Greetings

Thursday, July 26, 2012

UPKO pula main ‘left hand bandit’?


Bunyi nya macam gandingan Batman dan Robin, atau God Cop Bad Cop. Satu pihak tibai, satu pujuk pujuk, dan akhirnya semua dapat.

Jika semalam kita mendengar kenyataan Datuk Lajim Ukin, yang memang sedang bermain ‘one arm bandit’ dengan pelbagai masaalah akibat tabiat tak baik, rupanya sebelum itu Datuk Dr Marcus Mojigoh ada memberi interview pada Julai 21hb di Putatan mengenai BN Sabah.

Dia mengatur kata-kata dengan pembuka seolah-olah ada masalah dalaman yang mana mari kita selesaikan bersama.

“Barisan Nasional, BN perlu meneliti, merungkai dan sekaligus menyelesaikan isu dalaman yang membelenggui parti komponen BN dan bahagian tertentu, sebelum pilihanraya umum akan datang. Ini kerana, pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan daripada isu itu untuk memancing wakil rakyat BN untuk menyertai parti lawan.”

Ahli Parlimen Putatan merangkap Bendahari parti UPKO itu kata kononnya tiada masaalah kerusi UPKO di Putatan diberikan pada UMNO tapi dia kononnya hanya risaukan pandangan parti komponen lain.

Ini hanya cara lain untuk kata jangan ambil atau tukarkan kerusi kami yang juga kata lainnya adalah jangan ambilalih kerusi saya.

Isunya Putatan adalah kawasan Bumiputera Islam bah! Bukan nak kata Dr Marcus tidak bagus sebagai AP, tapi UPKO pun diberi kawasan ini. Bukan sebenarnya kawasannya.

Tapi orang politik tidak akan kata demikian, dia kata, “Jadi saya berpendapat bahawa ini kita harus tangani dengan hati2 dan minggu yang lepas saya juga telah bertemu dengan YAB PM soal pemimpin-pemimpin kita yang mungkin tidak akan bekerjasama pada pilihanraya akan datang.

“Ini harus ditangani oleh pucuk kepimpinan sebelum dia menular kepada pemimpin2 yang lain, kerana terdapat juga pihak-pihak pembangkang telah juga beberapa kali menghubungi saya.”

Dengan kata-kata yang begitu media savvy, dia kata, ”Soal untuk keluar daripada BN kerana kawasan saya dibagi kepada UMNO, itu tidak menjadi persoalan bagi saya. Kalau dalam perjuangan BN tetap memperjuangkan dalam BN, takkan kalau saya kena gugur sebagai calon uutuk pilihanraya yang akan datang ni, kita sesuai kita sokong."

Ini pula usaha mencuba pancing, “Tetapi kalau rakyat ataupun pengundi-pengundi tidak mengundi kita, itu tak boleh kita elakkan, sebab mereka ni ada pendapat sendiri.”

Apa kata kalau pengundi Putatan memang mahukan Haji yahya, bagaimana bah?

Menurutnya kenyataan terbuka segelintir wakil rakyat BN Sabah yang membayangkan mahu meninggalkan parti jika tidak dicalonkan semula, perlu dilihat dengan serius oleh kepimpinan BN. Ini kerana jika tidak ditangani, dikhuatiri pembangkang mengeksploitasi perkara itu untuk mencapai agenda politik mereka.

Sedangkan Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi BN, sentiasa berusaha keras untuk memastikan BN sentiasa relevan di hati pengundi, menerusi kekerapan turun padang menemui rakyat di segenap pelusuk negara termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Semakin keras bunyinya tapi masih berhati-hati. Kini pula keris Sabah dari entah kaum yang 30 yang mana mahu cuba dihunus dengan halus sekali.


“Sebagai contoh katanya, Ahli Parlimen Beaufort dari UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin mengaitkan isu masalah bekalan air di Kuala Penyu, sebagai antara sebab mengapa beliau agak kritikal ke atas BN, akhir akhir ini.

“Begitu juga kenyataan segelintir pemimpin BN Sabah yang mempersoalkan mengenai kelambatan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah.”

Apa ini cerita pasal orang lain bah. Macam PM tak tahu.

PM tahu Lajim tu bermasaalah. Dia ada meminta sesuatu tapi PM tegas dengan polisinya.

Lajim bukan satu ancaman langsung. Dah tua dan pengaruhnya kalau ada pun hanya di Beaufort saja. Jangan hairan dia tidak kemana pun situ. Hanya Ku Li dan AMANAH sangka dia masih hebat. Lajim kini hanya juara di kampungnya saja.

Sebenarnya kata-katanya yang kami siarkan semalam tidak sama keras dengan hari ucapannya di pelancaran AMANAH. Ingat orang PKR mahukah Lajim masuk dan ambil pencalunan dari mereka yang dah lama kerja keras?

Baiklah Dr Marcus, kisah sendiri macam mana?

Kata Marcus, “Dalam parti UPKO sendiri pun ada juga yg berpendapat kemasukan kita dalam BN ini kadang-kadang dilihat sebagai terlalu minority ataupun tidak berkesan, apa yg kita suarakan, tidak didengari oleh pihak-pihak atasan.”

Dalam BN yang mengambil keputusan berdasarkan konsensus, takkan parti seperti UPKO boleh melebihi majoriti. Sama kuat suara pun baikkan? Bawah DAP, tak mahu langsung mereka mahu dengar nanti.

Sambungnya, “Jadi itu satu isu yang panas dalam parti kita UPKO dan ini juga akan menjadi penyebab permasalahan dalaman dalam parti kita dalam BN, dan ini kita tidak mahu berlaku, dan saya harap YAB PM dapat melihat perkara ini dalaman setiap satu komponen, masalah-masaalah dalaman.”

Setahu kita, Sabah adalah antara negeri yang paling banyak peruntukan dan ianya diurus sendiri oleh mereka. Semua hasil 916 yang mana Pak Lah memberi banyak peruntukan dan kelonggaran kepada pentadbiran Sabah untuk jalankan untuk menahan Anwar dari mengajak mereka lompat.

Orang Sabah tidak bodoh mahu merana bawah pembangkang. Mereka tahu keadaan sebenar. Tak kiralah ada mereka seperti Musli Oli yang hanya penulis dan bukan ahli politik mahu cuba-cuba. Bila lagi nak samun duit Anwar hehehe ...?

Begitu juga yang dah lompat parti masuk jadi ahli2 PKR. kadang2 itu pasal marah sama Ketua Bahagian dan pertembungan fraksi. Dalam UMNO tak dapat duit, maka masuklah PKR untuk dapatkan duit Anwar dan Azmin.

Masa pilihanraya, siapa akhirnya mereka undi kelak? hehehe ...

1 comments:

  • megat says:
    July 26, 2012 at 11:00:00 PM GMT+8

    Masih ada lagi anjing dengan bayang-bayang di sabah walaupun depan mata dulu dah kena kencing bab 16 sep !

    pengundi sabah bukan bodoh mcm segelintir politikus sabah yg berangan-angan mcm dlm skim piramid.

    belajar dgn dato joseph pairin kitingan di era kuli dgn gagasan rakyatnya dulu.

    politikus begini yg suka acah-acah patut diajar supaya tahu bersyukur.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)