Visitors

Wednesday, July 25, 2012

Main "one arm bandit" tak fikir rugi, Nak masuk PKR macam2 diambilkira?

Maaf bah! Terbiasa angkat turun satu tangan

Datuk Seri Lajim Ukin memberi sedikit interview di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam Selasa 24 julai 2012 tengahhari

Kenyataannya menarik sekali:


Saya fikir memang ada tapi apa yg disebut oleh YB Datuk Seri Panglima Bumburing kelmarin itu adalah sama. Kita akan menentukan halatuju kita.

Pada saya, saya ada 2 pilihan, samada saya terus berpolitik atau bersara, itu saja.

Yg kedua pilihan saya, pertama saya ingin juga melihat perkembangan semasa & juga sokongan rakyat bukan saja di kawasan saya tapi juga di kawasan lain di negeri Sabah khususnya supaya perjuangan itu tidakkan menjadi satu perjuangan sia2 pada kita.

Apabila kita memasuki satu gelanggang sudah pastinya kita mau kemenangan dan kemenangan itu kita memerlukan satu strategi yg cukup mantap. Saya fikir untuk menentang BN bukanlah semudah itu tapi kami juga yakin bahawa rakyat yang akan menentukan masa depan kami dan juga perjuangan kami. Tidak semestinya, kerajaan memperolehi kelebihan dalam apa2 juga walaupun mereka mempunyai pelbagai peralatan dsb.

Tapi saya yakin kami percaya bahawa rakyat Sabah khususnya telahpun awal2 lagi menunjukkan mereka memerlukan perubahan terutama sekali kepimpinan di negeri Sabah.

Saya tak ingin elaborate untuk hari ini. Cuma dalam ucapan saya nanti pada 29 haribulan, sudah tentu ada pelbagai perkara yang saya harus kupas dan saya harus elaborate supaya rakyat Sabah faham apa sebenarnya hala tuju dan perjuangan kami untuk membawa prubahan kepada negeri Sabah dan rakyat negeri Sabah.

Boleh Datuk ulas perjumpaan dengan Datuk Nik Aziz di Kota Baru semalam?

Itu sebenarnya satu pertemuan secara official. Saya mewakili Kementerian untuk memberi taklimat kepada YAB Tok Guru mengenai dengan penswastaan sisa pepejal, tapi maklumlah orang politik, bila saya jumpa dengan beliau, ditafsirkan sebagai perbincangan politik.

Saya tak nafikan ada perbincangan politik selepas taklimat yang dibuat oleh pegawai saya kepada beliau mengenai beliau dapat memperakukan dan mempercepatkan penerimaan negeri Kelantan kepada usaha kerajaan pusat utk menswastakan sistem dan juga pungutan sisa pepejal di peringkat negeri Kelantan.

Tapi nampak dlm apa nama laporan itu, seolah2 saya datang adalah untuk berbincang soal politik tapi sebenarnya membincangkan soal penswastaan sistem sisa pepejal bagi pihak Kementerian.

Walaupun saya dilemparkan dengan pelbagai kotnroversi tapi sebagaimana saya maklumkan kepada pihak akhbar, saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Timbalan Menteri selagi saya tidak dipecat atau selagi saya tidak berhenti. Jadi kelmarin tu tugas saya sebagai timbalan menteri mewakili Kerajaan Persekutuan.

Pemimpin UMNO minta anda perjelaskan kedudukan sebenar?

Saya akan jelaskan pada 29hb.

Kalau penjelasan, saya telah jelaskan dgn YAB PM saya telah bertemu dengan YAB PM sejak 20 Disember 2011 sudah 4 kali, TPM pun sudah saya jumpa.

Saya jelaskan, kenapa, why, tapi nampak saya mungkin tidak mendapat respon yg boleh memberangsangkan kepada rakyat Sabah. Jadi itu sebab saya tidak bertindak terburu2 utk apa nama mengambil keputusan tetapi saya memaklum membuat laporan dsb untuk penambah baikan bagi UMNO dan BN diSsabah tapi nampak dipandang ringan dan enteng, tiada apa2 respon dari pimpinan, dan bukan saja saya, ramai di kalangan pemimpin BN juga di Sabah yang tidak puas hati dengan cara gaya kepimpinan di peringkat negeri.

Jadi ini sudahpun dimaklumkan kepada YAB PM, Presiden UMNO & Pengerusi BN, saya juga maklumkan kepada YAB TPM dan juga Timbalan Pengerusi BN & Menteri2 Kanan di KL.

Semua orang tau, tapi dalam pengertian saya kemungkinan ini laporan kami tak betul atau palsu. Jadi kalau saya laporan itu tak diterima oleh pimpinan, maka apa jalan saya, jalan keluar ialah mungkin saya tidak perlu berada dalam satu kelompok seperti ini.

Saya bersedia dengan semua aspek, dari segi fizikal mental dan sebagainya, ini orang politik memang begitulah.

Bunyi macam orang yang berhutang judi kini main judi yang lebih besar untuk selesaikan judi dan mahu terus berjudi dan rugi lagi banyak-banyak.

16 comments:

  • Ali says:
    July 25, 2012 at 11:38:00 AM GMT+8

    Bunyi macam orang yang berhutang judi kini main judi yang lebih besar untuk selesaikan judi dan mahu terus berjudi dan rugi lagi apabila tersalah tukar kemudi.

