Tuesday, June 5, 2012

Syabas Selangor Ku! Bekalan air akan dicatu!!!


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.

Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.

Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.

Baca seterusnya di Wak Jengkol sini

3 comments:

  • Anonymous says:
    June 5, 2012 at 8:14:00 PM GMT+8

    Inilah dia fikiran sesetengah masyarakat Malaysia..."bagilah pembangkang berkuasa sekali, asyik2 BN""" apa jadi jahanam selangor negeri kaya...kedah tak tau lagi apa nak dia gadai utk bayar gaji...kelantan, nak buat hiway kena derma,...Ginilah kalau tak tau memerintah, berhentilah...bagi parti yg idea ekonomi memerintah..(aku dah lama boikot gerai yomyam kelantan) kita bagi derang kaya anta balik negeri.. Yg penang pulak..mcm Melayu langsung dah berkubur...
    Kesimpulan aku, "jangan cuba2 nak bagi org perintah, akibatnya noleh tergadai negara.

  • Anonymous says:
    June 5, 2012 at 10:03:00 PM GMT+8

    betul tu! pembangkang ni bukannya reti memerintah pun. merompak hasil bumi untuk kepentingan diri je. lihatlah ladang rakyat di kelantan, apa jadi? lepas balak dijual, ladang tumbuh hutan. bukan nak buat ladang pun. ni nak buat lebuhraya baru, kws balak juga tu! selangor pulak dah berlubang sanasini akibat korek pasir. pasir dari pahang juga diangkut ke selangor. kalu bagi pembangkang memerintah, alamat hancurlah negara ini ditelan oleh imf ( member anwar ibrahim ).

  • Anonymous says:
    June 6, 2012 at 12:41:00 AM GMT+8

    kat ampang ni , air keluar menitik-nitik jee . Inilah contoh kerajaan rakyat pakatan memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan politik sendiri .

    Tu belum cerita pasal projek lebuhraya SUKE yang kerajaan selangor cuba-cuba nak rampas duit pampasan yang diberi oleh kerajaan pusat yang bernilai berpuluh hingga beratus juta ... bila tak dapat dia guna tekanan tak bagi lesen atau tamatkan lesen . Ini memang cara haramjadah memerintah TAPI baguslah sebab yang menyokong sebelum ni boleh lihat perangat kerajaan DAP selangor yang memang haramjadah !

fda

Link2Me WeLinkBk (275)