Tuesday, June 12, 2012

"Reject" Lembah Pantai akan ke Nibong Tebal


Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yang di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.

Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ.

Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar.

Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.

Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi. Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.

Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.

Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.

Isuhot.com

4 comments:

  • Anonymous says:
    June 12, 2012 at 10:57:00 PM GMT+8

    saya tingal di lembah pantai . di bangsar south.
    okay what... all is well.
    tak perlu tukar MP lah, i think.

  • Anonymous says:
    June 13, 2012 at 5:23:00 PM GMT+8

    dah semua pun nong chik yang usahakan, baik lah letak nong chik jer jadi MP...nurul izzah takkan nak amik kredit kerja org lain..kan tak amanah namanyer tu!

  • Unknown says:
    June 14, 2012 at 10:09:00 AM GMT+8

    Anon yg tinggal kat lembah pantai...
    hang pikir balik selama ni sapa yg bagi suma tu? pastu masuk plak parasit PKR bodo ni..anak die tumpang lalu je, pastu ckp buat keje..

    klw tmpt hang ok, hang kne pikir tmpat lain..tutup mulut izzah tu ngan sampah..

  • Anonymous says:
    June 15, 2012 at 9:04:00 AM GMT+8

    trafik light menghala ke pejabat khidmat Nurul pun kengkadang 1 minggu rosak baru ok. Keadaan jln ke situh lagi la pulak. Cukup la satu penggal. Memang patut penggal ajer.

fda

Link2Me WeLinkBk (280)