
PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.

Lelaki dikenalpasti sebagai Khalil Apandi bin A. Hamid berumur 47 tahun, IC 650724-10-6631 yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Beliau tidak bekerja dan adalah pengendali blog Jaya Negara.
Turut terlibat bersama adalah Muhdalina Ahmad 840627-10-5642, 28. Dia merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Suaminya yang juga bekas penuntut UIAM baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
Maklumat yang diketahui mengenai mengenai Muhdalina adalah suaminya merestui penglibatan isterinya itu kerana dia sering berhubung dengan Khalil melalui blognya dan begitu terpengaruh dan taksub kepada apa yang diperkatakan oleh Khalil
Kedua-dua mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau ke kejadian.
Gulingkan kerajaan

SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.
Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

“Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
“Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya

Beberapa saksi memberitahu, Khalil pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju.
Khalil turut mengamuk menggunakan senjata dua bilah pedang menghayun kearah orang ramai dan telah memecahkan cermin tiga buah kereta.
Dia mahu berjumpa dengan Perdana Menteri dan menjerit serta bertakbir beberapa kali untuk menggulingkan kerajaan.
Cedera

Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.
Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad cedera apabila terkena tembakan di paha kanan.
Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.
Namun ia bukan kejadian sedemikian yang pertama.


Assalam Bro
Memang dah sesat... nak jadi hero... hujung2 mati percuma... Lepas ni puak sesat ni akan keluarkan fatwa yang orang gila ni mati syahid walaupun hakikatnya sia-sia aje mati katak...
bro diatas..
mati selama ni berbayar ke? dibayar untuk mati ke?
komen ni bukan nak memihak pada sesiapa, cuma ingin membetulkan komen bro je..harap jangan terasa hati yer..:-)
cara menyerang orang dgn pedang samurai spt ini tidak diredhai Allah dan patut dielakkan...perjuangan yg sia2....nauzubillah
Bro "July 10, 2012 9:47:00 AM GMT+08:00". ko ni pun tak reti bahasa. Ko paham ke "mati katak" tu apa..? Mati percuma yg takda apa2 manfaat. Bkan mati berbayar atau dibayar mcm yg ko tanya tu. SPM ko, BM dpt brapa..? Jgn ko sama2 sesat sudah..amik pengajaran di sini..jgn terlalu taksub dan menyokong membuta tuli..ALLAH bg otak dan fikiran utk diguna ngan btul.
Mati percumalah. Simati satu sen pun tak keluar duit urusan jenazahnya.
Akibat dari hari hari baca Harakah!
Tak lama lagi keluar headline- " Blogger MiloSuam disoal siasat polis kerana dipercayai jadi dalang atau terbabit dgn insiden samurai boroi serang JPM"
DAN lepas tu SENYAP.. sebab polis tak cukup bukti- macam biasa la.
Nujum Pak Belalai
ni la jd nya bila dh sesat.. cetek ilmu agama...
Pembangkang sedang memerah kepala untuk mengekploitasi dan spin mengenai peristiwa ini. Tidak Lama lagi kita akan mendengar berbagai cerita yang ditimbulkan oleh pembangkang dengan tujuan untuk memburuk2an pasukan polis. Mungkin akan desakan untuk menubuhkan Suruhajaya Diraja mengenai isu ini.
Kita tunggu..
mtk
Salam semua,
Ingatkan kebal..tak lut peluru..
Nak jihad konon...yang buang baju dedah aurat tu apasal?.. inilah contoh orang islam yang kurang kefahaman islam..dia rasa dia betul...harap-harap Allah ampunkan segala kesalahannya jika dia berdosa...insyaAllah..
kat blog mamat ni kat seksyen komen ada dea dok puji habis habisan mahathir ngn nik aziz..pelik..gila ke ape
Inalilahiwainaihilarojiun....
Jika baca catatan dlm blog arwah Khalil Apand, jelasnya anda terlalu prejudis dlm mengaitkan arwah sbgai bllgger pro PAs & PR @ pembangkang! Tiada fakta jelas yg anda hujahkn selain putar belit andaian yg melampaui realiti sebenar keadaan semasa sosio politik mysia skarang.
