Sunday, June 24, 2012

Mubaligh Khalid Samad kelihatan di Seksyen 23 Shah Alam



Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.20 pagi, penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam digemparkan dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan dakyah dari rumah ke rumah. Jumlah mubaligh-mubaligh berkenaan sekitar 14 orang. Mubaligh-mubaligh Kristian berkenaan terdiri daripada warga Barat, Filipina dan Jepun. Terdapat seorang mubaligh yang kelihatan membawa seorang bayi kecil untuk meraih simpati agar penduduk di taman berkenaan membuka pintu.

Kedatangan mubaligh-mubaligh berkenaan didalangi oleh kaum India dan Cina yang bukan dari penduduk-penduduk Seksyen 23. Penyokong-penyokong PAS yang lantang kononnya mempertahankan Islam kelihatan berdiam diri. Mubaligh-mubaligh berkenaan hanya bergerak keluar dari taman berkenaan selepas penduduk-penduduk tempatan melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara terbuka.

Tidak pernah terjadi mubaligh-mubaligh Kristian dari luar negara secara terbuka menyebarkan dakyah mereka di Parlimen Shah Alam, kawasan YB Khalid Samad. Adakah mubaligh-mubaligh berkenaan mendapat lampu hijau dari pemerintahan Pakatan Haram yang sedia ada? Apakah kenyataan-kenyataan Datuk Dr Hassan Ali bahawa terdapat agenda memurtadkan Masyarakat Islam di Selangor bukanya satu cerita dongeng?

Cucu Tok Selampit


P/S Khalid pasti kata Hassan Ali berbohong kerana mereka mubaligh Khalid Samad menyebarkan Islam kikiki ...

1 comments:

  • Anonymous says:
    June 24, 2012 at 11:21:00 PM GMT+08:00

    Pasti PAZ kata ini mubaligh UMNO, saje hantar ke Sek 23

fda

Link2Me WeLinkBk (275)