Saturday, June 30, 2012

Pengurus Besar Air Kelantan panas buntut, Curiga Pengurus sendiri


Pengurus Besar AKSB - - Mohamad Hanapi Mahmud

... ahli lembaga pengarah dan pengurus besar Air Kelantan Sdn Bhd lebih banyak menghabiskan masa dan wang untuk mengadakan lawatan ke luar negara kononnya untuk mempelajari cara pengurusan air.

Masalah air belum selesai sehingga kini, tapi wang dihabiskan pula melancong, membeli dan menukar meter-meter baru. Semuanya untuk menolong syarikat kroni yang menjadi pembekal meter.

April lepas SPRM telah melakukan serbuan terhadap AKSB bagi menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam syarikat tersebut.

Rentetan serbuan dan siasatan SPRM telah membuatkan pengurus besar AKSB, Mohamad Hanapi Mahmud dan kuncu-kuncunya termasuklah Exco Kerajaan Pas negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman mula merasa resah gelisah dan terasa bahang. Mereka mula menuduh orang dalaman AKSB yang menjadi hantu SPRM.

Pada 21.Jun.2012 lebih kurang jam 9.30 malam pejabat salah seorang pegurus Air Kelantan, En Yusoff Bin Yaacob telah dipecah masuk oleh empat orang lelaki. En Yusoff telah dimaklumkan oleh oleh pengawal keselamatan tentang pejabatnya yang terletak di Tingkat 3 Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu telah diceroboh empat lelaki.

Susulan pemakluman tersebut En Yusoff telah bergegas ke pejabatnya, dan setibanya di pejabat beliau mendapati empat orang lelaki sedang menggeledah biliknya dan kertas-kertas bertaburan diatas lantai. Salah seorang daripada empat lelaki tersebut sedang menelaah komputernya dan mencetak bahan-bahan dari dalam komputernya.

En Yusoff telah mengubungi pihak keselamatan syarikat dan juga polis. Pihak polis telah menangkap empat lelaki tersebut dan kesemua suspek telah dibawa ke IPD Kota Bharu untuk tujuan siasatan.

Agak mengejutkan kerana tiba-tiba Pengurus Besar AKSB , Mohamad Hanapi Mahmud yang mungkin telah dihubungi oleh empat suspek tersebut, telah datang ke balai polis dan membuat laporan polis bahawa beliau yang mengarahkan empat lelaki tersebut menceroboh bilik En Yusoff ....

Baca seterusnya kisah di Sel13.com

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (254)