
KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebaliknya sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.
“Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Katanya Suaram, yang didakwa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, turut tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO.
Oleh itu, beliau meminta Suaram memperjelaskan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu.
Katanya berdasarkan semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan.
P/S Antara lain, SUARAM memang dapat wang CIA. Lihat gambarajah perakuan organisasi covert CIA, NDI berikut:

George Soros pun antara penyumbang melalui Open Society Foundation. Baca AIDC sini mengenai SUARAM yang dah terima wang CIA dari 2005.
Sanggup PAS bersekongkol dengan Yakjuj Makjuj akhir zaman ini. Memang jelas PAS parti ajaran sesat.

Nasihat untuk Anwar: Tian Chua tu buat kerja tak pandai. Dia bohong sama awak. Taktik pembohongan dia sudah kantoi. Isu Scorpene dah tak jalan kerana pembohongannya sedang didedah habis-habisan.
Ikuti siri penjelasan isu Scorpene dari Another Brick in the Wall sini, sini, sini dan seterusnya serta Freedom Come Freedom di sini, sini, sini, sini dan juga seterusnya. dan Beruang Biru di Isuhot.com.
Alangkah baik jika persoalan ini semua di translate dan dijadikan talking points untuk sesiapa nak ceramah di mana-mana.


0 comments:
Post a Comment