Friday, July 27, 2012

Menjelang Julai 29: Maijol dan Wilfred nak tubuh NGO

Lajim dan Wilfred ketika pelancaran AMANAH Sabah

Dua malam lepas pada Julai 25hb, ada satu Majlis Penerangan Hala Tuju Politik oleh Senator Dato Maijol Mahap dan Dato WIlfred Bumburing di perkarangan rumah Dato Maijol di Kg Kokobuan Kota Marudu.

Ramai juga ahli2 UPKO, dan PKR di sekitar Tuaran, Kota Marudu dan Ranau yang datang. Dari tiga kawasan dipanggil, cuma 400 orang gitu yang datang.

Dalam ucapan oleh Dato Maijol beliau menyatakan secara umum bahawa perubahan hala tuju politiknya kini mendapat sambutan yang baik.

Sementara Dato Wilfred pula menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan menubuhkan satu kumpulan yang di kenali ANGKATAN PERUBAHAN SABAH (APS) pada 29 JULY nanti untuk membela rakyat Sabah.

Selain itu mereka turut mengeksploit isu-isu NCR, PTI dll untuk menarik perhatian.

Namun begitu, Majlis ini boleh dianggap hanya sebagai usaha membina momentum untuk melihat petanda sambutan dari penyokong2 mereka menjelang acara kemuncak Julai 29hb yang mana dikatkan Dato Wilfred dan Dato Maijol akan membuat pengumuman keluar dari BN.

Motif keluar BN oleh kedua tokohg ini lebih di dorong oleh kepentingan peribadi. Bagi Dato Maijol yang merupakan Ketua UPKO Bahagian Kota Marudu, ia disebabkan tempoh jawatan sebagai Senator selama 2 penggal akan tamat pada Disember 12hb dan ini cara untuk cari jawatan baru.

Dato Wilfred pula merasakan tidak akan di calonkn semula dalam PRU 13 bagi memberi laluan kepada Dato Madius tangau, Setiausaha Agong UPKO.

Dapat dilihat tujuan kedua-dua tokoh utama dari UPKO ini menubuhkan ANGKATAN PERUBAHAN SABAH samada sebagai NGO atau pertubuhan politik adalah sebagai landasan untuk meneruskan agenda politik kerana dalam masa yang sama mereka masih mahu memegang status quo sbg SENATOR dan AP dlm BN.

Strategi ini adalah strategi sama Dato Lajim yang masih mahu menggunakan kedudukanya sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Menteri Pusat.

Difahamkan Anwar Ibrahim akan hadhir dalam kedua-dua majils Dato Wilfred di Tuaran dan majlis Dato Lajim di Beaufort pada 29 Julai 2012.

Sama-sama kita tunggu.

Beranikah pemimpin-pemimpin yang dah expired dan bermasaalah wang, kesihatan dll menempuh aras di umur yang banyak? Lajim tu bil buah pinggang setahun pun RM100,000. Percaya dia pada anwar Ibrahim untuk membantu????

Cermin diri dan lihat sejarah silam kamu, adakah pengaruh kamu ini disebabkan kamu atau parti? Mana pengikut kamu yang dahulu sebelum lompat-lompat parti? Ikutkah mereka?

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (280)