Monday, May 21, 2012

Sorang lagi kecewa projek masuk PAS

Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam tadi dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping, Perak.

Dato' Fauzi adalah anak jati Pantai Besar Batu kurau Perak.

Dengan PAS mengambil seorang bekas pegawai tinggi polis, dia ingat nama PAS dikalangan polis naik kembali ekoran kekasaran terhadap polis oleh perusuh Bersih 3.0.

Ternyata salah kerana Dato Fauzi dikatakan bertindak masuk PAS selepas dia tak dapat satu projek. Tak tahulah ada orang sailang dia atau proposal lain lebih baik.

Yang jadi tanya kami, apa perlu seorang bekas polis jawatan tinggi sibuk-sibuk nak berniaga lepas pencen. Dahlah tu, berniaga yang melibatkan kontrak dan projek.

Kepakaran dalam kepolisan bukan ciri utama untuk berjaya dalam dunia projek dan kontrak. Permainan dunia kontrak dan projek banyak melibatkan rasuah atau manipulasi tender atau pakai connection dalam untuk dapatkan kontrak.

Adakah bekas Pengarah Siasatan Jenayah cekap dalam hal ini?

Antara jawatan yang Dato Fauzi pernah pegang ketika dalam polis adalah:
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (CID)
  • Timbalan Pengarah Logistik PDRM
  • Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis Sarawak.
  • Timbalan Ketua Polis Selangor.
  • Ketua Polis daerah Pasir Putih Kelantan.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam.
  • Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Apa makna portfolio yang dia pegang, kena tanya seorang polis. Tahulah apa maknanya.

Malah pada tahun 2007, setahun lepas dia pencen pada tahun 2006, ada sesuatu berlaku pada Dato Fauzi di rumahnya di Shah Alam:

The Sun 13 Feb 2007:

Burglars targeting homes of retired top cops?

SHAH ALAM (Feb 13, 2007): Criminals have become bolder day by day.Apart from hitting the common man’s house, they have also struck more secure homes of VIP’s, ministers and prominent businessmen.But of late, the houses of ex-top police officers have become their targets.

In the latest case today, former federal CID director Datuk Fauzi Saari’s double-storey link house in Shah Alam was broken into by burglars who escaped with more tha RM10,000 in jewellery and valuables.

When contacted, Fauzi, said he had left his house with his wife in the morning to run some errands and visit friends. They returned home at 11pm.

He said the robbers had ransacked his house and taken gold jewellery, branded watches and other items after gaining entry through the ceiling of the upper floor.

Fauzi, who retired as a commissioner last year after handing over his duties to the current CID director Datuk Christopher Wan, is currently an adviser to a corporate company.

The break-in at Fauzi’s comes barely four days after Datuk Albert Mah, 82, a retired Penang CPO cum MP’s bungalow on Jalan Gasing, Petaling Jaya, was intruded by a gang of five robbers on Friday (Feb 9).

Mah, who put up a fight with the men, died of serious head injuries without regaining conciousness at the intensive care unit of Universiti Malaya Medical Centre yesterday.

Federal CID director Datuk Christopher Wan said a task force comprising Selangor, Kuala Lumpur and federal police has been formed to put an end to the gang’s activities.

Dia pun pernah terlibat dalam penahanan ISA seperti berikut pada tahun 2002:

Polis Tahan Semula Pemimpin Keadilan Dr Badrul Amin Baharom

SHAH ALAM, 31 Jan (Bernama) -- Polis pada Khamis menahan semula anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Badrul Amin Baharom di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Fauzi Saari berkata, Dr Badrul diarah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebelum ditahan semula pada 10.30 pagi.

"Selepas ditahan semula, kami menghantar beliau ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak pada 11.30 pagi," kata Fauzi kepada pemberita dalam persidangan berita di ibu pejabat Kontingen Polis Selangor, di sini.

Dr Badrul Amin pertama kali ditahan pada 20 April tahun lepas kerana didakwa terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi-demonstrasi militan di bawah Seksyen 73(1) Akta itu.

Beliau ditahan di kem itu di bawah Sekysen 8(1) akta itu tetapi ekoran rayuannya perintah penggantungan penahanan dikeluarkan di bawah Seksyen 10 (1) dan beliau dibebaskan dan ditempatkan di bawah perintah kediaman terhad pada 3 Nov lepas.

Pada 7 Dis lepas, beliau sekali lagi ditahan kerana melanggar syarat-syarat perintah kediaman terhadnya dan dibebaskan atas ikat jamin polis.

Semalam polis melanjutkan ikat jamin itu hingga 5 Mac.

