Saturday, July 28, 2012

Pingan mangkok tulang BABI unuk raya?


Memetik dari Flying Kick berkenaan pinggan mangkok FIne Bone China dari negara China. Rupanya dari tulang babi. Gamopang betul!!!!

AWAS GENG,

Terutama menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak rendang sangat2 di galakkan baca..

biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.

Fine YIYUN Bone China.
Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.

Ada sesetengah kedai akan letak label kalau sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…

Kalau dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….

JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…

p/s: dulu masa kanak2 selalu tanya kat apek jual berus lukisan. ”apek, ni berus babi ka?? ekeke

Ini pula kenyaatan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu tersebut.


Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram.

Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.

“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.

“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.

“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan itu adalah mahal sehingga boleh mencecah RM3,000 sebiji.

Sebelum ini, ada dakwaan banyak pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring seramik yang dijual di merata tempat mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk babi.

Campuran tulang haiwan yang diproses menjadi debu itu digunakan supaya pinggan mangkuk menjadi lebih cantik dan berkilat.

Sumber: Berita Harian

18 comments:

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 10:02:00 PM GMT+8

    Bro ada sedikit soalan untuk difikirkan. Sy bukan nak challenge fatwa ni tapi macam tergantung. Memang kita tahu anything base from babi adalah haram, tapi fatwa tak beri guidance seterusnya, cuma kata china bone.

    1. Adakah majlis fatwa telah melihat sendiri pembuatan china bone di kilang2 di China mengandungi tulang babi dan apakah nama brand/kilang yang telah dilawati dan patut dijauhi?

    2. Jika benar china bone mengandungi tulang babi, bagaimana jika pinggan china bone di rebranding dan dijual melalui negara lain? Bagaimana pengguna Islam mendapatkan maklumat?

    3. Tak semua brand china bone yang mahal. Bagaimana jika ada yg telah bertahun2 menggunakan jenama ini? Tidakkah dianggap membazir jika membuangnya dan apakah fatwa dalam hal ini?

    4. Fatwa kata pinggan dari tulang binatang yg boleh dimakan tapi tak disembelih secara Islam juga tidak boleh digunakan. Bagaimana orang Islam nak tahu macam2 brand yg berada dipasaran?

    Bro, minta pencerahan. Harap majlis fatwa dapat memberi maklumat yang lebih baik dari diatas.

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 10:27:00 PM GMT+8

    Sejarah china bone berasal dari UK yang menggunakan tulang2 lembu kerana kualiti iron yang tinggi. Nama china diambil kerana menggunakan tanah liat dari china. Bayangkan kita telah mengimport pinggan-mangkuk dari UK dari semenjak sebelum merdeka tapi baru sekarang difatwakan haram. Sigh!

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 12:08:00 AM GMT+8

    To be safe, muslim MUST AVOID buying any table wares that are made from bone...regardless how ostensible and stylist. Go for the conventional clay or ceraminc.

  • Kak yon says:
    July 29, 2012 at 1:53:00 AM GMT+8

    salam..
    mohon share artikel ye..terimakasih.

  • MaklarCalo says:
    July 29, 2012 at 7:19:00 AM GMT+8

    Majlis Fatwa jangan membuat fatwa secara membuta tuli. Tahu kah apa maksud fine bone china. Josiah Spode ialah orang yang memperkenalkan teknology untuk menjernihkan tembikar dengan mencampurkan tulang lembu yang dibakar kerana kandungan iron yang tinggi dan juga clay. Nama Fine bone china dipileh oleh beliau kerana memberi penghargaan kepada China keran negara tersebut adalah pengeluar tembikar yang terulung didunia ketika itu. Kandungan iron dalam tulang babi tidak memungkinkan untuk membuat tembikar yang jernih. Mengapa Majlis Fatwa berindak mengikut maklumat yang dengkil. Bagaiman dengan ayat Quran yang menyuruh umat Islam memakan makanan sembelihan ahli kitab. Mengapa meyempitkan diri sendiri.

