
Seperti yang dirancang oleh PAS Pusat untuk memulihkan momentum sokongan, perhimpunan telah diadakan di Kedah pada Jun 1hb dimulai dengan Program Wacana dan Amanat Presiden di KOMPAS, Kota Sarang Semut, Kedah.
Dalam ucapan Presiden, dia telah berkisar kepada persiapan menghadapi PRU dan cadangan strategi yang telah dibina bagi menjana kemenangan ke Putrajaya.
Antara yang disebut adalah bekerjasama dengan PR; tolak UMNO; perlu tawan 100 kerusi Parlimen; tawan semula PERAK dan TERENGGANU; lemahkan UMNO di Melaka, Johor, Pahang dan N. Sembilan yang merupakan kubu kuat UMNO; dan menggerakkan DHPP mendekati golongan bukan Islam.
Bagi merealisasikan hasrat ini, DPP akan mengadakan "roadshow" seluruh Negara dengan pengisian yang sama gelombangnya seperti di Kedah dan pada masa yang sama juga sokongan pemuda sebagai pelapis perlu dipertingkatkan.
Kehadiran penyokong tempatan dan luar dari seluruh negara bersama ahli keluarga untuk melawat Kedah selain memberi sokongan agar pemerintahan PAS di Kedah dikekalkan dan jadi permulaan menawan Putrajata di samping menyahut cabaran UMNO untuk berhimpun. Penyertaan orang luar adalah melibatkan 40% hadirin.
Ucapan pemimpin PAS banyak menekankan matlamat menawan PUTRAJAYA yang digembar gemburkan sebagai hampir kemuncaknya dan memerlukan kerja keras dari setiap kawasan dan negeri termasuk para pemimpinnya digembelingkan bersama.
PAS kelihatan banyak berharap kepada pengundi muda untuk memastikan kemenangan. Mereka harapkan pengundi muda mengikuti saranan mereka untuk menyokong PAS dan menolak UMNO.
Kesan dari perhimpunan mahu terus menular ke setiap negeri dan perlu pemantauan dan menjadi ancaman kepada BN. Gelombang ini mahu diteruskan kerana mempercayai PRU tidak berlangsung dalam masa terdekat.
PAS menyuarakan mahu mendominasi PR dengan meletakkan sasaran 100 kawasan Parlimen dengan merampas TERENGGANU dan PERAK serta mengekalkan KEDAH dan KELANTAN sebagai indicator untuk menerajui kerajaan pusat.
Perhimpunan ini yang menggantikan Muktamar digunakan oleh PAS Pusat untuk menutup kemelut dalaman PAS negeri KEDAH.
Platform perhimpunan akan digunakan oleh pemimpin tertinggi PAS yang hadir untuk menyemarakkan kesetiaan penyokong PAS untuk terus menyokong PAS dalam PRU akan datang dan membendung kemungkinan lompat parti.


Aku rasa yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat, memang sorak kampung tergadai,angan2 mat jenin, cuba2lah bermuhasabah diri kamu wahai ahli PAS,ramai rakyat sekarang ini telah melihat kamu sebagai parti yang membawa malapetaka kepada survival orang Melayu dan Islam keseluruhannya. Ok la macam ni katalah PAS bertanding 100 kerusi, aku rasa yang akan menang hanya dalam 35 sahaja, PKR pulak dalam 30 dan DAP dalam 50,sekarang siapa yang dominan, tentulah DAP bukan? jadi ada MP Melayu DAP akan dilantik menjadi PM yang memerintah dengan edeologi DAP, hampa boleh buat apa? nanti semua yang ada sekarang pada orang melayu akan dihapuskan, hampa takpa la dah tua akan mampus bila2 masa saja, kami generasi muda akan menanggung balanya. Jadi jangan kerana kuasa yang sedikit tu, akan mengakibatkan suara azan tiada lagi berkumandang di udara tapi berkumandang dalam ruang bumbung sahaja.
Yang pemimpin atasan PAS tak sedar berlaku pergolakan yang amat dahsyat dikalangan kepimpinan PAS dibawah. Pertelagahan pemilihan calun PRU13 mereka tidak sedar, gerakan menjatuhkan Azizan Razak di Sungai Limau dan ada pihak sedang bergerak menamakan calun lain daripada Azizan mereka tudak sedar, Dr Ismail menghantar meseg SMS kapada individu menyatakan menyampah kapada kakaitanga Pejabat MB Kedah kerana nak jatuhkan Dr Ismail mereka tidak sedar.
Gerakan-gerakan saperti ini pemimpin atasan PAS tidak menyedarinya. Mereka menganggap satelah 'perhimpunan hijau ka Putrajaya' yang akan dihadziri kononnya 100,000 orang, mereka mengirakan itu sudah berjaya.
Sabenarnya Mahfiz Omar menjadi pengarah kapada 'himpinan hijau ka Putrajaya itu halatujunya ialah 'ada udang disebalik batu'. Mahfuz mengharapkan dengan sokongan dari seluruh negara parasit-parasit akan melonjakkan namanya dan menggegarkan kepala hotak Azizan Razak bahawa itu kekuatan beliau.
Azizan Razak akui ada gahnya acara ini dan dengan yang demikian diharapkan bahawa penganut PAS Kedah akan sedar sabenarnya PAS amat kuat lagi sokongannya. Sebaliknya Azizan tidak sedar Mahfuz Omar sudah berjaya menunjukkan kapada khalayak bahawa kekuatan individunya ketara.
Walaupun demikian, yang mencacatkan himpunan hijau ka Puterajaya ini ketidaksungguhan serta semangat kepimpinan tertinggi PAS dan pakatan yang dikira terlalu banyak yang tidak hadzir kaperhimpunan itu. Kita malas nak menyebut siapa mereka.
Jika nak dikira, himpunan itu adalah satu himpunan bersejarah kapada sabuah parti yang kononnya nak menuju dan merampas Putrajaya apabila selesai PRU13 nanti, tetapi perhimpunan itu tidak pun dihargai oleh kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Apatah lagi kepimpinan pakatan, langsung tidak nampak muka, walau pun kepimpinan pakatan diperingkat negeri Kedah.
Dimana kesepakatan itu?. Nak bezakan dengan himpunan UMNO 66 tahun, jauh langit dari bumi.
Kejayaan dari segi kesepakatan dalam parti PAS sendiri...MELESET.
Kejayaan dari segi kesepakatan dalam pakatan pembangkang puuunn... MELESET.
Apa, banggakah PAS dengan kehadziran Aishah yang rosak rumah tangga?. Apa, banggakah PAS dengan dengan pengisytiharan masuknya bekas pagawai tinggi Polis, bekas KSU dan pemain bola sepak Kedah pada himpunan itu?. Jika itu yang dibanggakan PAS, ianya sama saja dengan Mat Sabu terlepas dari hukuman berkhalwat dengan isteri orang.
Ucapan dan ceramah berapi-api,
Mimpi nafsu mengatasi realiti,
Hampir ke puncak terlupa diri,
Akhir tersembam menyembah bumi.