Wednesday, July 18, 2012

Khalid tidak mesra setinggan sebab Latheefa Koya berhenti


Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis MBPJ.

Surat perletakan jawatan itu serta merta dan telah dihantar pada 16 Jul 2012 dan perkara ini telah disahkn oleh Zainun Zakaria, Pegawai Prhubungan Awam MBPJ.

Perletakan jawatan ini didakwa ada kaitan dengan arahan MB Selangor yang minta Latheefa Koya kemukakan surat tunjuk sebab mengapa beliau mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri dalam isu perumahan rakyat miskin atau setinggan.

Kritikan ini dibuat melalui surat yang turut di email kepada Anwar Ibrahim & Wan Azizah. Latheefa Koya juga didakwa guna SMS untuk kritik pentadbiran MB Selangor.

DIfahamkan Latheefa telah bertemu dengan sekumpulan setinggan dan dia meminta mereka datang ke bangunan SUK Shah alam untuk bertemu Menteri Besar sendiri tetapi Khalid enggan bertemu mereka malah menutup gate SUK.

Ini memalukan Latheefa yang agak idealis dan lurus bendul untuk percaya pada retorik dan pembohongan sendiri bahawa PKR terbuka dan perjuang nasib setinggan.

Perletakan jawatan serta merta ini juga dibuat kerana Latheefa Koya tahu beliau akan dipecat seperti mana yang diperbincangkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco dan dikatakan mendapat sokongan majoriti Exco.

Dalam pada itu, telah kedengaran usaha lobi melobi di kalangan Ahli Majlis MBPJ untuk merebut jawatan 'Ketua Whip' yang ditinggalkan oleh Latheefa Koya di mana jawatan tersebut 'berkuasa' untuk meluluskan sebarang projek di MBPJ.

Kini terdapat 2 kekosongan Ahli Majlis MBPJ selepas R. Selvarajan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

4 comments:

  • Anonymous says:
    July 18, 2012 at 9:03:00 PM GMT+8

    Jangan berlakon dahla. Mana ada puak2 ni yg lurus. Semua bengkok.

  • KZSO says:
    July 19, 2012 at 9:31:00 AM GMT+8

    bengkok? hmmmm mcm pernah dengar dan tengok benda bengkok nih...

  • Anonymous says:
    July 19, 2012 at 12:31:00 PM GMT+8

    Biar bengkok tapi panjang...asmedar suka tau...

  • Anonymous says:
    July 19, 2012 at 8:51:00 PM GMT+8

    Puak2 ni semua ikut macam bos dia punya. Panjang dan bengkok atau panjang tapi bengkok.

    Ikut sukalah.

    Kalau pendek dan bengkok ... kulum dan sedut. Khhaaakk pttuuiihh.

fda

Link2Me WeLinkBk (280)