Greetings

Tuesday, July 31, 2012

PAS Kelantan tak bawa ke mahkamah, Ku Li tak perlu memekak!


Lagi nak dekat pilihanraya, masa inilah Ku Li menuntut penyelesaian wang Petronas yang dia bekerjasama dengan PAS Kelantan untuk bersuara.

Bukankah kerajaan PAS Kelantan nak bawa isu ini ke Mahkamah Persekutuan? Kononnya interpretasi kerajaan pusat bahawa jarak dari pantai yang melayakkan adalah lebih dari 6 kilometer.

Masuklah saman, kenapa tak saman???

Maka apabila Ku Li menimbulkan isu ini ketika Lajim yang bersama Ku Li dalam AMANAH Sabah baru buat satu lagi langkah untuk lompat, masa inilah Ku Li pun nak menimbulkan isu royalti Kelantan.

Takkan Ku Li tak faham subjudice?

Pastilah kerajaan Pusat susah nak bincang atau lakukan apa-apa jika dah kata nak bawa ke Mahkamah.

Bila di Mahkamah, tak usahlah cerita nak bincang, nak kompromi atau nak cari penyelesaian, tapi ceritanya menang atau kalah.

Menang kamu betul. Kalah, kamu rayu hingga tak boleh menang dan hanya kalah, baru kata salah.

Baiklah tak payah nam memekak, kenapa tangan Ku Li tersorok tu?

Apa motif Ku Li nak timbulkan isu ini sekarang? Siapa yang Ku Li nak bantu dengan menimbulkan isu ini sekarang? Lajim dan Bumburing yang bantu lancar AMANAH di Sabah? Nik Aziz pertahan jawatan di Kelantan?

Kalau betullah Ku Li ini seorang 'gentlemen' seperti dikatakan, turun ke gelanggang dan nyatakan tentera politik belah mana kamu nak sertai perang.

Jika seperti Lajim, atas pentas sama Anwar, tapi keahlian UMNO masih nak dipegang dan konon nak beraktivis sebagai NGO, hentikanlah pura-pura.

Pentas orang politik bukan sebagai aktivis dalam NGO. USahlah kata AMANAH tu NGO, lain-lain parti politik walaupun pemerintah atau pembangkang boleh bersama. Itu cakap nak perbodohkan rakyat dan orang ramai.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 31, 2012 at 11:46:00 AM GMT+8

    Ku Li nak jadi PM tapi gagal menjatuhkan Dr M. S 46 bergabung dgn PAS utk jatuh BN di Kelantan. S 46 dah berkubur tapi kita jgn sesekali lupa yg Ku Li adalah penyebab PAS berkuasa di Kelantan hingga hari ini.
    Sungguh menghairankan kenapa UMNO masih menyimpan gunting didalam lipatan ini.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)