Saturday, July 28, 2012

DAP takut sejarah silam, tapi kenapa menteri UMNO perlu gila bayang2?


Sejak beberapa lepas ini, berita mengenai wayang Tanda Putera akan di censor dan dilambatkan penyatangan mendapat perhatian blogosphera.

Ada pihak berkata ianya disebabkan UMNO tidak tahu apakah impak filem ini kepada pengundi Cina. Pada mereka impak kepada penonton Melayu baik untuk parti pemerintah.

Dari khabar yang didengar, keputusan menyunting sampai 30% dari adegan2 filem ini dan hanya membenarkan penyiaran bukan dibuat oleh Finas atau Lembaga Penapisan tetapi atas campurtangan menteri yang bertanggungjawab dengan pembangunan seni dan kebudayaan, Dato Seri Rais Yatim sendiri.

Keputusan ini dibuat sendiri tanpa mengambilkira pandangan ramai yang pakar dalam hal perfileman dan pasaran.

Penyuntingan ini tentu bercanggah dengan peranan FINAS itu sendiri.

Pelbagai blog-blog telah membuat komen. Antaranya MIK, Rocky Bru, Seademon, ABITW, Papagomo, Bigdog dll.

Salah satu komentar dari blog2 ini menyuarakan pendekatan menarik.

Bagi sesiapa yang membuat keputusan terhadap filem ini, adakah mereka tahu impak sebenar kepada pengundi Melayu? Adakah bancian yang dibuat atau hanya main agak2. Pasaran filem adalah susah untuk dijangka.

Berkenaan impak kepada pengundi Melayu, berapa orang saja orang Melayu akan tengok filem ini di panggung. Yg pergi tengok wayang adalah orang muda.

Kebanyakkan rakyat malaysia akan tunggu ia keluar percuma di astro dalam beberapa bulan atau tv3 raya tahun depan. Setengah akan beli dvd bila review bagus.

Kalau ada impak pun, ianya adalah kepada kumpulan muda Melayu.


Berkenaan impak kepada orang CIna, berapa ramai orang Cina akan pergi ke tengok filem melayu?

Yang kecuh2 di facebook adalah cina DAP dan aktivis Bersih yang di penuhi komunis. Bagi DAP dan bekas komunis, mereka tak mahu kebenaran dijelaskan. Anih tidak Gerakan tidak membuat bising, padahal Gerakan ada membuat demonstrasi semasa peristiwa May 13.

Blog Suara Lensa ada membuat komen mengenai gerakan dislike terhadap You Tube Tanda Putera.

Facebook Tanda Putera sini pun diserang puak-puak ini.

Menurut SL, dia pasti bahawa setiap yang membuat komen hanya terpedaya dengan hasutan-hasutan jahat pembangkang. Manakan tidak, mereka belum melihat lagi filem itu yang mana belum pasti bila tarikh rasmi akan tayangannya.

Kalau DAP rasional, mereka faham maksud wayang ini dan tidak melihat apa-apa dari fakta sejarah yang dibentangkan filem ini bahawa rusuhan May 13 menajdi rusuhan kaum disebabkan peranan subversif yang menghasut.



This is just a film mengenai dua pemimpin dan satu interpretasi sejarah. Menurut pelakun Alan yu, buka hati dan tonton panggung ini.



Jelasnya, ia hanya puak pembangkang takut pada bayang-bayang sendiri. Padahal ini semua kebenaran. Bukan saja Cina bunuh melayu, ada Melayu bunuh Cina dan subversif bunuh Melayu, Cina. dan India!

Persoalannya kenapa seorang menteri UMNO takut pada bayang2 DAP dan pensimpati komunis? Tak perlu takut kalau dia berilmu, faham dan bijak. Masa Namewee nasi Lemak 2.0 kenapa dia tidak arah Finas macam dia arah Finas sekarang?

6 comments:

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 11:41:00 AM GMT+8

    Menteri ni pun satu. Bodek berlebihan. Dah la muka hari-hari boleh tengok dalam TV1 & TV2. Pada zaman Pak Lah, dia ni juga berlebihan censor Tun Dr.M. Kecam Tun pula tu. Orang macam ni tak mengenang budi. Patut Tun Dr.M tak bagi chance naik semula, selepas dia sokong Semangat 46 dulu.

