Thursday, July 19, 2012

Sekolah Tamil ditindas? Fakta atau auta


Pernah suatu ketika Prof .Dr.Ramasamy berkokok kononnya kerajaan P.Pinang lulus 2 ekar tanah untuk SRJK(T) Batu Kawan.

Kerajaan BN lulus berpuluh-puluh ratus ekar tanah dan berjuta-juta ringgit untuk pembinaan sekolah Tamil bahkan menanggung gaji guru-guru sek.Tamil. Malah tapak bagi SRJK Batu Kawan telah dikenalpasti oleh BN sebelum PRU12 dan cuma tunggu untuk kelulusan EXCO.

Tiba-tiba Pakatan Pembangkang (PR) menang dan mendakwa dia yang lulus tanah sek.Tamil Bt.Kawan dalam masa 2 tahun!..Satu pembohongan besar Pakatan Rakyat!

Malah tidak berapa lama sebelum ini TPM Tan Sri Muyuddin Yassin memperuntukkan RM6.3 Juta untuk bangunan baru sekolah tersebut.

Menyentuh logik bodoh penyokong Pakatan Pembangkang yang fitnah mengatakan sebanyak 1,052 atau 1,028 sekolah dibina sebelum Merdeka, ingin penulis memberi ulasan menyenainya :

Rev Hutching melahirkan sekolah Tamil pertama di Penang Free School di 1816. Pada 1850, Sekolah Tamil Anglo dibina di Melaka. Rev Abraham membina Sekolah Tamil Anglo di Kuala Lumpur pada 1896. Pada 1905, Sekolah Tamil Thamboosamy Pillai dibina di Kuala Lumpur. Sekolah Tamil Appar pula dibina oleh Swamy Athmaram pada tahun 1937. Pada 1923, Kerajaan British luluskan Kod Buruh yang membolehkan pembinaan sekolah Tamil di semua estet-estet untuk anak pekerja ladang.

Jadi dengan itu keseluruhannya adalah 235 sekolah Tamil pada tahun 1925 dan meningkat kepada 333 pada 1930. Pada Tahun 1947, Tanah Melayu mempunyai 741 sekolah tetapi menurun ke 657 sekolah pada tahun 1970. Pada tahun 1980 ia menurun ke 589,547 pada tahun1990 dan 523 pada tahun 2007 hingga kini.

Jadi mana datangnya 1052 atau 1028 seperti yang difitnah oleh pembangkang??

Disebaliknya, jumlah pelajar di sekolah Tamil pula meningkat dari 33,945 pelajar pada tahun 1947 kepada 96,120 pelajar pada tahun 1990 dan kepada 90,127 pelajar pada tahun 2003 dan 105,618 pelajar pada tahun 2007 dan meningkat kepada 108,000 pelajar pada tahun 2010 kerana galakan dan dorongan guru-guru dan ibu bapa Tamil.

Begitu juga, jumlah guru-guru yang latih di Sek. Tamil juga telah meningkat kepada 7,126 guru pada tahun 2007 dan 9072 pada tahun 2010. Dalam pada itu, sebanyak 154 sekolah adalah sekolah bantuan penuh dan sebanyak 376 71.5 sekolah Tamil disediakan dengan bangunan dan kemudahan yang baik. Bakinya akan diperbaiki dan disediakan kemudahan yang sempurna dalam rancangan Malaysia 10 dan seterusnya.

FAKTA : 22 Sekolah mempunyai kurang dari 15 pelajar

Jadi, BN tidak menyebabkan kekurangan jumlah sekolah Tamil malah bertanggungjawab menyediakan bangunan, guru-guru yang latih dan menanggung gaji yang berjuta-juta ringgit.

Antara beberapa faktor yang menyebabkan kekurangan jumlah sekolah Tamil adalah ibu bapa Tamil tidak hantar anak mereka ke sek.Tamil, ladang-ladang getah dijadikan ladang kelapa sawit dan pekerja ladang berpindah ke Bandar kerana ladang-ladang jadi tapak pembangunan dan projek perumahan.

Apakah menjadi budaya bagi orang Pakatan Pembangkang (PR) memutar belit fakta untuk kepentingan politik?

Fikir-fikirkan lah...

2 comments:

  • Anonymous says:
    July 19, 2012 at 2:58:00 PM GMT+8

    Now only I came to know...Penang is Tamil's motherland NOT the Cantonese motherland.

    Salleh Telegu

  • Tok Tanpa Nama says:
    July 22, 2012 at 4:25:00 AM GMT+8

    hai, Tanpa Nama diatas tu.. terima kasih lah kerana kongsi kenyataan tu. Mungkin ia antara fakta yg sengaja tidak diketengahkan untuk pengkajian dan kefahaman masyarakat am. Lagipula harini, jumlah kaum India dlm Pulau 'Penjejak Awan dan Badai' Pinang sangatlah sedikit oleh kerana sebahagian ramai kaum India yang beragama Islam harini, dikenali sebagai 'Mamak,' @ India Mulsim lantaran terjalinnya persaudaraan agama dengan Melayu Muslim. Namun tak boleh dinafikan juga, ada jugak Mamak PAS dan PKR. :P

fda

Link2Me WeLinkBk (275)