Wednesday, July 25, 2012

"Jangan sampai kita naik basikal balik," Wong Ho Leng diberi amaran


Pada awal tahun lepas 2011, kerajaan negeri Sarawak ada mengumumkan untuk membina shipyard di atas sebuah tanah yang besar di Bawang Assen, Sibu di jalan hala ke Tg Manis. Baca dalam The Star sini


Komitmen kerajaan negeri terhadap industeri pembinaan kapal ternyata lagi dengan pembinaan kluster di kawasan Perindusteriaan Tanjung Manis, siap dengan akedemi lautan.


Pada tahun lepas juga pengundi Sibu mengundi masuk DAP di PRK Sibu dengan Wong Ho Leng menang dengan undi lebihan 300 lebih kerana peti polis dan tentera tak dapat dikira sebab protes DAP.

Pada PRU Sarawak, sekali lagi DAP mendapat tempat di kawasan ramai kaum CIna di bandar utama hingga SUPP kalah teruk.

Namun begitu tak sampai berapa lama, dah ada perubahan.

Di Sibu, Wong Ho Leng telah menjadi bertambah lantang sebagai MP dan ADUN menyuarakan dan mengungkit macam-macam isu. Tapi rakyat mula menyedari bahawa mereka ini hanya cakap saja tapi bila ajak selesaikan masaalah, mereka tak mahu ambil tanggungjawab.

Semasa Wong Ho Leng menimbulkan isu bah yang sering melanda Sibu, dia diajak berbincang bersama di pejabat Ketua Bandar Sibu tapi dia enggan datang. Padahal dia juga menggunakan isu itu ketika bertanding di PRK dan perkara itu sedang diurus kerajaan negeri.

Dari situ macam-macam lagi peristiwa hingga akhirnya melibatkan projek pembinaan kapal yang entah macam mana begitu maju dan berkembang di Sibu. Ho Leng dikatakan ada menimbulkan isu hingga akhirnya menaikkan kemarahan golongan peniaga.

Kisahnya ada seorang pengusaha kapal pergi ke rumahnya dan cakap bersemuka dengan dia.

"Ingat ye, kita memandu, Jangan sampai kita naik basikal balik."

Dalam maknanya buat Sibu yang dipenuhi kaum Fuchow yang diberi tanah oleh British untuk bertani di Sibu dan membina kehidupan dari pertanian di atas tanah yang kontang dan berpaya hingga hari ini Sibu adalah merupakan pusat perdagangan Sarawak.

Sibu mempunyai ramai peniaga-peniaga Cina yang berjaya dan sering menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga Cina satu Sarawak.

"Kita orang berniaga. Bukan mintak wang sama lu," kata peniaga itu tepat di muka Ho Leng.

"Cakap banyak tak guna. Wang ada masuk ka? Lu ada bawak masuk business ka? Ada orang mari Sibu melabur ka?"

Tersenyap Wong Ho Leng.

Dari cakap-cakap terkini, Wong Ho Leng sudah tak selamat di Sibu. Begitu juga ADUN DAP yang begitu lantang dan angkuh sejak kejayaan besar di PRU Sarawak.

4 comments:

  • Prince Righty 1 says:
    July 25, 2012 at 11:18:00 PM GMT+8

    Orang Sarawak dah lama tahu dah... DAP tak buat kerja pun... PRN dulu pun dia dok jual air liur kat pasar-pasar, tapi habuk pun tarak... dasar NATO (no action talk only), dasar copycat...

  • Prince Righty 1 says:
    July 25, 2012 at 11:19:00 PM GMT+8

    Orang Sarawak dah lama tahu dah... DAP tak buat kerja pun... PRN dulu pun dia dok jual air liur kat pasar-pasar, tapi habuk pun tarak... dasar NATO (no action talk only), dasar copycat...

  • Anonymous says:
    July 26, 2012 at 5:46:00 AM GMT+8

    saya orang sarawak, yang pasti disini pru akan datang dap sapu bersih semua kawasan cina,

    -pro bn-

  • 6803man sarawak says:
    July 26, 2012 at 8:23:00 AM GMT+8

    Kudu sowa dap gien sibu?
    Kudu sowa taib gien s'wk?
    Pesat keh kemajuan dek s'wk?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)