
Shah Alam - Kerajaan Negeri akan melantik lima firma audit tempatan bagi meneliti secara profesional proses kutipan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang bernilai RM392 juta.
Audit tersebut bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Selangor, termasuk yang ia menyeleweng RM1 bilion dalam proses kutipan hutang tersebut.
Bagi menjamin kebebasan proses audit, bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd Salleh Mahmud akan dilantik bagi mengelolakan usaha tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan perlu dilakukan memandangkan isu berkaitan Talam atau kini dikenali sebagai Trinity Corporation Berhad (Trinity) dijadikan modal oleh Umno-BN Audit isu Talam bagi sangkal fitnah BN bagi memburukkan Kerajaan Negeri.
Menurutnya, Kerajaan Negeri akan memulakan langkah memanggil pihak firma audit itu seawal minggu depan bagi mengadakan perbincangan berhubung perkara itu.
“Semua hutang Talam berjaya dikutip dan pada masa yang sama mereka (kumpulan pegawai terlibat) ini menyediakan dokumen lengkap dan perjanjian lengkap mengenainya.
“Maka tiada ruang untuk mana-mana pihak bagi mengambil komisen atau imbuhan daripadanya.
“Memandangkan masih ramai yang mahu melontarkan tohmahan kepada pegawai kerajaan, maka Perbadanan Menteri Besar (MBI) membuat keputusan untuk menjemput firma audit tempatan yang ada hubungan di peringkat antarabangsa.
“Kita akan panggil lima firma audit untuk mengadakan perbincangan dan sekiranya bersetuju maka kita akan lantik mereka.
“Bagi menjaga kebebasan semua firma audit tersebut dalam menjalankan tugas, kita telah memilih bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd Salleh Mahmud untuk mengelolakannya,” katanya dalam sidang media selepas sidang Dewan Negeri Selangor
(DNS) di sini.
Abdul Khalid berkata, usaha mengutip hutang itu bukanlah retorik politik dan bukan juga untuk meraih publisiti.
Sebaliknya ia adalah amanah dan tanggungjawab dalam menguruskan sumber kewangan negeri yang akhirnya sumber tersebut harus dipulangkan semula kepada rakyat.
Sebelum ini dilaporkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengutip hutang
daripada Talam yang bernilai RM392 juta, yang tidak pernah dituntut oleh pentadbiran Umno-BN lama.
Hutang tersebut dikutip melalui pengambilan aset dan hartanah bernilai RM430.88 juta dan wang tunai RM51.12 juta. - Selangorkini
P/S Kalau perlu firma perakaunan baru nak jawab, fahamkah exco masa mereka luluskan skim dengan Talam ini?
Dalam Dewan Undangan negeri, mereka tidak terjawab pun bila ditanya isu Talam.


Aduh, nak kena habiskan berapa banyak lagi wang rakyat untuk bayar khidmat 5 firma perakaunan ni. Jangan-jangan bagi pada kroni juga, lepas tu claim kat Kerajaan. Nanti kalau ada yang tak kena tudah UMNO/BN pulak. MCA yang pecahkan tembelang, UMNO juga yang kena.
RD
... tu nak lantik firma peguam tu ikut cara camne? Open tender ke atau bagi kat firma kroni-kroni secara lantikan terus atau direct negotiation.... Kena telus ba.....