Saturday, June 16, 2012

PKR masih cari helah nak bangunkan padang PKNS!!!


Kah kah kah ... ketawa kami membaca kenyataan PKNS di Selangor Ku sini sedang cuba nak 'cover line' untuk membatalkan rancangan membangunkan padang PKNS di Kelana Jaya.

Dalam kenyataan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim kepada TV Selangor, dia berkata, “PKNS menyokong keputusan Majlis untuk membenarkan jawatankuasa audit dan tadbir urus korporat bebas bagi meneliti percanggahan pada Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2).”

PKNS akan memberi kerjasama penuh kepada jawatankuasa berkenaan dan Lembaga Rayuan Selangor yang akan menjalankan pendengaran bebas berhubung isu tersebut serta sedia menerima keputusan muktamad berhubung projek pembangunan ini.

Dari kenyataan tersebut, nampaknya pihak kerajaan negeri masih berdegil dan mahu cari alasan untuk bangunkan juga padang PKNS.

Pada rakyat biasa, percanggahan antara kedua-dua rancangan tempatan yang dikemukakan MBPJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) bukan isu besar dan serius. Tiada beza antara kuasa PKNS, MBPJ dan JPBD kerana mereka semua berada di bawah kerajaan Pakatan rakyat Selangor.

Jika kerajaan negeri serius, suatu mesyuarat boleh diadakan antara ketiga-tiga pihak dengan dipengerusikan Menteri Besar dan hasrat kerajaan negeri untuk mendengar rintihan dan kehendak rakyat untuk mengekalkan padang boleh dinyatakan.

Ketiga-tiga pihak boleh dipinta untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Sebarang masaalah boleh dipinta untuk diselesaikan segera. Dari pihak pentadbiran kerajaan negeri, sebarang keputusan yang diperlukan pun boleh sedia di beri.

Kenapa ini tidak berlaku dan masih lagi ada usaha nak menangguh masa?

Satu saja kesimpulan yang boleh dibuat untuk kerajaan negeri memanjangkan perbezaan pelan yang merupakan perkara biasa disebabkan mungkin kriteria dan pengkhususan berbeza antara lain-lain entiti kerajaan.

Kerajaan PKR masih berhasrat untuk membangunkan dan mencari keuntungan dari projek ini. Mungkin sekali mereka yakin dapat menangi pilihanraya dan kekal kuasa di Selangor.

Pastinya padang ini masih berharga untuk kroni dan parti mengaup keuntungan dan aliran tunai. Kalau tidak, kenapa masih berdalih nak batalkan pembangunan padang PKNS????

3 comments:

  • Anonymous says:
    June 16, 2012 at 6:59:00 PM GMT+8

    isunya pihak berkuasa mana yg cuba mau meneruskan pembangunan padang awam
    pkns tersebut? membelakangkan 'gazet bercanggah' serta bantahan awam!......wayang kulit nampak jelas dipersembahkan!

  • Anonymous says:
    June 17, 2012 at 12:24:00 PM GMT+8

    PKR nak cari juga dana utk PRU13.
    Pasir dah habis dikorek.
    Aset Unisel pun dah dijual.
    Apa lagi yg boleh dijual?
    Pakatan Rakyat akan pasti tumbang di PRU13.
    Rakyat Selangor dah jelek akan perbuatan Pakatan Rakyat.

  • Anonymous says:
    June 21, 2012 at 1:55:00 AM GMT+8

    Menyesal aku dulu bagi peluang kepada PR utk menerajui Selangor.Rupa2nya mereke ni lagi kuat menyeleweng.PRU13 kita kasi balik kat BN kerana si toyol dah tak ada lagi.he he

fda

Link2Me WeLinkBk (275)