atas visi raja-raja Melayu jugalah diperkenalkan demokrasi untuk people self rule. Maka ingatlah bahawa demokrasi yang dikecapi adalah atas ehsan dan pandangan jauh raja-raja Melayu.

Bagi kaum bukan Melayu atau Bumiputera, sebelum menerima kerakyatan atau kewarganegaraan mereka harus menerima perlembagaan dan isi kandungnya sekali. Tidak ada kewarganegaraan mereka adalah hak mereka tetapi adalah ehsan raja-raja Melayu!!!

Menjadi warganegara, mereka harus menerima Islam yang merupakan ugama negeri2 Melayu sebagai ugama Persekutuan (dan bukan ugama rasmi), bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) sebagai bahasa rasmi, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu (dan kemudian Bumiputera Sabah dan sarawak), kerakyatan kaum bukan Bumiputera dan hak semua lapisan dan golongan rakyat.

Rakyat yang tidak mempertahankan perlembagaan atau belot dan kutuk serta memalukan terhadap agama Islam, bangsa asal negara ini yang menerima kaum lain sebagai rakyat dan negara yang jadi tempat berkindung serta berpijak dan tumpah darah mereka adalah tidak setia dan dikira derhaka kepada negara.

0 comments:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)