Monday, June 11, 2012

Sidek SBPA idea tepu, Cerita merapu ... Cukup-cukuplah tu


Nampaknya ramai kalangan blogger yang mula menceritakan bagaimana TS KSN berusaha dengan bersungguh untuk memanjangkan lagi hayat jawatannya.

Mungkin, kalau pada mata kasar rakyat terbanyak, TS KSN memang OK dan boleh dikatakan sudah melaksanakan tugas dengan baik. Tapi kalau diteliti secara menyeluruh, sejujurnyalah, memang tahap TEPU sudah melanda kepimpinan KSN dalam kerajaan.

Dalam mesyuarat-mesyuarat strategik kerajaan, TS KSN memang selalu off-tangent dan mula menceritakan mengenai isteri, anak dan benda-benda lain yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Pemikiran TS sudah tidak fokus. Terlalu blue ocean mungkin.

Sejujurnya, cukup-cukuplah memanjangkan hayat seorang yang tidak lagi fokus dan ikhlas dalam membantu kerajaan. TS hanyalah memuaskan hati beberapa pihak dan tidak melihat keperluan membantu BN dalam memenangi pilihanraya yang akan datang.

Itu belum lagi aduan kalangan pimpinan kanan kerajaan, bahawa kebanyakan idea hanyalah diberikan ‘orang luar’ yang tidak faham dengan pengurusan kerajaan. Idea KSN sudah terlalu ‘ideal’ dan tidak praktikal.

Rasanya, sudah tiba masa KSN untuk berundur dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih ikhlas dan bersungguh.

Baca sepenuhnya di Gelagat Anwar sini

6 comments:

  • Anonymous says:
    June 11, 2012 at 9:31:00 AM GMT+08:00

    Bila kontrak dah tamat dan tak disambung dia akan isi borang masuk pas..buka cerita yg kerajaan bn semua tak betul.masa dl
    m kerajaan banyak tindakanya menyusahkan kerajaan..tak percaya?...tunggu dan lihat....

  • Anonymous says:
    June 11, 2012 at 11:39:00 AM GMT+08:00

    Berani ker nak join pembangkang....beli rumah pun kat Putrajaya and dapat jadi chairman...udah udah ler tu

  • Sou Yuen says:
    June 11, 2012 at 1:52:00 PM GMT+08:00

    Elok la pakcik Sidek pg meriahkan suasana bilik presiden UIAM tu.Masa aku student dulu,memanjang gelap jer bilik tu,buat bela sawang labah2 je. Tak pon bagi pak cik Sanusi ke,die nak lagi kot hihi

  • Anonymous says:
    June 12, 2012 at 4:29:00 AM GMT+08:00

    Apa la korang ni... Aku yg duk separuh dunia sebelah sini pun boleh baca. Tekanan kepada PM untuk sambung KSN tu hanya umpan. Nun di tingkat 80++ Twin Tower nun yg dia nak. Tak caya..? Bagi pengerusi GLC lain tak main la bro..! Kerusi kecik, tak padan dengan Ex-KSN..!

  • Sou Yuen says:
    June 12, 2012 at 8:25:00 AM GMT+08:00

    Demi survival diri sendiri,sanggup buat ape saje LOL :D,tp tak heran sgt lah,selalu tgok puak mcm ni dlm gov or opposition,bak kata pepatah Melayu lama,ibarat enau dalam belukar,melepaskn pucuk masing.Pastu jadi terhibur lak bila tgok masing2 bertelagah,macam kuali mengatakan belanga hitam.

  • Anonymous says:
    June 12, 2012 at 4:20:00 PM GMT+08:00

    Setuju TS KSN Wajib di ganti dengan Orang lain.... Beliau dah banyak mendatangkan masalah terutama penduduk Putrajaya dan Penjawat Awam keseluruhannya...
    p/s: Jangan pula diserap di Perbadanan Putrajaya selepas keluar dari jadi KSN.. DS Najib... Rakyat Didahulukan,Pencapaian diutamakan.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)