Thursday, June 21, 2012

'Najib Transformasi' ada fakta dan isi; 'Anwar Reform' retorik kedai kopi


UMNO sudah berada dalam landasan transform. Menukar gaya dan pendekatan dalam ertikata yang menarik dan memudahkan rakyat.

Anwar hingga ke saat ini masih bernostalgia mengenai ide reform. Manakala Najib pula tanpa banyak cakap terus melakukan ide transformasi.

Anwar dan reformasi tidak boleh dipisahkan. Reformasi Anwar bermula selepas dia dipecat. Anwar mengaplikasi perkataan reform dengan berharap agar rakyat menentang kerajaan yang pada saat itu dianggapnya sebagai zalim.

Pada saat itu rakyat terpinga dengan keagresifan Anwar melaung agenda reform. Reform bila dimelayukan bermakna reformasi. Sayang perkataan baik seperti reform, perubahan ini telah dipuakakan maksudnya oleh Anwar.

Bagi Anwar, reform itu perlu ditunjukkan dalam perhimpunan ganas penyokong dalam menjatuhkan kerajaan.

Reform apa yang Anwar mahu lakukan? Reform dalam ertikata demokrasi?

Sebenarnya reform, Reformasi 1998 yang dianggap Anwar sebagai paksi tulen pengkayaan demokrasi itu sebenarnya adalah manifestasi meliwat erti demokrasi.

Reform Anwar adalah mengajak rakyat untuk meranap dan menghancurkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi di zaman pimpinan Dr Mahathir.

Ketidakupayaan reform yang dilakukan oleh Anwar terbukti sejak awal lagi. Kerana tahu ketidakupayaan perjuangan reform yang dilaungkan, Anwar mengajak puluhan NGO dan wakil asing untuk diheret lalu dimasuk campurkan dalam krisis politik negara.

Siapa pun tidak akan lupa bagaimana Al Gore cuba masuk campur dalam urusan dan permaslahan kendiri Anwar Ibrahim? Siapa pun takkan lupa bagaimana Anwar melalui Wan Azizah mengajak Madeline Albright (antara arkitek pembunuhan rakyat Iraq) masuk campur urusan politik dalaman Malaysia ?

Inilah sikap reform gaya Anwar. Masalah dia, masalah moral dia tak mampu diselesaikan secara jantan lantas menjemput orang lain untuk masuk campur urusan politik negara. Reform Anwar adalah ke arah menjahanamkan negara.

Hari ini laungan reform dan reformasi dipelbagaikan dalam pelbagai terma bagi meremajakan perjuangan songsang. Politik baru adalah makna yang sama dilaungkan sepertimana tahun 1998.

Politik baru atau reform Anwar hari ini lebih tampak menjahanamkan. Kalimah ALLAH dibenar untuk digunapakai adalah manifestasi perjuangan sang gila bernama anwar reform. Murtad Lina Joy dibenar oleh agenda politik Anwar reform.

Reformasi Anwar yang membenarkan kelakuan seks luar tabiee berlaku atas nama hak asasi adalah siri celaka perjuangan Anwar Reform. Reformasi Anwar adalah menjahanamkan institusi Islam, Melayu, Raja dan Negara.

UMNO pula tidak gelojoh dalam bercakap mengenai reform. UMNO tak pandang ide reform.

Reform adalah retorik politik kedai kopi. Reform bagi UMNO adalah aksi cakap tak serupa bikin.

Anak muda wajib faham. UMNO tak reform, dia Transform.

Transformasi politik dalam kepelbagaian cabang kenegaraan yang dilakukan oleh UMNO adalah berada dalam kadar luar jangka. Transformasi UMNO adalah extraordinary. UMNOo berjaya transform dalam skala pendek dan ia cukup pantas.

UMNO menerima kekalahan pilihanraya 2008 dengan hati penuh terbuka. Saat itu UMNO mengorak langkah dalam skala drastik yang cukup baik dan teratur. Perancangan disusuli dengan perlaksanaan.

Senang cerita cakap perlu serupa pada bikinnya. Itulah kehebatan transformasi UMNO.

UMNO tak perlu menggelitik bercakap retorik mengenai ide UMNO perlu reform. UMNO dah lama reform. Anwar tak pernah Transform.
Ide Anwar Reform adalah mejahanamkan islam.
Ide Anwar Reform adalah menjahanamkan bangsa.
Ide Anwar Reform adalah mengundang amalan arab jahiliyah.
Ide Anwar Reform adalah menitik tumbuhkan rasa benci kepada paksi raja.

Kenapa perlu anda yang baru tumbuh dan mengenal politik perlu terikut dengan ide songsang Anwar reform ?

Hari ini UMNO semakin bangkit. UMNO telah bangkit. UMNO telah transform kerana transform UMNO yang sebeginilah yang bisa menakutkan para cicak mengkarung politik.

Aku mengajak seluruh anak muda, rakyat malaysia untuk berfikir dengan lebih rasional dalam menilai fakta dalam isu politik. Anwar reform itu menjahanamkan. Najib transform itu adalah menguntungkan. Manakala PAS pula...terus menerus deform !

Gerakan Anti PKR

2 comments:

  • hafeez says:
    June 21, 2012 at 11:27:00 AM GMT+8

    term reform itu sendiri seperti difahami oleh saya yang masih lagi jahil, adalah gabungan perkataan re+form..yang mana saya faham sebagai membentuk semula...form itu boleh difahami sebagai suatu bentuk yang sudah sempurna...solid..klu reform, macam kita repair benda tu balik..yang mana outcome dia mungkin leh jadi baik atau makin teruk...bentuknya mungkin terjejas dan x stabil...atau mungkin indah luaran tetapi x penuhi satisfaction nurani....while, transform pula leh understood as penukaran secara total...mungkin kita leh faham, kita tukar benda lama dengan bnda baru...bnda yang buruk mungkin ditukar dengan yang lebih efficient....

    mana lebih baik????transform atau reform tu terletak pada pandangan individu tu sendiri...

    reform dan transform masing ada akibat masing2....sekadar meluahkan pandangan...

  • Anonymous says:
    June 21, 2012 at 12:01:00 PM GMT+8

    Salam
    Bapa transformasi...... Bapa demon/strasi...... dua gelaran ni nak bagi sapa?

    Pemerhati

fda

Link2Me WeLinkBk (280)