Anda serta juak2 penyokong UMNO sememangnya wjar dilabel spesis Umat Melayu Naif Otak. Kerna apa aku kata dmikian, sbabnya anda cuba kaitkan warna hijau & bertakbir tu adalah pnyokong PAS. Betul pnyokong2 PAS suka bertabir tpi tak semua org bertakbir tu penyokong PAS. Sorg pnagih dadah lumrahnya hisap rokok tpi tak semua pengbisap rokok tu penagih! Anda nak kecam aku penyokong tegar pas, ya aku akui tpi tak semestinya aku ni ahli PAS.
Hal kematian kononya Imam Mahadi yg ditembak mati oleh polis, dgn hanya bersenjatakn pedang keris tangkal, polis boleh je tembak dia hingga tak boleh dirawat? Kalau pun mati di hospital maknanya polis telah menembak diangota yg boleh mnyebabkan maut, semudah itu polis bertindak? Mudalina, sorg wanita pun mati kena peluru polis. Ikut catatan anda kena pd bhgian kaki tpi kenapa mati gak?
Banyak lgi kemuskilan kematian mereka berdua cuma aku agk terkilan krna mereka tak kan dpt mennwb sgala tudohan yg dilemparkan kpd nya. Mcm Altantuya. Kenapa dia dibunoh guna bahan pedak C4 hinga luloh jasadnya.
Anda jga amat kterlaluan berteori, insiden2 yg brlaku mrupakan modes opera.di pembangkang uutk menjatuhkan kerajaan. menjatuhkan kerajaan dlm sistem demokrasi dihalalkan mengikut undang2. 5 tahun sekali krajaan akan adakan pilihan raya utk rakyat memilih pemimpin2 kerjaan baru atau terus memberi mandat kepimpinan kerajaan lama. Hak rakyat utk menentukan siapa yg lbh baik mjdi peneraju negara. Bukan org Be End je yg mampu tadbir negara?
Bersih menuntut pilihanraya adil utk semua parti bertanding! Demostrasi Bersih ridak menuntut pun Najib & kabinet letak jwatan & tiada desakan pun agar DYMM Agung turun takhta. BERSIH menu.tut agar senarai daftar pemilih dibersihkan kerna telah dibuktikan nama2 warga luar & mencurigakan ditakrif warga negara, dibenarkan mengundi! Wajarkah?
Ada ke mamat ni ahli Parti Ajaran Sesat? Sebut 'kun faya kun' jer boleh jadi kebal. Pastu nak guling kerajaan dengan pedang samurai. Sah memang dah mereng dia ni.
Mati katak adalah peribahasa untuk jenis2 kematian yang disebabkan
kelaliaan atau sengaja meletakkan nyawa dalam satu keadaan bahaya tanpa justifikasi benar
Umpamanya mat mat rempit yang berlumba dijalanraya kalu mati aksident,itupun namanya mati katak walaupun niat nya yang sebenar adalah untuk menunjukkan bakatnya menunggang motorsikal.
Sama juga dengan mat diatas,walaupun niatnya nak tegakkan negara islam itu murni dan benar tetapi disebabkan cara perlaksanaan yang salah dan melanggar syariat Islam ia diketegorikan mati katak dan wajib dikafankan.Tentang pembalasan baik buruk di sisi Allah bukanlah dalam bidang kita.
Sepatitnya mat tu joint pas untuk dapatkan syahid kubra..
Eh lupaa......pas dah tukar ke negara kebajikan..
jenazah dah selamat dikebumikan...
doa kanlah untuk dia supaya senang diahirat..
walau bagaimana pun...kelakuanya tetap salah..jadikan ia satu pengajaran...
hidup cuma sekali....dulu.. kini selamanya
Ini pengajaran kepada semua yang berniat seperti arwah.Nak buat apa pun kena buat penilaian. (Tapi kalau otak dah tak waras nak buat macam mana). Buatlah analisa SWOT. Kalau rasa tak boleh teruskan baik lupakan atau batalkan saja niat dan hajat. Kalau masih nak teruskan, memang tindakan itu akan dianggap menempah maut. Jadi betullah ungkapan yang diberikan `MATI KATAK`. Bayangkan katak mahu menyeberangi jalan raya yang penuh dengan kenderaan yang laju-laju. Akibatnya memang boleh kita jangkakan.
Dengan berpedang dan berparang, memasuki kawasan keselamatan yang ber`profile` tinggi, yang dikawal oleh anggota keselamatan bersenjata api, melakukan tindakan yang mengancam keselamatan dalam kawasan tersebut, apatah lagi menyerang polis. Jawabnya ... Innalillahiwainnailaihirojiun.
Sedekah fatihah ...