PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM
5. PENYELEWENGAN AKHLAK1. DUSTA PERMAINAN PAS
PAS banyak melakukan dusta,menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada para pengikutnya.
‘PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam.PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan.Orang Islam pilih hizbus syaitan,tidak pilih hizbullah”.(Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Kuala Terengganu pada 13 November 1983.
2. MAKI HAMUN AMALAN PAS
Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO,kata-kata kesat dan maki hamun
Pernah Presiden PAS menghina keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri dengan berkata” Badawi di negara Arab menjaga unta,tapi Badawi di Malaysia menjaga babi”.
Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah dalam ucapan para pemimpin PAS.
3. FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS
PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.Antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji pada 1998.
PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jatuh kuda di Argentina dan mati.
Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.
4. ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS
Nik Aziz sanggup menghina ALLAH dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Ia dibuat semata-mata kerana hendak membela seorang ahli PAS seumur hidup yang menulis buku bernama “Shit”.
Nik Aziz juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan,sedangkan syaitan adalah seteru ALLAH dan seteru orang yang beriman.
Dia juga telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.
“Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat di beri gambaran perkembagan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera”, demikian kata bekas Presiden PAS Dato’ Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar ,Kedah.Nik Aziz pula berkata:“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam,” kata Nik Aziz di Kota Bharu ,Kelantan. Pada 27 Mei 1999.
Sambil itu Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “ membutakan mata” pengundi –pengundi hantu dalam pilihan raya nanti.
Doa itu berbunyi: "Ya ALLAH ,aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS”.
Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal






Renungkan Sabda Rasulullah yang bermaksud: 'Nanti akan datang satu zaman didalam masa terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan pada namanya sahaja dan tidak tinggal dalam Al-Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid2 mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. ULAMAK mereka adalah antara yang paling JAHAT diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ULAMAK ini akan muncul pelbagai FITNAH, dan kepada mereka kembalinya FITNAH itu'. Sadaqa Rasulullah.
Kita telah dan sedang melihat kebenaran dari Sabda Rasullullah SAW seperti yang dinyatakan diatas. Apa yang disabdakan baginga SAW sedang berlaku dizaman kita. Bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Di Malaysia ianya dipelopori oleh PAS. Wallahua'lam.
mtk
Benar apa yang saudara Anon, June 4, 10.00 AM katakan.
Renungkan pula ayat ini. Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan keluar diakhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian dihadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan perkataan mereka lebih manis dari gula. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk) Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi dikalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". Hadis riwayat Tarmizi.
Kita juga sedang dan telah melihat penyelewengan agama dan fitnah terhadap sesama umat Islam yang dilakukan PAS selama ini, Allah swt kembalikan/turunkan fitnah tersebut sedikit demi sedikit dikalangan mereka.