Tuesday, July 10, 2012

Analisa debat LGE vs CSL


... debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga. Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang 'menambat' masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.

Diketahui bahawa faktor 'kaum Cina' merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13. Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.

Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat. Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.

Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.

Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut. Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum.

Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.

Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.

Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.

Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India. Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar.

Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.

Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.

Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari 'clan' yang sama juga.

Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.

Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.

Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung. Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.

Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan. Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.

Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti. Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu 'ceramah' politik DAP.

Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.

Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.

Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai 'janji-janji Buku Jingga'. Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang. - BB

15 comments:

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 3:37:00 PM GMT+8

    aku rasa analisa kau hampeh, kalau tengok rakaman aku rasa both are at equall, tapi csl nampak sgt anti islam, guang eng ada juga cakap melayu. csl langsung tak respek kat bahasa melayu.

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 3:47:00 PM GMT+8

    "Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya."

    Rasanya tak juga kerana kaum Cina di Malaysia memang kaum yang dari awalnya lari dari raja Cina mereka sendiri.

    yasalam

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 4:26:00 PM GMT+8

    Dalam debat faktor isi, fakta dan kejituan hujah adalah penting, bukan seperti ceramah politik yang cuma retorik. Menjawab soalan pula hendaklah apa yang ditanya, bukannya apa yang kita nak kata. Contohnya agak lucu kalau orang tanya apa ada dalam Buku Jingga yang signifikan, kita ketawa dan kata bahasanya mudah, maknanya terang.. Singat aku juga, mereka mendakwa adil dan telus tetapi hanya meroboh kedai-kedai satu kaum manakala gerai kaum yang lain yang membahayakan lalu lintas dibiarkan.. Inikah kerajaan adil atau mahazalimmm..

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 4:58:00 PM GMT+8

    Hanya yang buta hati saja yang masih kata lge tu baik. Baik ada makna tu..... Org yang bertungkus lumus lebih 50 tahun nak majukan negara di hina orang yang berjaya dari atas usaha orang lain diagungkan. Inilah dunia bila dendam dan nafsu lebih dari nikmat semua nak berkuasa. Dulu nak jual putrajaya sekarang nak duduk putrajaya. Cakap tak serupa bikin.

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 5:05:00 PM GMT+8

    "Anonymous July 10, 2012 3:37:00 PM GMT+08:00':said...

    aku rasa analisa kau hampeh, kalau tengok rakaman aku rasa both are at equall, tapi csl nampak sgt anti islam, guang eng ada juga cakap melayu. csl langsung tak respek kat bahasa melayu."



    Apa alasannya yang awak kata csl antiIslam? walaupun ada orang2 PAS yang sudah tabalkan lge sebagai seperti khalifah abd aziz, kalau dilihat tindakan2 lge dipulau pinang banyak menindas orang2 Melayu dan Islam.
    Sedangkan csl dan MCA lebih sederhana dan mementingkan keharmonian antara kaum dan ugama jika dibandingkan dengan sikap rasis kecinaan lge dan bapanya kit siang.
    Berkenaan csl bercakap bahasa Inggeris, awak tak tahukah bahawa penganjur debat itu dah tetapkan bahawa debat tersebut adalah dalam bahasa Inggeris, setelah debat pertama diadakan dalam bahasa cina. Jadi csl hanya ikut apa yang ditetapkan oleh penganjur.

  • TAMRIN says:
    July 10, 2012 at 5:14:00 PM GMT+8

    Sememangnya apabila kecaman atau kritikan dilemparkan kepada LGE akan keluarlah hujjah pembelaan daripada Pengiktiraf LGE setaraf dengan Khalifah Umar r.a...mengapa tiada satu ayat pun mereka menyentuh kepimpinan DAP yang didominasi oleh SATU KAUM..dan kaedah kompromi PAKATAN RAKYAT pun begitu juga ?

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 5:40:00 PM GMT+8

    Betul tu, cuba bukak blog Kim guan eng. Dalam closing speech text dia pertikaikan penggunaan "Allah".

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 8:22:00 PM GMT+8

    Anonymous says:
    July 10, 2012 3:37:00 PM GMT+08:00
    "aku rasa analisa kau hampeh, kalau tengok rakaman aku rasa both are at equall, tapi csl nampak sgt anti islam, guang eng ada juga cakap melayu. csl langsung tak respek kat bahasa melayu".

    pendapat aku, ko ni yang hampeh..ko tak paham ke yg debat ni tetapkan menggunakan english. jadi, jgn do ngata org hampeh..otak ko yg hampeh.. Ni mesti buta tuli tak tentu pasal. Ko elok jd bolaci fuckatan atau DAPig atu Parti Ajaran Sesat tu..samalah ngan sisesat yg mengamuk kat JPM tu. Otak letak kat bontot..! Selama ini ko iduppun dari hasil pemerintahan BN. Aku bkan nak sokong BN, jika yg benar ia tetap benar dan jika salah ia tetap salah. Bangkang tak tau hujung pangkal.. bahalol namanya. Ko reti..?!!

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 8:41:00 PM GMT+8

    debat kote-aku-lebeh-besaq-dari- hang- punya... typical kote kontol, narcist syndrome. Progress yg bagus.....ilek .Dua2 patut di jadikan dayus dik bini masing2- makan luar senyap2 lagi best......kkkkkkkkkk

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 8:44:00 PM GMT+8

    Anon 3:37 pm ...

    Jangan buat komen bodoh sebab nanti orang fikir kamu bodoh.

    CSL memberi hujjah dengan tersusun dan dengan fakta. Dan semua orang tahu CSL mampu berbahasa Melayu dengan baik. Anak Johorlah katakan.