  • Tok Tak Tau says:
    July 29, 2012 at 8:25:00 AM GMT+8

    Salam bro,
    terima kasih atas perkongsian maklumat ni. namun spt penjelasan Tanpa Nama yg pertama diatas, saya setuju jugak. Perlu byk lagi penerangan dan pendedahan mengenainya. Dan lagi, kalau dikatakan sebanyak 7 juta ja spesis haiwan tu disembelih dlm setahun, sedangkan jumlah kaum cina sedunia saja ada lebih dpd 1.2 billion (1.2 ribu juta).. nampak mcm tak sepadan ja bilangan makanan dgn jumlah pemakan. Sedang kita juga maklum lagi, bukan hanya kaum cina saja yg makan binatang tu...

    ingat jugak la dulu masa sekolah, pernah tanya berus ni guna bulu babi ka.. teringat balik, yg kita pi tanya pun kat yg duk makan bendalah tu.. Patut ka dia nak bagitau kita 'eh.. Mana ada, ini bulu kijang punya woo.' ye lah, sebahagian spesis tu bulu dia pun nak lebih kurang sama la jugak dgn bulu rusa.

    hari ini, jika kita senaraikan semua barang2 yg dibeli termasuk yg dpt free spt mainan Happy Meal McD dan Chicky Meal KFC, kita boleh katakan 80% semua bercop Made in China. malam tadi saya tertarik melihat sebuah loket gantung dlm kereta yg tertera nama Allah dan Muhammad, beli dah pun. Then, hanya boleh senyum jugak, bila cop di tali ada tag yg bertulis Made in China. Sedih dan malu pun ada, benda mcm ni pun orang kita tak boleh buat ke?

    Ya Allah, ampunkanlah kami semua.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 10:37:00 AM GMT+8

    Ni salah satu plot untuk boikot China komunis, bapak si PAP ngan DAP... Kita pegang babi boleh ape. Bukannye haram. Samak je. Tengok doktor2 haiwan tu pegang anjing babi sume. Adeke tu sume haram? Janji ikut hukum. Samak lepas tu. Dah. Selamat berpuasa.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 10:39:00 AM GMT+8

    Fine bone china tu campuran tulang lembu dengan clay. Lepas ni jangan buat fuckwa pulak yang kasut , beg tali pinggan yang dibuat dari kulit lembu haram dipakai sebab lembu tak disembelih.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 12:02:00 PM GMT+8

    First of all it's the MEAT of the pig that is Haram. It's mentioned 4 times in the Quran. If allah wanted the whole of the pig to be haram he would have said so.
    So using bones or their derivatives is of no issue at all.
    Don't take my word for it , go read it , it's there in the quran.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 1:30:00 PM GMT+8

    ramainya org islam yg mengambil mudah dgn agamnya sendiri... hmm..

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 4:41:00 PM GMT+8

    Dunia dah berubah dan rata2 semuanya berilmu. Kalau dulu orang Islam angguk2 je bila fatwa dikeluarkan tapi sekarang maklumat boleh dicari dihujung jari. Berasaskan ulamak juga manusia yg mungkin membuat kesilapan, majlis fatwa diminta dan perlu memberi keterangan terperinci/siasatan berserta hadis sahih mengenai isu pinggan mangkuk china bone sebelum orang Islam Malaysia dianggap jumut dan membawa fitnah.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 6:33:00 PM GMT+8

    Jadi lah orang yang bertakwa. Takwa bermaksud spt org yg berhati2 berjalan di Jalan yang penuh duri. So, sebaiknya tinggalkn perkara yang meragukan. Byk lagi pinggan lain yg Bole pakai.

