Visitors

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak
Jangan angkuh... terimalah Wang Ehsan

Thursday, July 26, 2012

Tolong Husam, Bantu Husam .. Samun balak dengan segera!


Lebuhraya Kota Baru-Kuala Krai yang bakal menelan belanja RM1.8 billion telah dilancarkan oleh Dato' Menteri Besar Kelantan Nik Ab. Aziz buat pelancaran bina lebuhraya.

Model buznesnya menarik iaitu dari meminta bantuan orang ramai. Mereka di minta hulurkan bantuan ke dalam Akaun Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. No Akaun BIMB: 03036010003031.

Takpa kita kempenkan akaun itu. ... Tak berjaya tak.

Kalau secara logiknya, mereka tidak mungkin dapat kumpul wang sebanyak itu. Kalau tidak dah lama masaalah air selesai di Kelantan. Kalau dapat derma RM1 juta sekali masuk tabung, ia memerlukan 1,800 orang. Ada ke???

Apa agaknya muslihat Husam, perancang ekonomi maha hebat Kelantan?

Wartawan veteran Yazid Othman membuat komen ini dalam blognya:

Ini teknik yang amat tinggi...dengan cara MB isytihar buat lebuhraya dari Kuala Kerai ke Gua Musang itu... kekayaan buat mereka akan mencurah... mari kita fikir selapis... kedepan..

Semua pemimpin Pas khasnya di Kelantan, menjadi kayaraya dengan penjualan balak di hutan belantara negeri itu...hingga hutan di Kelantan hampir menjadi tandus

kini...PRU 13 menjelang tiba...pemimpin Pas Kelantan mahu wang untuk berbelanja khasnya bagi hadapi pilihanraya ke 13 ini. Mengapakah MB isytiharkan nak buat lebuhraya dari Kuala Kerai ke Gua Musang?

Pertama kerana nak ambil hati pengundi luar Kelantan yang nak balik mengundi dan menghadapi kesesakan jalan antara Gua Musang ke Kuala Kerai...(padahal rakyat tempatan di Kelantan hadapi kesesesakan jalanraya yang serius setiap hari ialah antara Kuala Kerai ke Kota Bharu...hanya musim perayaan dan cuti panjang saja kesesakan berlaku antara Gua Musang ke Kuala Kerai kerana orang Kelantan yang tinggal diluar balik ke negeri ini).

Kedua, hutan balak yang masih ada dalam pelbagai rizab yang tak boleh dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya, masih kelihatan berada di kawasan sepanjang jalan antara Gua Musang ke Kuala Kerai...nah dengan mengisytiharkan nak buat lebuhraya baru yang luas, maka alasan itulah yang boleh dilihat menghalalkan mereka untuk menebang balak-balak itu oleh pekerja-pekerja taukeh balak yg ditawarkan membeli kayu-kayan khazanah Kelantan yang berharga itu..

Pendapatan dari balak itulah berada dibelakang semua ini...Alhamdulillah rakyat Kelantan mudah faham hal ini...banyak sudah yang mereka faham...tentang peruntukan pusat beratus-ratus juta ringgit untuk rawat air agar rakyat Kelantan dapat minum air bersih...wang itu lesap buat hal-hal lain yang hanya penting bagi mereka DAN BUKANNYA YANG RAKYAT PERLUKAN..fikir2 kanlah...

5 comments:

  • aidil says:
    July 26, 2012 at 9:50:00 AM GMT+8

    Namblas jam bro aku dok dlm keta balik kelantan raya aritu.. kematu punggung.... taun ni simpan duit nek kapal terbang......

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 11:46:00 AM GMT+8

    Kawe lasung tok sir kelik.... Jale sumat no hal tapi Kelatea kotor gu... Jambea, bandar dan serba serbi kotor. Set gedebea pulop bawok kereto kala buleh potong kok atas demo tu akea potong. Gilo babi berlako

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 12:04:00 PM GMT+8

    Saya dah lama agak dah benda ni. Bila sebut saja nak buat lebur-raya rakyat, mula-mula sekali mesti clear laluan jalan yang ada balak.

    RD

  • QalamQabut says:
    July 26, 2012 at 8:35:00 PM GMT+8

    Tuan tanah nak kempen akaun tabung derma tu harus hati2. Kena ingatkan bakal penderma jugak...

    Mengikut iklan Lebuhraya Rakyat tu, derma boleh dihantar ke akaun Baldah Toyibbah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. A/C No. 03036 01 000 3031 (Bank Islam). Pemegang akaun itu sebenarnya ialah: Tetuan Rowstead Systems Sdn. Bhd. Daaaaannnnnnn...
    DATO' HUSAM BIN MUSA
    (k/p: 591014-03-5069)
    Lot 859, Lorong Darus Salam,
    Kampong Kota,
    16100 Kota Bharu, Kelantan
    adalah salah seorang dari Directornya.
    (mungkin aku salah baca atau salah taip sebab Sijil SSM yang ada kat aku ni kelabu sikit, atau mungkin mata aku yang kelabu. Takut jugak aku kalau kena saman dengan Husam. Dengar kata dia ni lebih aktif dari polis trafik dalam hal saman-menyaman ni).

    Apa pun waspadalah. Kalau dah was2 tu, tunggu2lah dulu buat sementara waktu. Tunggu projek Lebuhraya Rakyat ni dibawa ke Mesyuarat EXCO Kelantan untuk kelulusan.

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 10:44:00 PM GMT+8

    betul tu, aku memang dah agak, sebab laluan lebuhraya akan melalui kws hutan simpan yg kaya ngan balak. lepas sapu balak tu, lebuhraya pun hilang tak ke mana. macam yg terjadi kepada ladang rakyat! jadi jangan percaya cakap husam musa tu, pemutar alam no satu di kelate.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)