Menurut Gelagat Anwar sini, Azmin tidak selesa dengan timbulnya beberapa nama veteran UMNO sabah yang mula dikaitkan dengan PKR. Hasaratnya adalah untuk mengutamakan ahli PKR yang setia.
Namun, itu tidak disetujui Anwar kerana ianya cara lambat ke Putrajaya. Dia mahu mekanisme fast track maka beberapa nama orang lama UMNO sentiasa meniti di bibir Anwar untuk diberi ruang bertanding di atas tiket PKR di Sabah.
Antara nama-nama yang disebut adalah Osu Sukam, James Ghani, Karim Ghani dan sebagainya. Osu akan dikekalkan di kawasan Parlimen PAPAR kerana tiada calon yang lebih kuat boleh berdepan dengan Osu di situ.
Kalau perancangan Anwar-Wan Azizah-Kadir Sheikh Fadzir menjadi, katanya, Sabah boleh menjadi antara lubuk politik baru untuk Anwar. Walau pun Kadir mahu tubuhkan parti baru, Azmin tetap tidak selesa.
Tapi apa boleh buat kerana Kadir membuka pintu kepada orang lama UMNO. Hampir semua orang lama UMNO yang memberi pelbagai sokongan moral untuk Pakatan adalah orang-orang yang rapat dengan Ku Li dan NGO yang diterajuinya, Amanah.

Anwar pernah menerima orang Ku Li, Zaid Ibrahim masuk PKR dan diberi peranan untuk menjadikan gabungan Pakatan Rakyat menjadi entiti yang kekal tetapi berakhir dengan pergaduhan dengan Azmin.

Sebelum Tunku Aziz keluar dan menimbulkan pelbagai interpretasi, DAP sudah terima masuk Tunku beserta Aspan dan Arif Sabri. Namun Ariff Sabri, seperti juga Tamrin, Kadir, Osu dll bukan orang Ku Li sebenar tetapi polong pencen tak bertuan.

Beberapa tahun sejak terdedah kes hutang casino, Osu mula berapat dengan Ku Li.
Untuk Anwar membuka pintu Sabah dengan kunci UMNO Sabah, ianya bukan murah dan memerlukan suntikan modal yang amat besar.


Kerajaan BN ni bodohnya melantun sangat. Dibagi peluang kat polong2 pencen tu merayau sapa suruh. Polong2 ni kalo dah kena rantai ngan team bomoh siam alamat UMNO juga yang terima padah. Bila la agaknya dinasor-dinasor UMNO ni nak berenti agaknya..?