    LGE hanya pandai beretorik ...

    Dalam debat ini CSL berjaya TIBAI LGE. Dan LGE berjaya menyerlahkan kedunguan beliau sebagai KM PP.

  • Anonymous says:
    July 10, 2012 at 10:27:00 PM GMT+8

    anon 3.37

    Debat itu di anjurkan dalam bahasa inggeris.

    Jadi tidak sangkut paut samada CSL tak respek bahasa melayu.

    Jika diadakan debat antara kedua mereka dalam bahasa melayu pasti CSL lagi lebih menyerlah.

    Apasal luu...bodoh sangat haa...

  • Anonymous says:
    July 11, 2012 at 6:33:00 AM GMT+8

    DAP jelas rasist dan bersikap perkauman dgn dominasi anak beranak Kit Siang dan Karpal Singh. Bukalah mata wahai org2 Melayu dan Islam. Lihat dgn mata hati buka membuta tuli sbb kamu penyokong PR. Sayangi agama dan bangsa. DAP jelas parti Komunis dan bersikap diktator. Perlantikan beberapa org Melayu sbg pemimpin hanya bg mengaburi mata tp kalau bertentangan dgn pendapat mereka akan terus dibuang tanpa budi bicara spt bekas Naib yg dipecat dan dibuang drp senator sbb membantah perhimpunan haram BERSIH

  • Anonymous says:
    July 11, 2012 at 11:37:00 AM GMT+8

    Mula2 debat dalam bahasa Cina. Kali kedua dalam bahasa Inggeris. Apa kata kita cabar LGE debat kali ketiga dalam Bahasa Melayu.

    Gerenti tercirit nak mencari perkataan untuk menyusun ayat. Nama je rakyat Malaysia, cakap Bahasa Melayu bersepah.

    Nak memimpin negara konon. Orang tanya lain dia jawab lain. Lepas tu asyik2 nak salahkan UMNO.

  • Unknown says:
    July 11, 2012 at 2:21:00 PM GMT+8

    Pembangkang hanya tau membangkang, xreti nak buat rujukan terlebih dulu..mcm ni la..mcm mane leh jadik KM kat penang tu...CSL walaupun ade kes, die tetap tau mana asalnye, mana tumpah darah yg selama ni ditaburkan untuk MCA sbg komponen BN yg membentuk keamanan dan kesatuan rakyat MALAYSIA.

    hempuk je pale lge ngan buku jingga die tu..

  • Pak Ard says:
    July 12, 2012 at 1:01:00 PM GMT+8

    Komen di berikut saya hantarkan ke blog lain dan ingin saya kongsi juga disini--Pak Ard

    Tersentuh dengan petikan kata-kata LGE “Don’t forget that the Chinese community pays the most taxes in Malaysia.” Kata-kata ini penuh tersirat rasa bongkak dan sombong penuturnya. Orang bukan cina perlu terima “hakikat” ini. LGE menilai kutipan cukai melalui pecahan kaum dan dia tidak mengamalkan pekauman kerana sanggup dipenjara demi maruah keluarga Melayu.

    Mana maruah bangsa Melayu apabila seorang Cina mengungkitkan pengorbanannya mempertahankan maruah satu keluarga Melayu. Dayus atau tidak peka… atau mari kita takbir ramai-ramai buat khalifah ini.

    Pak Ard tak ingin menyentuh soal maruah keluarga Melayu yang dipertahankan LGE, cuma nak tegaskan tentang cukai yang disumbangkan komuniti Cina seperti dibanggakan LGE.

    Benarlah orang Cina penyumbang cukai terbanyak, jadi orang bukan cina perlu menyahut cabaran ini dan berusaha agar bangsa mereka juga bersaing untuk menyumbang lebih banyak lagi.

    Cukai dikutip dari pendapatan bergaji, hasil jualan dan transaksi perdagangan. Untuk memastikan orang bukan Cina dapat menyumbang cukai dengan lebih banyak maka mereka perlu memastikan urusan jual-beli dilakukan diantara sesama mereka. Pastikan setiap sen yang bertukar tangan mengambil kira faktor ini. Apakah kita mahu terus-terusan diejek penerima habuan dari cukai yang disumbang oleh orang lain?

    Kebanyakan orang bukan cina adalah pekerja bergaji dan penjawat awam. Mereka adalah pengguna atau pembeli. Atas rasa saling bekerjasama dan sokong menyokong tak timbul soal siapa beri cukai lebih. Tetapi sekarang keadaan telah berubah, perkara ini diungkit. Jadi wajarlah orang bukan cina memastikan mereka berbelanja dan berurusniaga dengan kaum mereka supaya akhirnya dapat menyumbang cukai yang lebih.

    Orang cina sudah pasti boleh mengekalkan prestasi mereka walaupun tanpa urusniaga dari orang bukan cina. Ini yang Pak Ard baca dari ungkapan LGE itu. Suasana ini yang diminta oleh LGE dan mereka yang sealiran dengan beliau. Bagi Pak Ard mudah saja… kita selalunya diberi apa yang kita hajatkan, lalu kita tunaikanlah hajat orang jika itu yang diinginkan. Malanglah kalau kita tak mahu sedar….

    Sekadar catatan akhir, cukai jualan dikutip dari pengguna oleh penjual dan dibayar kepada pihak berkuasa. Jadi sebuah syarikat yang membayar cukai jualan cuma wakil bagi pihak pengguna tadi yang merupakan pembayar sebenar…..

fda

Link2Me WeLinkBk (280)