  • Anonymous says:
    July 29, 2012 at 11:57:00 PM GMT+8

    Salam, kepada commentators kat atas2 nie, JANGAN NAK JADI BODOH LAGI BAHALOL MACAM BABI JUGAK, lu orang ilmu agama tinggi mana? lu orang ada join x wakil dari Islamic Group masa ambil sampel produk nie? lu orang tau x Fatwa nie bukan sehari dua diorng nak kluarkan, Fatwa nie keluar lepas semua sampel sudah diambil untuk produk itu dan dikaji secara klinikal/ saintifik, baru dibuat Fatwa tue...BAHALOL...untuk commentators yang bergama Islam, lu kalau nak pakai jugak benda babi nie, lu pakai, tapi lu jangan nak kutuk Fatwa yang dikeluarkan... lu punya kubur lu sendiri jaga...buat commentators yang kafir pulak, lu jangan bikin langsi sama ini Fatwa, lu mau makan babi, mau guna babai lu punya pasal, lu jangan kasi campur lu punya agama sama Islam, lanciau lu

  • Anonymous says:
    July 30, 2012 at 9:36:00 AM GMT+8

    To anon

    Paling aku boring bila baca komen yang buruk BUDIBAHASA macam anon
    July 29, 2012 11:57:00 PM GMT+08:00

  • Anonymous says:
    July 30, 2012 at 9:41:00 AM GMT+8

    to Anonymous 10:02:00 PM

    BRO..

    untuk soalan 1
    JEnama Bone China sememangnya menggunakan tulang binatang untuk mengahsilkan produk. boleh check dalam website company ye. Majlis Fatwa kata "HARAM MENGGUNAKAN PRODUK BINATANG-BINATANG YANG TIDAK DISEMBELIH"

    untuk soalan 2:
    Bone China adalah kilang yang mengeluarkan produk2 pinggan mangkuk untuk jenama lain..sbg contoh: Notitake Bone China, maksudnya, jenama noritake yang dihasilkan oleh Bone China. So kalau nak tahu, check belakang pinggan mangkuk tu, ada tak tulisan Bone China selepas Brand. COnth lain, gambar tu..brand Yuyu, made by Bone China (boleh check kat website company juga)

    Soalan 3
    Ni bro..kalau dah hukum HARAM..IANYA ADALAH HARAM..SO KALAU DH GUNA BERTAHUN2..MASA DH SAMPAI UNTUK BUANG PRODUK BONE CHINA...NO QUESTION DALAM HUKUM INI..XDE ISTILAH MEMBAZIR ATAU TIDAK..HARAM ADALAH HARAM..USTAZ SEBELAH RUMAH LU PUN BOLEH JAWAB NI BRO

    SOALAN 4
    BRO..LU NI CELIK IT KE TIDAK???

  • Anonymous says:
    July 30, 2012 at 10:25:00 AM GMT+8

    mmg kebanyakan pinggan mangkuk bone china ni yg made in china dibuat dr tulang babi. muslim china di sana pun mmg x pakai pinggan mangkuk ni. kita malaysian je yg terhegeh beli sbb konon eksklusif. pinggan mangkuk bone china yg keluarga saya beli dan penah pakai sudah pun diberi kepada non-muslim friends. nk buat cemana. masa tu mmg x tahu, bila dah tahu.. faham2 sendiri la jgn pakai lg.

  • Anonymous says:
    July 31, 2012 at 11:05:00 PM GMT+8

    Dalam sejarah Islam dinyatakan, selepas Allah mengharamkan arak, nabi Muhammad saw telah memberitahu sahabatnya supaya membuang arak dan melarang semua sahabatnya minum arak. Lalu semua sahabatnya mencurahkan semua tempayan arak. Diceritakan seluruh Madinah seolah-plah banjir dek arak. Mereka sayangkan arak itu, tapi nak buat camna, dah perintah kata gitu, mereka akur dan tak banyak soal macam orang sekarang.

  • Anonymous says:
    February 26, 2013 at 12:54:00 PM GMT+8

    tapi ada juga fatwa yang mengatakan bahan bahan dari tulang lembu yang tak disembelih dan digunakan untuk membuat pinggan mangkuk ini boleh digunakan dan tidak haram... ini yangsaya terbaca juga dari beberapa sesawang dari Timur Tengah...

    saya juga tertarik dengan komen, jika tulang dari binatang yang tidak disembelih haram digunakan bagaimana dengan sepatu, tali pinggang yang kita gunakan seharian.. saya percaya tidak semua dibuat dari binatang yang disembelih.

    bagaimana dengan susu lembu?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)