-- BERNAMA
Dia juga yang menangkap balik jutawan gangster Koo Tee Yam yang kemudian dilepaskan kerana dapat court order. Ada kata dia diarah tangkap balik Koo Tee Yam.

Cerita Koo Tee Yam pun panjang.

Bagus juga Dato Fauzi masuk PAS kerana ia membuktikan bahawa tidak semua polis adalah penyokong BN seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Dibuatnya dia seorang polis yang perasuah, eloklah tu dia masuk PAS. Hari itu Salahuddin Ayub umumkan Dato Ramli Yusoff nak masuk PAS dan tanding di Pasir MAS.

Cuma ada syarat perlu selesaikan beberapa masaalah dahulu katanya. Rasanya dia ni masaalah pun tak habis. Baik dulu sekarang, sekarang dan akan datang.

Dato Ramli Yusof pun bekas Pengarah Siasatan Jenayah tetapi untuk Bahagian baru iaitu siasatan Jenayah Komersial.

Akhir ini yang masuk PAS nampaknya semua orang bermasaalah pun. Semua artis bermasaaalah yang diambil.

Ahli PAS yang tinggalkan PAS pun banyak, diam aje mereka ...

23 comments:

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 12:48:00 PM GMT+8

    Habis semua orang Batu Kurau dandan mengaku saudara...sepupu laa..pak menakan laaa...pak lang poji laa..macam2...tok poji oh! tok poji..dah insaf bagoih laaa !!

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 12:49:00 PM GMT+8

    pas kutuk polis sbgai anjing...skrg pas terima anjing sbgai ahli..Allah maha besar...nie la balasan pas atas ape yg dilakukan ke atas polis selame ni....

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 1:06:00 PM GMT+8

    bagus lah
    pas jadi anjing dapig
    fauzi jadi anjing pas
    dua2 pun menganjeng satu sama lain
    hahahaha

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 1:11:00 PM GMT+8

    WOW PAS BUKAN CALANG2 ANJING YANG DITERIMANYA MENJADI AHLI PANGKAT BESAR NI JENIS ROTWEILER...HA..HA..

    PAS ....KENA INGAT JANGAN KENA GIGIT ANJING GILA. BEKAS POLIS NI ADA PENCEN TAK...SO UNGRATEFUL...PLSE LAH DONT BITE THE HAND THAT HAS BEEDING YOU AND FAMILY.

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 1:13:00 PM GMT+8

    fauzi shaari ni orang bodoh, pas dah kata macam2 kepada polis tetapi parti pas juga yg dipilih. ptuih!!!
    kalu aku tak ingin masuk parti pas yg hamPAS tu!

  • manjung says:
    May 21, 2012 at 1:26:00 PM GMT+8

    baguih la lepas ni pas bagi projek balak pulak ye...

  • Adi Kencana says:
    May 21, 2012 at 1:41:00 PM GMT+8

    Org bermasalah mcm ni eloklah dikumpul ramai2 di PAS.

    KRONOLOGI ISU ISTIJUARA SDN BHD – RAJA NONG CHIK BAGI KONTRAK PADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 2:13:00 PM GMT+8

    Assalamualaikum, Islam pasti menang..itu pasti..bukan janji manusia, tapi janji Tuhan :)

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 2:46:00 PM GMT+8

    dia ni masuk pas sebab nak dicalonkan jadi wakil parlimen larut...masuk pas boleh buat duit...buat ceramah ke hulu ke hilir pakat bawa tabung suruh orang beri sumbangan kononnya untuk parti, tapi untuk kantong poket sendiri...

  • Megat Alam Gempita says:
    May 21, 2012 at 6:33:00 PM GMT+8

    yelah Islam pasti menang itu janji Allah, tapi islam yang dibawa bagaimana? Islam parasit liberalkah?

  • BENGAH @ SERLING says:
    May 21, 2012 at 6:35:00 PM GMT+8

    tahniah buat dato fauzi saari
    bukti malaysia negara demokrasi
    Walau apa pun muslihat miliki
    Jika itu terbaik perasaan hati

    Ditakdir kemudian sesal nanti
    kekal dalam Pas tidak semesti
    lompat keluar tiada halangi
    Wajar praktikkan demokrasi

  • Anonymous says:
    May 21, 2012 at 10:12:00 PM GMT+8

    Tak dapat projek syarikat agensi persendirian...

