Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Wednesday, July 25, 2012

Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam




Memetik dari artikel Kepimpinan dalam Islam (ciri-ciri dan akhlak) di blog kumpulan PMRAM sini, adalah ciri-ciri atau syarat menjadikan kepimpinan dalam Islam berdasarkan ayat-ayat Quran.

Huraian kepada ciri-ciri tersebut boleh dirujuk kepada laman web tersebut. Kami hanya memberi komen sendiri.

Pertama: Muslim (Islam), Akil Baligh dan Lelaki

Maka bertanya kita, apa perlu perjuangan yang konon-konon untuk Islam tetapi akan memilih Perdana Menteri dari kalangan seorang yang disyaki amalan dan pandangan Islamnya.

Bukan saja itu, ia secara terang-terang bersekongkol dengan musuh Islam di Israel dan Amerika Syarikat.

Apa erti perjuangan untuk Islam jika akhirnya bersedia menerima pemimpinan dari kalangan kaum bukan Islam yang terang-terang memnentang agenda negara Islam dan mungkin sekali, Islam dan tudak memajukan orang Islam tapi akan lebih kepada kepentingan kaumnya sendiri.

Kedua: Adil

Apa erti menjanjikan keterbukaan, kebebasan dan samarata tetapi ianya tidak adil kepada kaum dan giolongan si miskin dan serba kekurangan dan hanya memperkaya dan memperkuasakan kaum bukan Islam?

Mencapai keadilan dalam kepimpinan dalam Islam memerlukan kepandaian dan kebijaksanaan, bukan hanya pandai berceramah, dan hanya cakap-cakap yang terlalu ideal tanpa rancangan perlaksanaan yang kukuh atau lain kata, retorik.

Ketiga: Berilmu

Dalam hal ini, kita perlu tanya apa erti perjuangan yang bertempik atas nama Islam jika tiada antara pemimpinnya seorang yang layak dan berkebolehan serta berilmu dalam mentadbir negara untuk menggantikan pemimpin yang ada yang sudah dari kalangan orang Islam?

Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan

Selama pernah memang jawatan dalam kerajaan hingga ke jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan, adakah dia menunjukkkan kemampuan untuk mentadbir yang lain dari kemampuan bercakap?

Peminpin tersebut menuduh dan merancang pemimpin yang ada dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Selain perlu difikirkan samada itu adalah akhlak yang dibenarkan dalam Islam, tanya juga samada itu adalah apa yang dia sedia lakukan apabila memegang tampuk kuasa kelak?

Ingat bahawa dia pernah salahguna sedikit kuasa yang ada dan menzalimi beberapa orang untuk hanya menyelamatkan dirinya. Apa jadinya apabila kuasa mutlak ada padanya? Jangan hairan jika rakan dalam perkongsian kuasa pun akan dipenjarakan untuk mengekalkan dirinya.

Kelima: Beradab mengikut akhlak islam

Pemimpin itu mestilah mampu memberi contoh tauladan mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Tanya diri kita adakah riawayat hidup dan tingkah laku pemimpin pilihan mereka itu pemimpin Islam yang boleh diambil contoh?

Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.

Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan

Sempurna pancaindera dan kesihatan tubuh badan pemimpin tersebut digunakan untuk apa?

Pemimpin yang ada tidak sempurna dan ada kekurangan tapi dia ikhlas, dan jujur untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat. Pemimpin yang mahu menggantikannya kata dia sempurna tapi adakah dia sempurna?

Adakah kekurangan yang ada pada peimpin yang ingin menggantikan yang ada boleh menjanjikan kejayaan dan kemerdekaan terjamin kepada rakyat dan negara?

Fikirkan dan muhasabah ...

MANHAL atau nama penuhnya Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan merupakan satu badan berkanun yang bernaung di bawah Badan Pengetahuan dan Penyelidikan (BPAP), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)