Thursday, June 14, 2012

Kritikan pakar air Khalid meragukan, tidak profesyenal

Pakar air menjawab macam ahli politik dan guna hujah politik.

Menurut pakar yang membentang kertas kerja di Forum Air, Dr Lee Jin dari pertubuhan Coalition for Sustainable Water Management (CSWM), laporan untuk justifikasikan projek mega Langat 2 bagi memindah air mentah dari Pahang ke Selangor sebagai
tidak tepat and mengandungi kelemahan.

Baca laporan dari laman web kerajaan negeri di sini.

Menurutnya, Kajian Sumber Air Negara 2000 (NWRS2000)
tidak mencerminkan tahap penggunaan air sebenar di Selangor dan didakwa memperbesarkan tahap permintaan air dan jauh tersasar dari realiti sebenar bagi mewajarkan projek berharga RM 6 billion itu.
  • Persoalan balik: Kalau demikian, apakah data dan permintaan air sebenar dan kaedah yang mereka guna untuk dapatkan jumlah realiti mereka?
Kononnya, angka bagi permintaan air perkapita sengaja ditambah dan kaedah menganggar permintaan alam industri air dan pertumbuhan ekonomi cacat.

  • Baiklah, kalau betul air dikatakan cukup hingga 2019, kenapa Khalid merungut SYABAS tidak dapat menyediakan permintaan air untuk hampir 200 kilang-kilang yang ingin dibangunkan.
  • Kenapa pula Selangor sedia menerima air dari loji pembersihan dari Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan? Baca sini
Pada tahun 2009, CWSM menjalankan analisis laporan NWRS 2000 atas permintaan Pakatan Rakyat yang tidak percaya anggaran permintaan air yang digunakan untuk mewajarkan pemindahan air dari Pahang ke Selangor.
  • Jika di CWSM digajikan untuk atas permintaan kerajaan negeri yang tidak percaya dengan kajian kementeriaan dan mahu kajian yang menjustifikasikan ketidak perccayaan mereka, adakah kajian itu benar bebas dan objektif?
  • Adakah kajian itu tidak hanya untuk memuaskan hati kerajaan negeri untuk menjustifikasi ketidak percayaan kerajaan Pakatan Rakyat?
Kerajaan Selangor berpendirian projek loji air Sungai Langat 2 terlalu mahal dan tidak diperlukan kerana Selangor mempunyai kebolehan untuk membekalkan air dengan cukup jika industri air distruktur semula.
  • Isunya: Adakah kerajaan Selangor yang membayar?
  • Adakah loji tersebut menyebabkan pertambahan kos kepada pengguna air 100 peratus seperti yang dituduh melulu oleh Khalid?
Jawapan kepada kedua-dua persoalan adalah tidak.

  • Projek Loji Sungai Langat 2 sengaja ditolak Khalid untuk bermain politik dan merampas atau membeli paksa pada nilai terlalu murah akan aset air yang telah diswastakan.
  • Loji itu hanya untuk memastikan Selangor ada cukup bekalan dan rizab air untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.
Cadangan Khalid untuk menggunakan air lombong tidak mencukupi dan mahal. Manakala menggunakan air bawah tanah mempunyai kesan kepada alam sekitar seperti landslide dan sektor pertanian.

Menurut Khalid, penstrukturan semula lebih menjimatkan dan harga air tidak akan naik lebih dari 12 peratus.
  • Itu semua berdasarkan jika Khalid berjaya ambilbalik aset air dengan nilai terlalu rendah.
  • Kedua Khalid akan menambahkan hutang negeri untuk ambil balik aset air. Dahlah rizab negeri hanya menurun saja.
Berkenaan pakar air Dr Lee Jin dari pertubuhan Coalition for Sustainable Water Management (CSWM):
  • Siapakah dia?
  • Apakah kepakarannya?
  • Apakah tahap detail dan komprehensif kajiannya?
  • Kenapa tidak disiarkan kajiannya?

5 comments:

  • Anonymous says:
    June 14, 2012 at 12:49:00 PM GMT+8

    Macam biasa la, mereka ini telah pun dibayar untuk membaca skrip pakatan haram. Lepas tu spin kata itu semua keja Umno...

  • Anonymous says:
    June 14, 2012 at 1:50:00 PM GMT+8

    Puak2 ni kalau tak menipu memang tak boleh tidor lena.

    Janji2 pilihan raya tahun 2008 untuk memberi rakyat Selangor berbagai2 pengecualian, pemotongan, bantuan, imbuhan masih banyak yang belum tertunai.

    Dasar penipu dan cuba berniaga atas angin, akhirnya rakyat yang menderita.

    Cukuplah memerintah untuk satu penggal. Perkara asas untuk kemudahan rakyat pun dipolitikkan. Menyusahkan rakyat saja.

  • Anonymous says:
    June 14, 2012 at 1:57:00 PM GMT+8

    Rakyat harus sedar bhw air lombong tak boleh diminum krn ada racun arsenik yg telah digunakan utk merawat bijih timah. Kalau dibuat utk membasuh bolehlah itu pun bukan utk barang2 makanan.

  • Anonymous says:
    June 14, 2012 at 3:09:00 PM GMT+8

    CIA, MIA, Mossad telah ajar Pakatan Rakyat Politik Burung Nasar...depa akan tunggu SYABAS tinggal nyawa-nyawa ikan ..lepas tuh zap turun ratah.....

    Tapi Pakatan sleepers dalam Kabinet Najib ..masih dok nak buat projek mega kat Lembah Kelang....

    Sahabat BN


    Salleh Telegu

  • Anonymous says:
    June 14, 2012 at 3:33:00 PM GMT+8

    Satu cakap pasal rezab air mentah; satu lagi cakap pasal air bersih; mana nak jumpa.

    Kalau air mentah mencukupi, apakah tindakan kerajaan negeri dgn situasi ini? Ada perancangan penambahan kapasiti loji. Tak kan pakai fasiliti yg ada jer mana boleh tahan. Meletakan situasi paras hidung, tergelincir sikit habih terkapai-kapai, silap2 mati lemas.

    Khalid berundur ke belakang dalam isu air dan meletakkan rakyat dalam ketidaktentuan. Rasanya banyak yg Khalid sembunyikan dalam isu air ini.

    Apa jenis air pun boleh dirawat utk dijadikan air minuman termasuklah kumbahan. Tetapi rawatan air itu ada kos bukanya free. Rakyat diberitahu kerajaan PR tidak mahu menaikkan tarif air, tetapi bertindak bagai ingin menaikkan tarif air (termasuk menggunakan air lombong. Ingat kos rawatan air tetap akan ditanggung oleh pengguna. Jadi jika kos tinggi, tak kan tarif boleh turun/rendah. Sendiri mau ingat....

fda

Link2Me WeLinkBk (280)