Wednesday, July 4, 2012

Adakah UMNO tak akui perjuangan dan sumbangan Perkasa?


Membaca gerakan DAP dan satelit mereka di kalangan kaum Tionghua (tidak menolak kelompok tertentu dalam BN seperti MCA melalui Chua Soi Lek sendiri dan Wee Ka Siong serta parti Gerakan), nampak niat mereka mahu Perkasa dilumpuhkan.

Pada suatu ketika ada puak-puak dalam UMNO seperti Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan menghentam Perkasa kerana seolah-olah kelantangan menuntut dan menuarakan kepentingan Melayud an Bumiputera kacau daun urusan politik UMNO untuk menyahut kaum bukan Bumiputera terutama Cina.

Ada kata itu hanya lakunan untuk menjaga hati rakan dalam BN tetapi ada kata ianya timbul dari irihati kerana Ketua Pemuda tidak dapat bergerak dan lantang seperti Pemuda dahulu. Kenapa? Itu tidak dapat diketahui ... tetapi bukankah ketika pentadbiran Tun Abdullah saudara Khairy turut sama mengangkat keris dan masih hingga hari ini belum meminta maaf?

Ini mengingatkan kami satu laporan Utusan baru-baru ini yang bernada pelik. Tajuknya "Perkasa bukan musuh kepada BN, UMNO" seolah-olah ada ketegangan antara Perkasa dan UMNO. Mengapakah laporan itu perlu keluar? Adakah sudah kendur hubungan UMNO dan Perkasa?

Apa salah UMNO akui atau hargai Perkasa yang mempertahankan Perlembagaan, hak dan kepentingan Pribumi dan Melayu, keselamatan dan kedaulatan negara dll. ketika UMNO lumpuh mulut dan gerak tenaga?


Kononnya dari kalangan kepimpinan tertinggi Perkasa, Perdana Menteri pun menjauhkan diri dari Perkasa dan kurang beri sokongan dan bantuan pada Perkasa.

Masaalah dana dan wang bagi Perkasa tiada masaalah besar kerana Perkasa duduk atas dasar perjuangan. Ada yang sumbang wang bergeraklah Perkasa. Tiada wang bergerak juga Perkasa tetapi kurang bergaya.

Kalau jumlah dana yang sama diperuntukan kepada UMNO dan Perkasa, pastinya kegiatan Perkasa jauh lebih banyak berlipat ganda dan lebih efektif dari kegiatan UMNO. Itu diperakui ramai aktivis termasuk orang UMNO sendiri.

Namun begitu, Perkasa bukan saingan politik UMNO atau BN tetapi menyokong kerajaan dan juga menegur kerajaan cara berhemah. Walaupun ada pihak mengatakan Perkasa ini pro UMNO atau BN, ada antara ahli perkasa adalah ahli parti bukan UMNO dan juga parti pembangkang yang sedia mengetepikan politik demi kepentingan bangsa melalui suara NGO.

Perjuangan untuk bangsa perlu diteruskan dan pelbagai kemungkinan perlu diambilkira. Perjuangan bangsa dan pribumi kini hanya keluar dari mulut Perkasa saja. Nampaknya mungkin tanggungjawab Perkasa menjadi lebih berat jika satu hari UMNO tidak diterima rakyat kelak. Perjuangan harus diteruskan dan demi bangsa apa saja perlu dilakukan.

Lapran berita Utusan yang disebut berikut:
Perkasa Bukan Musuh BN, Umno

Oleh Nizam Yatim :-

Pada masa sekarang, usia Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah mencecah lebih tiga tahun. Pada usia semuda berkenaan, mungkin banyak pihak menganggap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak penting dan tidak memberikan sumbangan besar kepada negara.

Tanggapan itu, sebenarnya adalah tidak benar kerana evolusi perjuangan Perkasa agak berlainan.

Mengungkap kembali kata-kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, iaitu apabila NGO itu lahir, ia tidak pernah pun belajar untuk berjalan, sebaliknya terus berlari.

Perkasa terpaksa berlari, kerana
...
baca seterusnya di Perak Today sini
P/S Kami ingin nyatakan berbanyak terima kasih kepada Perkasa kerana mereka banyak membantu dan menyokong usaha The Unspinners. Kami akan sentiasa sedia menyokong usaha Perkasa selagi perjuangan dan agenda yang ada dikekalkan, Insya Allah.

2 comments:

  • Anonymous says:
    July 5, 2012 at 10:41:00 AM GMT+8

    Perkasa sentiasa mempertahankan Islam serta hak dan kedaulatan bangsa Melayu.

    Perkasa sentiasa menentang tindakan dan fitnah Pakatan Rakyat.

    Perkasa sentiasa mengingatkan UMNO atau PAS supaya memelihara Islam serta menjaga hak dan kedaulatan bangsa Melayu. Kalau tidak, memang sah nak kena belasah.

    PKR????? . . . Parti Yahudi.

  • Anonymous says:
    July 5, 2012 at 11:20:00 AM GMT+8

    PERKASA kena wujud dan kena kuat untuk cek and balance ! PAS PKR langsung tak boleh harap. UMNO pulak, hmmm slow sangat la bro, terlampau nak jaga hati ...

fda

Link2Me WeLinkBk (275)