  • Anonymous says:
    May 22, 2012 at 2:42:00 PM GMT+8

    Setuju bro

    Islam yang macam mana

    Islam Iran
    Islam Iraq
    Islam Libya
    Islam Syria
    Islam Palastine
    Islam Turki
    You choose...Islam mana..Barangkali Islam Syiah kot
    Sebab dia belum pernah kalah perang
    Tapi Al Juburi tak minat Islam Iran
    Dia pro Islam Turki

  • Anonymous says:
    May 22, 2012 at 2:51:00 PM GMT+8

    Awak sendiri yg kata kena banyak rasuah baru boleh jalan kontrak. Sebab tu lah... sheesh!!

  • Anonymous says:
    May 22, 2012 at 11:01:00 PM GMT+8

    RATA-RATA PENYOKONG TEGAR PAS MELEBELKAN POLIS SEBAGAI ANJING KERAJAAN. TAK PERCAYA CUBA DENGAR CERAMAH USTAZ-USTAZ PAS. KALAU BEGITU BILA BEKAS POLIS MASUK PAS MEREKA TIDAK DIPANGGIL "ANJING" LAGI TAPI DIPANGGIL "PASANJING" (DAH TAK NAJIS LAGI DAH) JILATANNYA TAK NAJIS LAGI DAH.... ITU LAH POLITIK. PESARA POLIS NI MAKAN PENCEN DUIT KERAJAAN BN YANG BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKNA MARUAH POLIS. AKHIRNYA INI BALASANNYA. TERIMA KASIH DATUK FAUZI KERANA TELAH MENGKHIANAT TANGAN YANG MENYUAPKAN KAMU SELAMA INI.

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 3:40:00 AM GMT+8

    suka aku tengok PAS tangkap muat manusia2 bermasalah untuk join..
    biar berselirat PAS dengan pelbagai masalah lepas ni.

    Bodohnya PAS kerana nk raih undi, lupa diri sgguh.. sebelah tangan salam dengan Polis, sebelah kaki terajang POlis..

    org2 berjawatan tinggi pun blh jd bodoh

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 12:36:00 PM GMT+8

    Nampaknya lepas ni boleh dapat double income la datuk. Pencen dapat, derma ceramah pun dapat. Tapi kalau kutuk orang yang bagi pencen tu, nampaknya tak berkatlah pendapatan tu. Kalau datuk kata itu bukan wang kerajaan tetapi wang rakyat yg bayar pencen, so wang cukai saya pun termasuklah membayar pencen sang datuk tu. Kena minta halalkan dulu la..

    orang biasa.

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 5:32:00 PM GMT+8

    syabas kepada PAS jangan nanti jadi seperti melepaskan anjing tersepit dan seperti anjing dengan bayang2 atau seperti anjing menyalak bukit.

    anjing adalah istilah gelaran PAS kepada polis amnya.

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 6:19:00 PM GMT+8

    Bagusla tu, Macam zaman rasullullah s.a.w Saidina Omar akhirnya memilih kebenaran memilih kumpulan yang benar disisi Allah. Jika dibandingkan Muhammad dgn Abu Jahal sesama bangsa arab. tapi kebenaran & pribadi yang mulia. Jadikan pengajaran bagi kita semua sejarah dan jalan cerita telah di tunjukkan oleh Allah sebagai panduan. Sembahyang sunat taubat pilihlah siapa contoh ikutan kita.

  • Anonymous says:
    May 23, 2012 at 7:37:00 PM GMT+8

    lorr gile nk jawatan pakcik ni...kesiannn...

  • Anonymous says:
    May 24, 2012 at 12:03:00 PM GMT+8

    Hormatilah Dato' Fauzi masuk PAS, itu adalah pendirian dan pilihan dia. Saya juga menghormati anda menyokong UMNO itu adalah pilihan dan pendirian anda. Ini negara demokrasi. UMNO ada pro dan kontranya begitu juga PAS juga ada pro dan kontranya. Biasa la, persepsi kita berbeza antara menusia.

  • Anonymous says:
    May 25, 2012 at 11:55:00 PM GMT+8

    Rileks la...

    PAS jgn syok sendiri..

    Sekarang ni dah byk spy masuk PAS

    Sebenarnya, PAS perlu dibetulkan dari dalam...sebab dah hancur dimusnahkan oleh golongan anwarinas

    pemimpin rendah morak diangkat jadi timbalab preseiden dan ulamak ditolak tepi...

    PAS is dead..!!

  • Azzam says:
    November 25, 2012 at 1:06:00 PM GMT+8

    Pas tarik pencen polis sebab nak undi polis..itu saja yg mereka nak..lepas dpt boleh kutuk balik..pas bodo..

fda

Link2Me WeLinkBk (254)