
Pelbagai spekulasi dibuat kenapa Rafizi Ramli meletakkan dari jawatan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor pada Jun 21hb minggu lepas, tetapi tiada yang menyedari bahawa isunya melibatkan Terengganu.
Rafizi yang merupakan Ketua Strategik PKR sebenarnya mahukan jawatan Pengerusi PKR Terengganu yang kini dipegang oleh ahli Parlimen Indera Mahkota Pahang, Azan Ismail.
Kisah yang menyebabkan Rafizi undur diri dari jawatan bergaji di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bermula sebaik rancangan anak Kemaman ini mahu mengadakan ceramah di kampung halamannya di Kemaman dan membawa boss “yang dicintainya”, Dato Seri Anwar Ibrahim berceramah di situ.
Anwar tidak turun juga dan akhirnya rancangan ceramah Rafizi pun batal juga. Ini amat memalukan buat anak Kemaman yang mahu tunjukkan keupayaannya kepada orang-orang kampungnya di Kemaman.
Ini telah menaikkan kemarahan anak muda yang ramai dalam PKR anggap sudah besar kepala, lagi setelah namanya di umumkan sebagai calun untuk kawasan Parlimen Pandan.
Sehari sebelum dia meletakkan jawatan, Rafizi telah bergaduh dengan Anwar hingga terlepas kata-kata, “Apa ni Dato Seri? Benda macam ini pun tidak boleh selesai. Macam mana nak jadi PM. Jangan sampai saya keluar parti.”
Demo Menyambut AzminPada hari Isnin ekoran perletakkan jawatan Rafizi pada Rabu Jun 21hb, 2012, kumpulan cabang-cabang yang menyokong Rafizi telah mengadakan mesyuarat di pejabat PKR Setiu.
Ia dihadiri oleh ketua-ketua cabang Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman dan juga Setia sebagai tuan rumah.
Satu keputusan telah dibuat untuk menuntut Azan Ismail dan ketua Cabang Dungun. Abdul Rahman Yusof meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Terengganu dan Pengarah Pilihanraya Terengganu.
Disamping itu, satu demonstrasi aman dirancang pagi ini di hadapan Pejabat PKR Terengganu ketika kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk melancarkan SISMEP dan mengagih bahan kempen PRU.
Mengikut rancangan, setiap cabang akan menghantar seramai 30 orang dan hebahan kehadiran demo telah dibuat melalui SMS.
Selain menuntut Azan Ismail digantikan Rafizi sebagai Pengerusi PKR Negeri, mereka turut menuntut Abd. Rahman Yusof dihentikan dari mencampuri urusan PKR negeri.
Rupanya kebenciaan terhadap Abd Rahman yang telah dieksploitasi oleh Rafizi dan sebaik saja Anwar tidak membolayan permintaan Rafizi untuk berperanan di Terengganu, maka dia sedia meletakkan jawatan dengan negeri Selangor untuk berpolitik di Terengganu.
Baca seterus di Sel13.com
sini
0 comments:
Post a Comment