Monday, June 11, 2012

PAS dan Dewan Penyokong Bukan Islam rekah


Pada akhir bukan Mac, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellauthem telah menyatakan hasrat keluar dari PAS sebagai membantah keengganan PAS menandingkan seorang calun dari Dewan Penyokong

Pada Isnin lepas, beliau telah mengumukan akan bertanding sebagai bebas di DUN N.38 Bayan Baru. Dari hasrat asal untuk mengesahkan keluar dari PAS, beliau telah bertukar fikiran

Dalam sidang akhbar tersebut, Dr Ooi menyatakan beliau bertanding kerana menyebut cabaran PAS semasa Perhimpunan Hijau di Kedah dimana PAS mendakwa Dr. Ooi tidak mempunyai penyokong dan tidak akan dapat sokongan rakyat sekiranya bertanding sbg calon bebas.

Selain itu, Dr Ooi mencabar pucuk kepimpinan PAS untuk memecatnya secara rasmi. Katanya, beliau tidak mempeduli untuk menulis surat perletakan jawatan kepada PAS sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan sahaja.

Kawasan Bayan Baru terdiri dari lebih kurang 80,000 pengundi berdaftar yang mana 50% adalah CIna, Melayu 40% dan India 10%. Ahli wakil rakyat Bayan Baru sekarang adalah Zahrain Mohd Hashim dan kerusi-kerusi DUN adalah Pantai Jerejak, Batu Uban, and Batu Maung yang kesemuanya di pegang oleh PKR.

Dr Ooi mengkritik kepimpinan DAP Pulau Pinang yang gagal membela nasib rakyat khususnya orang-orang Melayu. Kerusi ini sesuai untuk seorang calun Melayu DAP dan diperccayai akan ditandingi oleh Zairil Khir Johari.

Dengan Dr Ooi menyatakan sasaran beliau adalah sokongan dari ahli/penyokong PAS yang tidak berpuashati terhadap pucuk pimpinan, beliau mengharap untuk mendapatkan sedikit dari kaum Cina dan sedikit dari kaum Melayu.

Beliau boleh juga membantu menjadi spoiler untuk menahan peluang Zaharain untuk mempertahankan kerusi. Semua terpulang kepada PAS kerana Dr Ooi belum dipecat sebagai ahli bersekutu PAS.

0 comments:

fda

Link2Me WeLinkBk (275)