    Apa yang dia takut sangat pada DAP yang memang dah tak sokong BN. Terlampau nak ambil hati Cina sampai nak menidakan sejarah pula. Sokongan Melayu tak mustahak ka, untuk menang PRU13? Filem Melayu, banyak mana orang Cina nak tenyok. Kalau dah potong sampai 30%, plot cerita mesti tak tentu hala.

    Kalau tak lulus tayangan, kita buat rally sokong filem ni.
    Hampas punya Menteri.

    RD

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 12:08:00 PM GMT+8

    Setuju ngan RD. DS Rais ni pun... Dah la dgn lirik lagutema Janji Ditepati pun dia jgk buat. Ahli seni pro-BN pun ramai lagi yg berbakat. Kenapa perlu dia saja nak buat kerja bidang ni? susah la, orang mcm dia ni duk lama lagi boleh buat menjatuhkan ranking UMNO je. C'mon la DS, bagi 'can' lah kpd mereka yg lebih 'ahli' dlm bidang ni.

  • zack says:
    July 28, 2012 at 1:12:00 PM GMT+8

    Kalau nak kena potong tak payah tayang terus!..aku makin hari makin jelak pula dengan si rais yatim ni.

    Dari isu Logo kemerdekaan,moto dan lirik lagu,sekarang isu filem ini pula? tidak merasakah kalian si rais yatim tu musuh dalam selimut kerana tindak tanduk dia menimbulkan kebencian rakyat kepada Najib.

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 2:36:00 PM GMT+8

    Manusia ni klu dah tamak, riak dan taksub dgn kekayaan yg tak pernah cukup, memang begitulah perangainya sehingga ke liang lahad. Tak kira dari parti mana pun.
    Perosak bangsa Melayu ialah pemimpin Melayu yg tak tahu bersyukur. Hidup semata2 untuk dunia sehingga lupa pd alam2 selepas dunia ini.

  • Anonymous says:
    July 28, 2012 at 3:19:00 PM GMT+8

    Kalau sejarah dah boleh dibuat suntingan maka sejarah dah jadi bukan sejarah, itu dah jadi penjarah. Sejarah menunjukkan apa yang benar-benar berlaku , bukan dipadankan dengan kehendak masa kini untuk apa yang sewajar berlaku. Nampaknya yang majoriti takut sangat dengan minoriti atau tuan rumah takut dengan tetamu. Padahal tuan rumah sangat berkuasa di rumahnya...

  • Anonymous says:
    July 30, 2012 at 12:40:00 PM GMT+8

    Pertama, ada pembiayaan Finas dalam filem ini, jadi agensi kerajaan telah tahu. Kenapa berikan tarikh mula tayang kemudian ditunda tanpa tarikh baru? Kenapa buat pra tonton jika hendak tunda atau dibakulsampahkan terus? Banyak kenapa perlu dijawap. Tanpa jawapan kerajaan, rakyat akan buat andaian sendiri. Andaiannya adalah kerajaan akan dituduh gagal merancang kewangan melalui finas yang membiaya filem yang tidak bermutu sehingga tak layak ditonton. Kerajaan boleh sekat lebih awal secara diam, kenapa buat pratoton? Supaya ada bantahan dari orang cina dan kerajaan patuh pada bantahan itu bagi mengujudkan rasa marah dan benci orang Melayu kepada kerajaan. Mengikut kehendak bantahan bermakna ada yang tak kena pada filem yang fakta dirujuk dari laporan rasmi kerajaan dan sumber-sunmber sahih berbanding dengan buku tulisan Dr. Kua Kia Soong pada 2007 yang menafi banyak hal dan paling trajis mengatakan peristiwa itu dirancang oleh....baca sendiri tulisan beliau. Bayangkanlah ada orang Melayu boleh suruh Cina bawa penyapu besar dan maki hamun Melayu ditengah-tengah KL. Tidak dengar pulak kerajaan bantah buku itu, batal atau tangguh penerbitannya. Satu hari nanti buku ini akan didesak untuk jadi teks sejarah. Sekali lagi bagi menjaga perasaan, diikutkan. Rasalah sama pedih hati nurani orang Melayu....
    Walaupun terlambat, sesuatu perlu dilakukan terhadap buku itu.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)