  • Ali says:
    July 25, 2012 at 11:39:00 AM GMT+8

    Bunyi macam orang yang berhutang judi kini main judi yang lebih besar untuk selesaikan judi dan mahu terus berjudi dan rugi lagi apabila tersalah tukar kemudi.

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 11:53:00 AM GMT+8

    Jangan main2 kauuuu, nanti bertembung dengan "ASS HOLE BANDIT", baru kau tau!!!

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 12:02:00 PM GMT+8

    inilah realiti polotik kita kan

    apapun rugi jak perjuangan nya selama ini kalau dia masuk sana PKR.. habislah dia.. bagus dia masuk PAS kan. kan..

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 12:22:00 PM GMT+8

    Orang Sabah tentulah utamakan mereka sendiri.

    Selama ni bawah BN , apa yang menguntungkan mereka?

    Perjudian kan synonim dengan orang-orang Sabah?

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 1:01:00 PM GMT+8

    Hebat Datuk Lajim - perjuangan apa Janang Gayuh? Perjuangan untuk rakyat? Janang Gayuh berjuang untuk apa sebenarnya. Perjuangan Janang gayuh adalah untuk kepentingan diri sendiri! Marah! Dendam Kesumat! Perjuangan untuk mengembungkan poket. Perjuangan itu mengejar jawatan! Perjuangan untuk mencari projek. Lompat Si Katak Lompat. Lompat jauh-jauh biar sampat dapat asal jangan merempat!

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 1:02:00 PM GMT+8

    JUDI MANA MANA TEMPAT DI MALAYSIA NI ADA BRO...YANG DIMAKSUDKAN BELIAU TU IALAH JUDI MESIN JACKPOT YANG DILULUSKAN OLEH NUAR SEMASA JADI MENTERI KEWANGAN DULU...TAK PAYAH PERGI GENTING DI SABAH BANYAK MESIN JUDI YANG BERLESEN..

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 1:05:00 PM GMT+8

    Datuk Lajim. Janang Gayuh sukukaum Bisaya. Perjuangan untuk apa Janang gayuh? Perjuangan untuk diri sendiri mengembungkan poket! Perjuangan untuk mengejar jawatan dan wang ringgit. Perjuangan untuk mengejar projek! Perjuangan Janang Gayuh penuh dengan dendam kesumat dan dendamm!

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 1:33:00 PM GMT+8

    Itulah badinya bila orng mcm ni kita angkat jd pemimpin.Kemana arah angin dia orang akan tumbang ke situ!

  • ddinbunga says:
    July 25, 2012 at 2:06:00 PM GMT+8

    ASSALAM, SEKOR LAGI CABUT, MINTA PROJEK BESAR TAK LAYAN DS NAJIB, SPECIES MACAM NI ELOK KELUAR UMNO DIALU ALUKAN.

  • Anonymous says:
    July 25, 2012 at 10:30:00 PM GMT+8

    His the One, yg memulakan kejatuhan kerajaan PBS pada kerajaan BN di Sabah. Minta maaf kalau saya katakan beliau ada kepimpinan tetapi tidak cukup untuk memimpin rakyat keseluruhan,beliau ada aura tetapi tidak sehebat untuk mengetuai rakyat yg progresif...fikir2 kan

  • Tok Tak Ternama says:
    July 25, 2012 at 11:11:00 PM GMT+8

    Begitulah ceritanya mana2 pun.. Asal tak puashati ja ngan kerajaan, masuk pakatan. Yg terernya, siap bagi tips pulak nak membelot pasal katanya; kerajaan tak peduli hal rakyat. Senang ja punya alasan, semua pembangkang pun duk nyanyi lagutu la. Sebab berputus-asa dgn kerajaan, kerajaan tak betul! Bila masa pulak pembangkang semua pun buat kerja betul?!...

    blogger PR pun ramai yg tak betui! pengikut PR pun ramai yg tak betui! yg mcm 'lalang' dan chameleon pun berlambak!

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 1:35:00 PM GMT+8

    bagus dia berambus... mentyalitinya hanya untuk perjuangkan diri sendiri, dan kaum nya sahaja...

    mari ko sini datang kunak .. cerita jak lebih ada pangkat politik tak pernah pun nak membantu rakyat Malaysia.

    naaa ngam lah ko masuk pakatan..mmg sesuai untuk org2 mcm ko.

    ndak pun bagus ko bersara makin jelek aku tgk permainan politik katak mu.

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 8:35:00 PM GMT+8

    Ngam lah tu,,,,keluar aje..org mcm lajim ni... Kasi menyemak aje dlm kerajaan...diA pun bukannya banyak jasa pada sabah...bye:-),lajim. ?.bye... Aje

  • Anonymous says:
    July 27, 2012 at 1:55:00 PM GMT+8

    buang aje orang yang nak masuk politik sebab nak pangkat dan kekayaan bukan berjuang untuk kebajikan rakyat

  • Anonymous says:
    July 31, 2012 at 10:47:00 AM GMT+8

    menyusahkan rakyat sbah..

    si lajim mau mengembang budaya politik kotor..

    1) budaya lompat parti
    dan yang paling bahaya membawa masuk BUDAYA POLITIK SEMENANJUNG ala2 ANWAR IBRHIM.. makin teruk lah org Sabah bergaduh sesama kita. dulu harmoni jak masa penamaan calon skrg ni nampak sudah mcm nak gaduh je

    ini semua penangan dan ajaran kurang ajar si Anwar Ibrahim

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)